Tuesday, April 15, 2014

Lawatan Ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali

Best Blogger Tips

Assalamualaikum......

Seperti yang cik ina janjikan kpd uolss, cik ina akan updatekan sambungan Rombongan sehari tu kan.. Tapi mcm dah outdated sbb rasa mcm dah basi je citer ni.. Yg lambat tu.. sbnrnya PC cik ina kena virus n semua pic dalam drive c ilang. Byk gambar rombongan ni hilang... Opsss kita sambung dulu citer rombongan sehari tu.....

Selepas bershopping ala kadar kat PASAR KEMBOJA, dan driver Solat Jumaat, kami smpai dengan selamatnya kat Kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di 
Lot 652-655, 
Kawasan Perindustrian IKS Perda-Tasek,
14120, Simpang Ampat, 
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

Kepada sesiapa yang berhajat nak pi, cara yang mudah untuk ke sini ialah dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan memasuki atau menyusur keluar melalui tol "Simpang Ampat/Bukit Tambun". Lps keluar dari tol tu (setelah bayar tol) di Lampu Isyarat yang pertama belok ke kiri. Anda anda akan nmpk signboard arah ke kilang ini. Maka, ikutilah Pandu Arah "Muzium Jeruk Madu Pak Ali" yang berwarna kuning yang diletakkan di sepanjang laluan, terutamanya di simpang-simpang, sehinggalah sampai ke kilang. 

Jaraknya dari pintu tol kesini lebih kurang 7 km sahaja. Mudah je kan nak ke sana...... 
Setelah sampai, kami disambut dengan mesranya oleh pegawai kilang tersebut dan diberi penerangan serba ringkas tentang kilang jeruk ni oleh anak tokei sendiri iaitu Encik Alias Bin Haji Ali, Pengarah Ursusan Pak Ali Food Industries..


Kami di beri penarangna serba sedikit dan untuk kebersihan kami dikehendaki memakai apron dan memcuci tangan. 



Kemudiannya barula kami semua dibawa masuk ke kawasan pemprosesan dan dapat melihat sendiri bagaimana buah-buah dikupas, yang akan dijerukkan diasing dan digredkan berdasarkan saiz, jenis dan juga keadaan buah tersebut (samada muda atau masak). Buah yang telah dipilih dan diasingkan akan dibersihkan dan dimasukkan dalam air garam (menggaram) selama 1 minggu.








 Buah tersebut kemudian dibersihkan kembali dengan menggunakan air suling dan dikupas serta dipotong mengikut saiz buah. 



Setelah itu, buah-buahan tersebut akan dijerukkan dengan air gula selama 3 hari dan akhirnya dibungkus untuk pasaran.

Antara jeruk yang dikeluarkan adalah jeruk mangga, betik, roselle, sengkuang dan juga minuman jus pala. Pembungkusan produk kini dibuat didalam bilik berhawa dingin. Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa proses pembungkusan dijalankan.

Apa yang membuatkan  jeruk pak ali ini istimewa?? Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali adalah
  • Pertama sekali Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula) seperti kebiasaan pengusaha lain. 
  • Ia juga ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. 
  • Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
  • Sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran.
UNTUK KETERANGAN LANJUT ---- 
anda boleh refer JERUK MADU PAK ALI OFFICIAL BLOG  SINI

Gambar amik dari pakcik google pun ada..... tq
*********************************************************************

Best Blogger Tips

2 comments

April 15, 2014 at 5:05 PM

wah seronoknya lawatan ni, pas tu makan jeruk free... yummeh...

April 15, 2014 at 7:08 PM

@Farah Waheda Wahid
mmg haruslah makan jeruk free... test dulu yg mana sedap b4 beli.. t test semua la kan.. cuma kita kena pi rombongan baru blh masuk.. org perseorangan tak leh msuk

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen