Thursday, June 23, 2011

Tentang Seseorang - AADC

Best Blogger Tips

“tentang seseorang” (puisi rangga 2)  oleh dian sastro ost AADC




Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........
 bosan aku dengan penat,,,,
dan nyah saja kau pekat,,
seperti berjelaga jika ku sendiri
ohhooohhoohoooo



Silalah dengar puisinya .....
  
p/s : best jgk layan citer ni sekali sekala. Citer ni fav cik ina dgn roomate (aan) masa kat uum dulu

Terima kasih


Best Blogger Tips

Ais Kacang Gebu Simpang Empat

Best Blogger Tips

Pagi yang gelap,, kini sudah ujan.........
Awan yang gelap sudah pun memuntahkan isinya.. dan... 
sang mentari belum sempat memancor kan cahayanya sejak pagi tadi.. 
Begitulah laporan cuaca ketika kisah ini ditulis........... 
Hehehe

Yuhuuuu,,,,, kisah yang akan dipaparkan adalah kisah AIS KACANG GEBU atau AIS KACANG SALJI,,, b4 ni cik ina dah post about ais kacang gebu ni... tp kali ni saja nak citer lagi..
Cik ina baru je pi menikmati ais kacang gebu bersama dgn my mum. 

yummyyy
Saja singgah b4 ambik anak sedara kat Jeti Kuala Kedah mggu lps. Cik ina singgah sbb mak dah lama tak pi makan kat situ... Saja la bawa supaya mak dapat mengimbas kenangan masa dulu. Kedai ni adalah kedai fav mak dulu2. Lagi satu kedai ni tpt kami makan sementara nak tunggu bas balik rmh tok. 

cik ina sedang menikmati ais kacang gebuu
1 for mom,, n 1 for me

Ais kacang ni sesuai dinikmati di kedainya kerana kegebuannya akan hilang jika makan kat rumah. Dengan kata lain,, ia akan cair.

my mom sedang menikmati dgn penuh khusyuk
yeahhh dah hbssss....
sesapa yang lalu kot smpang 4 kanglong ni blh la singgah....

* cik ina kalau lalu jalan utama alor setar -sungai petani ni je mesti singgah... 


******************************************************************************

Best Blogger Tips

aNaK SeDaRa BaRu.........

Best Blogger Tips

Yuhuuuu.... Tahun ni Cik ina dapat anak sedara baru.. Heheheheh..........  
Baca tajuk semua dah tersenyum....dok kata dalam hati kat cik ina la tu kan....(mesti dok kata..anak sedara jer,, anak sendiri bila lagi) Cik ina nk jwb,, nk buat cmner,, dah tak de jodoh lagi.. maka cik ina single mingle lagi la...


For you all punya info.....Yang ni yang pertama... yang kedua untuk tahun ni akan menyusul lagi 2 bln lot... InsyaAllah.. moga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.. AMIN..dan total semua adalah yang ke 8... Kali ni baby girl.. anak kepada kakak Cik ina yang ke tiga (cik ina panggil Kak Cik),,, Anak Kak Cik yang pertama perempuan, kedua lelaki dan ketiga perempuan...

Kakak Cik ina admitted 19.6.2011. Tu pun dah terlebih hari. Baby ni lahir 20.6.2011 kul 1.11 petang. Lahir di spital Kola Nerang tetapi apabila ada sedikit masalah, maka kak cik dikejarkan ke Spital Sultanah Bahiyah sejurus selepas selamat melahirkan. Menurut kata Nurse kat situ, ada uri tertinggal. So.. kena naik ambulan ke AS la...

Cik ina n my mom pun bergegas ke AS... Sampai sana ada satu masalah lagi... Cik ina tak pernah pi Hospital tu. jadi bila tpt tak familiar ni mmg la susah ckit kannn. Jd cbuk tanya org plak kat mana wad bersalin.. Dah tau terus la pi wad tersebut but kak cik tak de kat situ plak. Terpaksa la mencari dimana kah kakakku berada. Nk kena pi dewan bersalin pun tak tau. Nsb baik guard tu suruh ikut satu laluan. Sampai sana tak de orang plak nk tanya. 

Isk...susah jgk bila dah spital jd besar cmni. Call suami dia tak dapat. MAk dah risau sbb tak pernah jadi mcm ni lagi. Dah la mak tu tak berapa larat nak berjalan.. Sakit lutut. Cian mak. Terpaksa gagahi jua melangkah. At last mak sekat sorang doktor dan tanya.. maka doktor tu terus bawa ke satu pintu dan buka pintu tu. Dia suruh tanya guard tu. PAC (stand for what pun tak dan nak selidik). Td dah lalu kot situ tp tak nmpak tpt nk tanya sbb guard tu dok kat dalam pintu bilik PAC tu. Bila buka pintu tu br nmpk ada guard dan tanya. Menurut guard kat pintu tu, my sis dah selamat semuanya n sedang berehat sementara nk sedar dr bius. Bila sedar br akan ke wad. Guard tu suruh tggu kat ruangan menunggu n at last jumpa la suami kak cik iaitu abg ipar cik ina la. Terpampang la nama my sis kat board led yg bernyala tu ada nama kak cik. Bila jumpa abg iparku, br tau kata handset dia dah hbs bateri.
day 1

day 2

ni abg dia.. afiq
And after 15 min tunggu, guard bgtau kak cik akan dipindahkan ke wad. So kami pun ikut la ke wad 2D.And lega rasa hati.. semuanya selamat... Dlm hati plak dok doa,, next day harap blh discharge...

Esok mmg kak cik blh keluar n dibawa balik ke kg kami la.. guar...

Best Blogger Tips

Wednesday, June 22, 2011

CHAR KOAY TEOW

Best Blogger Tips

Aiiii semua,,,
Assalamuailaikummmm.......


Anda peminat Char Kuey Teow (CKT)???? buat singkatan CKT
Kalau tanya cik ina jawapannya tidak..... but ... hehehe ada tetapi tu,,,, telah berubah selepas...

Sebabnya dulu bila makan... suapan terakhir mesti tak leh telan dah,, sebab macam muak.. nak citer pun tak reti... tp mcm tu la rasa....  tetapi...... bila cik ina pi kedai CKT ni.. terus suka,, n nak pi lagi,, sbb siap cedok kuahnya yg tak byk tu hingga ke titisan terakhir... sedap ker????... buat masa ni .. bg cik ina ..ni la CKT yg terbaek yg cik ina makan... 4 kali pi pun rasa dia mcm tu la...

Ni la signboardnya. Pic ni cik ina copy sbb pic cik ina tak clear sangat sbb mlm.
Nk tau CKT yang mana... namanya char koey teow sg. dua telur ayam dibasuh  lokasi CKT Sungai Dua ni terletak berdekatan dengan highway susur keluar Sungai Dua. Kalau dari utara senang ja amik ja simpang susur kiri Sungai Dua tu..kedai dia tepi jalan betui…sebelah kiri anda ja. Jangan laju sangat kalau dah masuk simpang exit sungai dua tuh. Notice kedai dia belah kiri. Dan kalo mai belah selatan cam besa dah masuk exit Sungai Dua belok kanan... lepas trafic light tu belah kiri tu akan nmpk la, btol2 tepi jalan...memang tak susah la nak cari kedai ni..mmg btol2 tepi jalan je. Lain orang lain pendapat. CKT Sungai Dua adalah Char Koay Teow yang paling best dan sempoi yg cik ina makan....

Selalunya ramai orang kat sini...dan kedai ni mmg hingaq skit la..kalau kata orang penang hehe..apa tak nya... kedai ni dengan bunyi kung kang kung kang koli depa masak..sbb tukang masak saja dalam 5 orang kut...but tak per.. namapun kedai makan...kannn and tak kesah pun sbb.CKT dia memang sedappp!! Pernah masuk paper la.. kira fames jgk la kannnn

dlm kedai tu ada keratan ni.. pic ni pun copy jgk hehehe
Sedap tak sedap.. cik ina n cik ana n ash sanggup pi sg 2 dari sp semata-mata nak makan CKT n drive balik sp...  Br2 ni cik ina bawa sorang lagi kawan cik ina.. nama dia Sinar... dia pun kata sedap... walaupun dia mcm cik ina,, bukan penggemar CKT tp kata sedap... hehehe.. tak rugi bawa dia... Walaupun dah buka cawangan nya kat Semeling tp kami sanggup ke sg 2 ni lagi... rasanya mcm kat sini jgk yg sedap...
Harga dia dah naik 5kupang,, dulu kecik harga RM3,n beso RM4 tp sekarang dah naik jd harga kecik RM3.50, beso RM4.50 spesel tgk sendiri kat bawah... nmpk tak.. tak nmpk ekk RM5 spesel.

sinar tengah jamu selera.... yg ni tak copy.. ori
yg ni beso

cik ina mkn kecik jer sbb malam dah

akhirnya,, hbs...........
Sedap ooo.. bg tekak cik ina la...
Try la dulu. kalau ada tpt lain yg best,, bgtau la,, nk pi try jgk...............
Good nite......................................................................................................zzzzzzzzzzzz

Kat Malaysian Food ni pun ada kalau nak info dari yang lain ... http://www.malaysiafood.my

Selamat mencuba ye....

Best Blogger Tips

Friday, June 17, 2011

DuRiAn Oh RaMBuTaN...........

Best Blogger Tips

AssaLamualaikuMM N Good Evening...
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.....

Hari ni hr Jumaat yg merupakan hari Cuti Am bg negeri kedah.. So cik ina pun termasuk sekali la.. cuti... cuti rehatkan minda.... tp keje sekarang rileks la ckit berbanding dgn keje kilang dulu,, masa keje pun kurang ckit... tak gitu Puan Maira. yg sedih gaji pun kurang.. but apa pun kita kena keje betul2...

Sekarang dah masuk musim durian, rambutan , manggis... tp menurut EMAK... musim ni tak berapa "menjadi" atau pun maksudnya tak byk buah la kat pokok tu. Maka dusun org yg selalu kami pi (bapa sedara punya la) pun tak menjadi jgk buahnya.. durian pun ckit je yg berbuah.. Dusun tu pun kecik jer.. Dah la ckit, kena plak kongsi dgn BaB* utan n tupai n kera. Nk buat mcm mana, dah rezeki depa.


ni la buah yg telah hempap dahi...
Ada satu cerita sedih dan menyayat hati pada musim kali ni.. Ceritanya salah seorang ahli keluarga cik ina yg nak pi ambik buah durian telah ditimpa kemalangan di dusun tu... Menurut saksi tpt kejadian, apabila mangsa mendongak utk melihat buah durian, maka dgn tak semena-mena... buah itu jatuh dan telah menghempap dahi mangsa... dan duri durian yg tajam tu telah mencucuk dahi mangsa sehingga berdarah.. huhuhu.. sungguh menyayat hati sbb kejadian ni tak pernah berlaku lagi dlm family cik ina.... tp bila cik ina tgk tadi.. dah beransur pulih.. huhuhu sedih tgk.

kalau letak dgn yg lain, buah yg besar tu la...
Rambutan kat dusun tu pun tak menjadi.... mak kata...tak berbuah pun. Buah lain br tanam je.. maka lambat lagi la nk makan. Manggis pun sedang membesar..  Buah Manggis cik ina tak teringin sangat dah sbb dah mkn kat sekolah. Jadi tak berapa teringin sangat dah.

Oppsss cerita pasai rambutan plak... kali ni rambutan kat area rumah cik ina pun tak menjadi sangat... tp ada la jgk.. alhamdulillah.... br nak masak... kat rumah ada 5 pokok.. jemputla sapa nak makan... mai la rumah...  mak kata kena kait sendiri...





Best Blogger Tips

Tuesday, June 14, 2011

Cendera Hati dari Jauh......

Best Blogger Tips

Assalamualaikummm dan salam sejahtera.... 
Salam diberi pembuka bicara,,
Dengan Harapan semua ceria, 
Melalui hari ni dengan gumbira

**********************************************************************

Hari ni cik ina ceria sbb dapat cenderahati dari jauh... dan ianya sangat comel.... siap ada bunyi lagi...meow..meow,,meow. namanya adalah MINI KITTY IN THE BAG KEYCHAIN... 
 dan kekacang
serta inai mekah..
Suka sesangat inai ni yg tajuk ni je tau.. tajuk lain cik ina tak suka.. sbb kebanyakkannya tiruan,, dah byk kali dah terbeli.. sbb tu tau.bila dapat jer terus cik ina gunakan kat mana lagi.. kalau bukan kat kuku.. hehehe

Walaupun bg sesetengah org maybe biasa jer...tp bg cik ina besar maknanya... cenderahati ni pemberian guru besar yang baru pulang dengan selamat menunaikan 
UMRAH di TANAH SUCI KOTA MEKAH.

Ha,, Ahad buka sekolah pun cik ina dapat satu cenderahati dari salah seorang cikgu yg baru balik dari sabah.. Sabah.. Comei sangat.. key chain penyu ke kura-kura.. Agaknya apa.. kura-kura kot kan... Erm,, bila la nk pi Sabah. Cik ina  blm sampai lagi kat sabah,,, 


Yang ni plak cenderahati dari sepupu cik ina .. dia pun br balik dari sabah.... Thanks Along Or najwa... ingat jgn kat akak ni kan..




Best Blogger Tips

BlOg CiK InA BeRwAjAh BaRu????

Best Blogger Tips

Assalamualaikum pembuka bicara.. 
harap anda sihat sentiasa...
*****************************************************
Blog cik ina berwajah baruuuu...Nape,, tak percaya??? Ye.... betoi,, percayalahhhh... blog cik ina berwajah baru,, tak caya,,,apa pun be4 baca ni...  mesti dah tgk kannn.. Cantik takk.. cun tak.. walaupuntak secun tuan punya blog ni.. but Cik ina nak say thanks to ONE PERSON becos help me to do SOMETHING. Without pertolongan dia, maka blog Cik Ina tak secantik ini.. thank you SIFU. ~~apa tak nya.. b4 this hanya guna template yg ada dlm design je...

Purple color lagi.. i like.. like very much.. Any comment or want to suggest something... pls to do so.... for improvement la.....

To SIFU, nah ambik buah anggur tasik beris ni sebagai hadiah... n sebagai tanda terima kasih

Best Blogger Tips

Monday, June 13, 2011

LELAKI SEJATI ????

Best Blogger Tips

hanya sekadar info...... 
just terfikir....masih adakah lelaki macam ni.. kalau ada bgtau cik ina,, 
hehehe.. tak byk ckit pun jadi la... (ada ker???)

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

Sabar itu iman...
Duit bukan kawan...
Dunia hanya pinjaman...
Mati tak berteman...
 *********************************************************************************

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Lelaki yang Sejati" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Best Blogger Tips

MANGGIS PUNYA CITER

Best Blogger Tips

ASSALAMUALAIKUM............


Sekejap jer masa berlalu kan....Hari ni dah  11 rejab or dan 13 Jun.. Umor kita pun makin mengingkat... Adoiiiiiiiiiii.... Cuti sekolah pun dah hbs utk penggal pertama.. sekarang dah pun masuk penggal ke dua utk sessi persekolahan tahun ni...... Cik ina kan kerani sekolah.. maka cuti sekolah amat la terasa sunyinya.. mana tak nya,, selau riuh rendah dengan suara budak2 darjah 1-6 tetapi masa cuti sunyi sepi.. hanya tv jer peneman bg jadi riuh ckit walau pun tak tengok (hanya jeling jer).

Tapi tajuk cerita ni bukan pasai cuti sekolah tp pasai pokok manggis yg terletak kat belakang dkt pagar sekolah dekat masjid ni dan berdekatan dengan PRA SEKOLAH... Menurut cerita pekerja yang keje kat sekolah ni, yang dah berusia 40 lebih, masa depa mengaji  (bahasa buku adalah-> bersekolah)kat sekolah ni dulu pun dah ada pokok manggis ni dan pokok ni pun lebih kurang mcm tu jgk... Masa depa mengaji dulu pun dah rasa buah dari pokok ni... dan sekarang... depa dah keje kat sini,, still boleh merasa buah pokok manggis ni. Pokok ni tetap TEGUH berdiri dan memberikan semua orang merasainya buahnya yang manis...

setelah di zoom, nmpk jgk abg ya kt ats pokok

Masa rehat- kami tak keluar kerana kami dah breakfast merangkap lunch.. Jadi time rehat kami mengambil kesempatan utk pi kait pokok manggis tu... Tinggi jgk pokoknya... aduhhh mcm mana ni,,, tp nasib kami berdua (cik ina dgn sarah) baik kerana kami telah dibantu oleh Abg Ya dan isteri,, serta kak Toh (mereka adalah pekerja pembersihan sekolah) dan jgk PAB sekolah abg din.........
Jadi kami telah bekerjasama utk mengambil buah.. Abg Ya dengan berbesar hati sanggup panjat pokok tu.. Lega... (dlm hati doa agar tak de apa yg buruk terjadi). Abg din plak pi cari galah yg panjang ckit supaya dapat kait oleh abg ya kat atas pokok... Thanks to abg ya.. sbb sudi panjat.

