Wednesday, February 13, 2013

dangai

Assalamualaikum semua..
Apa tu dangai,, benda apa tu.. Ha.. kalau korang yang tak tau, dangai ni sejenis makanan tradisional la belah utara rasanya. Sedap kot..  tapi disarankan makan sesekali je sbb nyok banyak.
Pinjam pic pak cik google

Ada sesapa pernah makan tak?? Kalau korang teringin nak makan dangai ni ada dijuai kat pasar malam gurun pada hari jumaat mlm. 
Cik ina tertarik nak tau cara nak buat dangai.. Dulu mak ada buat tapi sbb tak jadi fav abah jadi mak tak buat la. Dangai ni simple je.. Meh kita tgk cara nak buatnnya...


Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 sudu garam halus

Untuk taburan
Gula putih secukupnya
Gula merah secukupnya

Cara-cara :
1. Gaulkan kelapa parut, tepung pulut, secubit garam dan 2 sudu besar gula.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Tekan satu bahagian ke dalam loyang yg telah disapukan sedikit butter/minyak masak.
4. Taburkan gula putih dan gula merah secukupnya ikut selera masing-masing.
5. Tuangkan separuh lagi adunan dan tekan padat.
6. Bakar dlm oven pada suhu 175 darjah celcius sehingga agak kekuningan. Membakarnya tidak perlukan masa yang lama. Jadi, always on the look out ye puan-puan...jgn sampai terlebih garing


Sepatutnya bakar dengan arang baru aroma dangai tu sedap.. Kat pasar malam tu bakar dengan arang tau...

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisl8BQ8Kzl9bwQG88GgVLHpet0XcS6szU7PoSRRSl1CUzFPffUsWxUmDpXKzQEa3eDN_7JA94qBzEg9l4rmgWcZn-8McjSS6jP-D1N7IhUB9T6jJ8lHB7JDtt1iWqApCKIWh_nLoMzTgo/s1600/dangai.jpg

Sumber : SINI Uiks

4 comments:

  1. Penah dengar dan rasa..
    Tapi jarang jumpa kuih ni kat Kl... =D

    ReplyDelete
  2. @AyueJean AJ
    mai la pasar mlm gurun kat kedah ni.. tiap2 miggu ada juai.. masih lagi sedap rasa dia mcm dulu2

    ReplyDelete
  3. ha kuih nh la..owh dnagai ek nama nyer?BK kalau balik kg g pasar mesti nmpk kuih ni nak mkn xley msuk tekak

    ReplyDelete
  4. @Budak Kampung
    try la makan sekali lagi.. mesti sedap.. mmg la dia keras cikit diluar tp lembut didalam

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen