Wednesday, April 9, 2014

Naim Gulai Ikan Sembilang

Assalamualaikum semua.



Hari ni Cik Ina excited sangat. Sbbnya hari ni (26.3.14) boss nak belanja kami semua staff yang ada kat sekolah makan. Yg Ci k Ina exited bukan sebab boss ni blanja tp tpt yang kami akan pi tu adalah tempat yang jarang kami p. Nk tau kat mana... kat NAIM GULAI SEMBILANG. 

Restoran Naim Gulai Sembilang ni terletak di 
Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai, Merbok, 
Sungai Petani, Kedah. 

Tempat ni mmg glamer dikalangan orang tempatan di area ni tapi kami je jarang p sebab masa lunch time kan sejam je. Takut terbabas plak time rehat tu kan.


copy dari pak cik google



Lg satu, sapa yang mai sini kena sabar ckit. Kalau nak cepat kena order jadi x berapa lambat sangat. Lambat tu bukan servis dia tapi sebab tokey nak serve kat kita gulai sembilang yang panas panas..

Cik ina n Pn Azimah
 Sebab kena tunggu sat, maka byk la gambar yang kita ambil kan... 
Layan je la ... Zasss

Muka menunggu.. dan lapoo
Air dah sampai... sabar sat nooo
Kita minum dulu...

Dan akhirnya nasi dan gulai sembilang yang PANASSSS pun sampai.. Ermm kecur air liur bila aroma gulai ikan sembilang ketika sampai ke meja kami. Ditambah pula dengan sambal belacan serta ulam-ulam kampung.. Yummy   Apa pun,, Bismillahirrohmanirrohim......





Jom makan...

ini gulai tenggiri 

Selain menu utama iaitu gulai sembilang, Restoran Naim Gulai Sembilang juga turut menyediakan menu ikan kembong lemak sumbat, sotong goreng, ketam dan udang, malah bubur kacang hijau, pulut hitam dan minuman percuma setiap Sabtu serta Ahad.



Ni guru besar dah staff lelaki


jom makan.. jemput ye
tadaaa dah licin....

Kepada sesiapa nak mai makan kat sini, Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 4 petang dan ditutup pada Jumaat.

Nak tahu rahsia keenakkan gulai sembilang ni??? Rahsianya adalah rempah yang ori iaitu rempah kari itu dicipta sendiri oleh tuannya, dan juga cara menyiang ikan sembilang tu sendiri. Silap siang ikan akan bau hanyir. Jadi rahsia bagi mengelak ikan sembilang itu berbau hanyir, adalah dengan memicit hidung ikan itu untuk mengeluarkan lendir.


Ni la rempahnya
Caranya sediakan...

  • Ambil rempah dan masukkan air yang bergantung kepada kepekatan yang disukai. Jika lebih suka cair, masukkan lebih air. 
  • Kacau sebati sebelum dijerang di atas api. 
  • Bila kuah mulai mendidih, masukkan ikan dan diikuti sayuran seperti bendi atau terung. Bolehlah diangkat bila ikan telah masak dan kuah telah terbit minyak. 
  • Tak perlu dimasukkan minyak, tak perlukan masukkan garam atau asam. Semuanya telah disediakan dengan secukup rasa. 1 tupperware yang beratnya 500 gram adalah untuk 1 kilogram ikan. (Selain ikan sembilang, boleh juga digunakan lain lain jenis ikan)

Copy dari Azie Kitchen Sebabnya cik ina x beli rempah segera ini..


Sesiapa ada pertanyaan atau nak order sila hubungi Md. Ibrahim (019-4756548) atau Zarina (019-5275014). untuk maklumat lanjut. 
Sumber : SINI

Tetibaa teringat kenangan makan bersama rakan sekerja masa lunch kat kilang TXPO dulu.. Tghari je seminggu sekali mesti p makan kat kedai ikan sembilang -jalan nk ke Kuala Juru,,, kan adik myra kan...


******************************************************************************

1 comment:

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen