Tuesday, June 18, 2013

Unexpected server error

Salam semua.. dah lama cik ina tak update apa-apa.. Entah kenapa rasa tak de mood.. Cuma mood sekarang tengah bengang dgn phone kesayangan ni.. Tetiba je ada prob plak

Citer dia mcm ni....Pagi ni semasa cik ina on phone, tetiba je ada tulis unexpected server error kat handphone sedangkan cik ina tak tekan apa pun. Semlman cik ina off henset tau.. Dah pi cari kat setting semua tapi tak jumpa plak apa masalahnya.. huhuhu 5 min sekali keluar benda alah ni.. tension la plak....

Ada sesapa tau tak mcm mana nak buang benda alah ni.. mengganggu la...

Wednesday, June 5, 2013

PI TANGKAP KETAM ???

Pada suatu hari yang dipenuhi dengan poster-poster pilihanraya yang bertarikh 4.5.13, adik cik ina ajak cik ina ikut dia pi tangkap ketam. Acara ni anjuran kawan sekerja adik cik ina  yang tinggal di kawasan sg limau yang berdekatan dengan yan.. Thanks to kawan adik cik ina,, Dia mmg teror.. Nk tau terror mcm mana,, teruskan membaca.

Oleh kerana keterujaan nk tau mcm mana orang tangkap ketam, maka cik ina pun ikut la adik. Letih cik ina p kelantan pun tak hbs lagi.. So... bersiap ala kadar n go...


Setelah sampai di kuala sg limau, alamak oii,, jalan yg nak ke tempat tu pun dah cukup ,mencabar.. Ala. tggu apa lagi. redah jer la..



 Ni la lubang ketam tu,,, besar tu maksud dia besar la tema kat dalam tu...



Ni la otai yg terror tangkul ketam tu.. Dia masuk besi tu pun, dah tau ketam tu besar ke kecik.

 Alhamdulillah,, dapat juga la lebih kurang 14 ekor.. yang besar je,, yg kecik tak ambik


Ni la hasilnya,,, dah hbs berlemuih.. org kedah kata...