Tuesday, March 3, 2015

KRABI BY VAN DAY 1

******************************************
******************************************Untuk yang gemar melancong, mesti berpendapat sama dengan Cik Ina... Walau x banyak duit, asalkan boleh melancong, kira blh la tu.. Janji,,, lepas untuk tambang n makan... 
Sapa setuju angkat tangan... Mesti Cik Falah angkat tangan dengan kaki sekali. 

Dalam tak dirancang dengan rapi dan dalam masa yang singkat, akhirnya kami dapat juga berkumpul dan melancong buat pertama kali ke negeri gajah putih iaitu THAILAND dan destinasi yang dipilih adalah KRABI.


Ni adalah antara geng kami. Cik ina baru berkenalan dengan kak su (atas kiri) dan kak bib (atas kanan) ni.. lagi 2 tu yang pi MEDAN dengan Cik ina. Kesemua ahli rombongan Cik Ina adalah 8 dewasa dan 1 kanak kanak yang comel.. Aliff ni merupakan penyeri kami sepanjang kami di sana...


Kami berhenti tukar duit kat Changlun. Kadar tukaran adalah 8.96. Tinggi juga tu..  Ada urusan lagi tp semua diuruskan oleh Zam- pemandu merangkap tokey agensi kami p ni.


Sementara tunggu Zam settle kat border tu, kami amik kesempatan la untuk berposing lepas cop passport kami kat DANOK ni... 

Tu la Aliff- anak kepada rakan Cik ina -Puan Liza yang tudung ijau- 5 tahun.


Singgah plak kat Hatyai untuk breakfast lewat dan merangkap lunch... Kat sini kami hanya makan dan amik kami punya pemandu pelancong. Hari ke3 baru kami akan meronda tpt yang menarik kat sini.. Tungguuuu......

Nasi goreng tomyam dan nasi goreng thai. Memang sedap la.... Harga nasi dan air adalah 80baht

Selepas tu kami teruskan perjalanan kami dan berhenti rehat kat Hentian Rehat Trang - untuk regangkan otot dan solat setelah beberapa jam perjalanan kami....

 Dan perjalanan diteruskan. Tour Guide kami abg Rafi bgtau kami akan singgah kat Le Khaokob Cave. Moh le kita tengok apa yang best kat situ... 
Tambang botnya adalah 200baht.


Rupanya kena naik sampan yang dlm fiber luarnya kayu dengan cara tidur... Untuk menyusuri gua yang lagi sejengkal nak sampai ke badan walaupun tidur dalam sampan tu.

WAH,, masih tersenyum lagi...


Makin lama gua makin rendah..



Makin lama makin rendah lagi gua ni rupanya.
Dan akhirnya dah sampai....





Setelah keluar dan teruskan perjalanan, akhirnya tiba di Krabi... dan teruskan ckit lagi untuk ke tempat beli baju... sbb ada tangan panjang... Jom tgk hasil belian kami...


Kat sini kami beli baju color sama. Nanti balik nak pakai... Nak tau color apa.. tunggu hari ke tiga....
Dan akhirnya kami sampai kat hotel... 

Sempoi hotel ni sebab jalan dekat dengan bilik kiranya sapa drive tak yah jalan jauh. Keta park depan pinti bilik jer..






Jom masuk bilik plak..... Bilik Cik ina menginap tu yang ada keta itam tu... masa ni kami x mai lagi.. Zam yang bagi gambar ni...



Lepas rehat dan solat jamak magrib dan isyak, kami makan.. Baru terasa lapar  sbb lunch kat Hatyai tadi jer... Kami kongsi order set ikan siakap dengan ikan apa tah... Tomyam pun 2 jenis... Jom.....






Selepas tu kami ronda kat Aonang Night Market... 


Cik ina siap p urut kaki lagi.



Ya... setelah mengharungi perjalanan hampir setngah hari, time to rest... Esok nak ke pulau2 yang indah.. Jom kita mimpi indah dulu.... Adios.. 
Kos hari ni

  80 baht Breakfast di hatyai
200 baht Naik perahu di Le Khaokeb Cave
800 baht Beli baju di Pantai apa tah.. hehehe
360 baht Dinner Seafood di Hasna Palace (share)
250 baht Urut kaki di Sunset Massage 
1690 baht......


******************************************
******************************************

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen