Monday, December 2, 2013

Rombongan Sehari Jer.... Pasar KemBoja....

Best Blogger Tips

Assalamualaikum you ollss..

Walaupun dah lama tulis tapi lupa nak post entry ni... X pe,, walaupun begitu, semangat nk share tetap ada.. Ha, ha, mesti nak tau rombongan sehari cik ina ke mana... Rombongan ni dianjurkan oleh PUSPANITA LHDN caw Sungai Petani pada 27.9.2013. Walaupun x bekerja di sana tetapi cik ina dijemput oleh sahabat cik ina, Puan Zatul, untuk memenuhi ruang yang kosong disebabkan ahli -ahli ada masalah yang tak dapat dielakkan. Di sebabkan masa dah suntuk untuk mencari pengganti, cik ina dijemput, maka cik ina yang suka jejalan ni setuju je la...

Nak tau kami ke mana?? X la jauh sangat.. Sebelah Negeri Kedah jer, Parit Buntar.. Haaa.. Cer teka kalau area Parit Buntar tu, geng wanita ni akan ke mana.. Jawapannya tempat utamanya adalah Pasar Kemboja , Permatang Toh Mahat, Parit Buntar, Perak.
Sebenarnya Zatul cuma bgtau shopping kat Parit Buntar je.. So, cik ina tak amik port sangat pun.. Bila sampai baru tau kat Pasar Kemboja ni... Cik ina pun lagi bersemangat la.. sbb selama ni dok dengar je. Org cakap kat situ murah, dan barang pun ok. tapi x pernah p lagi.. So,, tup-tup hari ni tanpa disangka dah jejakkan kaki ke sini. Hehehe agak2 blh ke tgk saja...

Setelah turun daru bas kami pun menyusuri jalan yang tempatkan ramai penjaja. Satu jalan tu mmg penuh dgn penjaja dan kalau ada lorong pun, mesti penuh... Walaupun kat depat rumah orang. Oleh sebab keterujaannya.. cik ina x sempat snap gmbr byk2. So, Ada gambar dari cik ina dan ada setengahnya cik ina mintak kat pakcik google...



Rupanya setiap hari Isnin dan Jumaat je kawasan ni beroperasi. Jadi time tu kawasan di Permatang Tok Mahat ni memang sibuk.

Test tgk,, ok tak
ni tu dung terkini masa ni..



Selain dari lorong biasa, terdapat juga lorong yang dikhususkan untuk berniaga dan berbumbung. Memang mengujakan kepada sesiapa yang pertama kali pi mcm cik ina ni... Rasa semua nak beli tetapi memandangkan fulus yang kurang maka tak la beli apa pun.. ada satu dua barang je ... Lagipun x sampai sejam ronda, ujan turun dengan lebatnya... Kira selamat la duit cik ina kan.


Selepas kami hbs shopping ala kadar tu, kami bergerak ke KILANG JERUK MADU PAK ALI. Rasa x sabar nak tgk mcmmn jeruk tu di buat.. Nak tau mcm mana, tggu next entry... Sabar ekkk..

*************************************************

info terkini : pasar Bermula oktober 2013, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni. 

Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang. Blh baca kat sini 


info lagi baru... Berita yang baru saya terima beberapa hari lepas katanya hari jumaat dan isnin tak kan ada lagi pasar kemboja. pasar akan dibuka hari Sabtu sahaja sekarang...

Best Blogger Tips

Lawatan Penanda Aras ke JPN Terangganu -1

Best Blogger Tips

Assalamualaikum geng blogger sekalian..

Lama kita tak ketemu.. dan yang pasti dah lama cik ina tak update blog cik ina ni.. Pasti ramai yang merindui Cik ina kan.. (perasan sebentar walaupun x de sapa rindu kot). Ok ni cik ina dah muncul ni.. Jadi sesapa yang rindu tu pastu terubat rindu kan,, kan,,, Rindu kat blooger AyuJean.. Ayu ..rindu cik ina tak???

Seperti biasa, cik ina kan suka jejalan dan kali ni nak citer pasai lawatan penanda aras ni.. Masa dulu tak tau pun apa ni lawatan penanda aras ni sbb x pernah berkesempatan ikut.. Sekolah tpt cik ina kerja pun buat tp x dpt ikut sbb jadi penunggu pejabat yang setia... So, kali ni bila nama cik ina naik, cik ina pun tak lepaskan peluang keemasan ni sbb tambang free.. hehe yang tu sebabnya cuma kena byr penginapan je RM50.00. Kira ok la kan...

Atas bas.. silau la x leh celik sangat
Kami bertolak kul 10.00 malam pada hari selasa 26.11.13 dan tiba kat Tganu kul 5.00 pagi.. Setelah siap comei-comei kul 8.00 kami pun gerak ke Kuala Tganu dan sempat singgah kat Setiu utk breakfast. Agak2 menu apa pilihan cik ina.. Of course la nasi dagang sbb kat kedah payah nk jumpa kan...

Sebab nk try je x amik byk sangat.. ikan pun comel je

Selesai semua mengisi perut masing2, barulah boleh melawat dengan selesa kan... Pada pukul 10.00 pagi kami selamat tiba di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPN Tganu).

Kami disambut kat gate depan lagi. 

Dan bila kat depan pintu masuk, sekali lagi disambut staff sana dengan meriah sekali. Terharu sangat... 


Dan yang bestnya dapat makan lagi.. hehehe. Pihak JPN tganu ada menyediakan sedikit jamuan..
 Cer teka apa yang dihidangkan.... Jawapannya -----------> Nasi Dagang.. Agak2 cik ina makan tak....
Oleh kerana tadi makan ckit, maka Cik ina MAKAN LAGI. tapi Cik ina amik ckit je..

Selepas jamuan ringan tu, kami dibawa melawat Sektor-sektor yang ada di sini. Semua staff ramah sekali. 

Selepas melawat setiap sektor dan unit-unit, kami berkumpul semula untuk ucapan terima kasih dan pemberian cenderahati dari pihak PPKMY. Thanks JPN Tganu. Jemputla datang ke KEDAH pula ye.....
 


Bergambar kenangan dgn staff sana b4 balik
Selepas ni, kami bergerak ke Pantai Batu Buruk.. Nak tau xtvt selepas ni, nnti cik ina sambung next entry.... tunggu tau... 


Best Blogger Tips