Dah Abg Ya panjat, maka kami pun dgn exitednya tak sabar nk makan buah maggis,, dan buah pun luruh lps abg ya kait buat tu dari atas pokok.. sampai tak larat nak elak buah,, takut jatuh atas kepala.... ni la pengalaman pertama kait n makan buah manggis pokok tinggi... Kat kebun pak ngah pokok kecik lagi... blh panjat sendiri... hehehe. Maka hari tu kami makan manggis dengan puas.. maklumla... fresh dan terbaik dari ladang.... buah tu ada yang hijau ckit jadi simpan utk esok sama.. Esok baru blh makan.



info about mnggis ------>>  http://ms.wikipedia.org/wiki/Manggis

Best Blogger Tips

Saturday, June 11, 2011

Sungai Batu Besi Sungai Petani

Best Blogger Tips

Hehehe.. lama Cik ina tak tulis something kan,,,  
 
Assalamualaikum,, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.... kannnn

Kalau melihat gambar pemandangan yang tenang di belakang cik ina, mesti ramai yang tertarik. Mesti ramai yang tertanya-tanya.. kat mana.. Jawapannya tak jauhpun dari Sungai Petani... Boleh terus baca entri kat bawah for further info.

Mlm ni cik ina nak share sesuatu. Ini adalah kerana pada malam ni Cik Ina bermalam di Kampung Sungai batu besi..Rumah bapa sedara cik ina.. Suasananya amat tenang dan damai sekali.... Jauh dari bunyi bising dan asap kenderaan.

Mesti anda tertanya-tanya.. Kat mana yer Sungai Batu Besi ni??? Blh tgk DISINI

Untuk pengetahuan semua, kawasan kampung sungai batu besi ialah bersebelahan dengan sungai merbok yang banyak sejarahnya. Kampung ini di kelilingi oleh pokok hutan kayu bakau yang kaya dengan ekosistemnya. Kampung sungai batu besi ni dahulunya ialah sebuah pengkalan. lebih di kenali sebagai pengkalan utama ikan bilis di kawasan merbok, kedah. Kini di sini masih wujud lagi pengkalan tersebut.Penduduk setempat masih lagi mendapatkan bekalan ikan bilis disini.

Kampung ini terletak berdekatan dengan uitm merbok, mrsm merbok dan pengkalan jeti semeling. dan ianya boleh di hubungi oleh jalan raya dan jalan sungai atau laut. kalau kita dari atas jambatan semeling tu, kita akan nmpk kampung sg batu besi dari situ...

Ada jgk student2 dari IPT yang datang membuat pelbagai kajian atau kempen. Antaranya seperti USM yang buat  Kempen Kesedaran Paya Bakau .




Baru-baru ni pun Yang Di-pertuan Agong kita pun telah menyusuri sungai semeling dan melalui kawasan rmh pak sedara cik ina ni... kami je nmpk bot Tuanku jer ,, Tuanku tak nmpk kami pun.



Menurut sumber, di sini juga di sediakan tapak perkhemahan, summer cam, pembenihan bakau, pengangkutan bot, pusat tuisyen terapung, surau dan tandas. Orang ramai yang nak menjala udang pun akan datang ke sini... hahaha begitulah sedikit sebanyak tentang sg batu besi..  


Cik ina mai sini sebab kerana bapa sedara cik ina telah tertarik dengan kedamaian tpt ni dan buat satu rumah di kawasan sini.. maka apabila depa mai sini,, cik ina pun join la sekali... mggu lps mak pun mai jgk,, tp mggu ni cik ina je mai sini... saja,, kat sini aman damai dan penuh ketenangan.. 

PAntang ada masa terluang, kalau family bapa sedara Cik Ina datang sini, Cik ina pun mesti datang sini. Kira kat sini tempat berkumpul keluarga kami la.

Sesapa berminat untuk membuat aktiviti atau perkhemahan, di sini disediakan tapak dan kemudahan asas. Andaboleh refer blog ni http://kemsungaibatubesi.blogspot.com/
 

Best Blogger Tips