Tuesday, April 29, 2014

Kem Kepimpinan SKMP

Best Blogger Tips

Tarikh    : 18-19.4.2014

Masa     : 8.00 PAGI
Tempat  : TANDOP CAMP, MERBOK

Sekali lagi Cik Ina menjejekkan kaki ke sini setelah 2 tahun tidak ke sini.. Keadaan masih sama..Sungguh tenang dan nyaman sekali. Dikelilingi dgn pokok2 dan diiringi dengan deruan air sungai yang mengalir. Inilah Tandop Camp, Merbok yang terletak berdekatan dengan Kilang Dong Hwa. Rasanya first time cik ina ke sini, cik ina lupa nak masukkan ke sini.. 

gambar terkini di sana
gambar kem motivasi 2 tahun yg lalu.
Masa first time tu Cik ina berkampung 3hari 2 mlm tapi kali ni cik ina berkampung seharian je.. Sebabnya kali ni kami upah fasilitator luar. 

Setelah  dirasmikan oleh GB (guru besar) pelbagai aktiviti kepimpinan diterapkan. 



Yang specialnya, konsep makan kali ini adalah menggunakan talam. Mesti pelbagai reaksi pelajar akan kita lihat.. 


Jom tgk aktiviti dan layan keindahan alam ini..

Kak su dan aishah dgn fasilitator yang dijemput



Pada malamnya, ada orang sponsor kambing untuk barbeque. Tu yang pakat-pakat bakar kambing tu..

tukang bakar kambing

Apa pun tahniah kepada adik2 yang berjaya menghabiskan masa menimba ilmu di kem ini...


Syukur kerana masih bernafas lagi...

Best Blogger Tips

Tempat makan Sedap di Sungai Petani

Best Blogger Tips

Assalamualaikum
Ada sorang mmber cik ina baru sampai Sungai Petani (SP) tanya dekat mana tempat makan best area Sungai Petani waktu malam?? 

Cik ina pun berfikir sebentar... 


update terkini-- MEI 2017
Erm.. cik ina pun tak tau sbb lately ni Cik Ina tak rajin keluar makan malam. Diet la konon. 
Hahaha

So, setelah dipikirin kat mana yang best cik ina pun dapat membuat kesimpulan.  Di sini Cik Ina himpunkan tempat makan yang menjadi kegemaran Cik ina yang semestinya best.  


KAT LEEBOSS iftar 2014

Antaranya :

1. Dking mee Udang - terletak d sp selatan (tapi kena tanya dulu udang sekilo berapa ye).. Ada juga set nasi.. Terletak di Bersebelahan GIANT, Lot 20072, Jalan Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
+60 19-511 1152
2. Big MouthRepublic Cafe  - Berdepan dengan Parkson, Tmn Sejati sp selatan

3. Chik Char Koey Teow - Dari SP Selatan, terletak selepas Petronas Bakar Arang

4. Nasi Tomato Ayam Berempah - Pekan baru, terletak di kwsn parking tepi Public Bank.. ada juga Char Kuey Teow  di situ..

5. Hotmas Restoran - Jalan nak ke Hotel Swiss Inn.. Deretan rumah kedai selepas sekolah.. sebelum simpang Swiss in hotel

6. Boooz Burger Bakar - sebelah IKM Jln cinta sayang

7. Brader Burger Sungai Petani..  Lokasinya kat parking Public Bank Pekan Baru.. Contact no 017-517 0545 atau 017-485 5360

8. Restoran Mesra Jaya - Shell out, western dan goreng2 pun ada. Terletak kiri jalan ke Swiss In Hotel
Dulu cik ina suka sebab variety dan sedap..... jadi jom p try lagi..

9. LeBoss cafe - belakang nasmir lagenda height, SP Utara. Yang ni sedap dan portion dia banyak...

10. Restoran Arabic mendy - Legenda height, masuk spg nasmir dan turn kiri jalan nk ke tesco sp utara. Update terkini 2017- sekarang dah berpindah ke rumah kedai Simpang Amanjaya Mall kat lot 88 tu.. Maksud dari simpang keluar higway utara, kona kiri terus. bila nampk gulatis,, maksud ready belah kanan. dansimpang tu amik kanan.. anda akan nampak belah kiri

11. Nasi Kandar Makbul  - Masuk ikut simpang 4 tepi Nasmir di kanan jalan ke tesco sp utara

12. Pengkalan Ikan Bakar - Terletak di tepi sungai area Pekan Baru (dari Pekan Baru kena lalu sungai pasti signal ke kanan. Kalau dari sp selatan amik traffic light ke taman intan(thunder print), pastu ada simpang, amik kanan utk ke pekan baru dan ia b4 sungai)

13. Tasnim Seafood - Jln utama dari Pusat Bandar ke SP Utara selepas trafic light taman intan, dan selepas tu bila nampak Kolej PTPL, ia berhadapan dgn PTPL. Sekarang dah bertukar nama. 
Lagi satu cawangan di Taman Pekan Baru.

14. Khory Steamboat, Grill dan Yong Tau Foo  
Lokasinya Lot 3511-F.Jalan Pinang Tunggal, 
Padang Temusu.08000 Sungai Petani.Kedahboleh Call/SMS/WhatsApp 017-5578178 (Reen). Operating Hours : 5pm-12 am. CUTI MINGGUAN: ISNIN


15. Western Food Bajet RM5. Hujung blok Restoran Makbul tu. Kat situ ada juga Satay, Char koew Teow, Mee udang dengan harga yang mampu milik....

16. Medan selera jam besar - Pelbagai aneka makanan seperti Yong Tau Foo, Tom Yam Seafood kedai hujung sekali dari jam besar...

17. Farid's Grill
Lokasi sebelah Agro Bank Sp Petani Selatan..Dekat dgn Giant SP. Siap ada alunan bacaan al-Quran yang sangat mempesonakan jiwa..




18. YOLO KITCHEN - Shell out 

Yolo kitchen ni terletak di No 20 Lorong 1, Taman Ria 08000 Sungai Petani Kedah. Kedai kami beroperasi setiap hari pada jam 4.30ptg sehingga 2 pagi . Lokasi kedai : Sebaris dengan kedai kain gayathiri, berhadapan nasmir lagenda height.

Ketam, Udang Lala/Kepah/Kupang Sotong, Nasi putih dan ada set yang ada ikan. Anda boleh pilih ikut citarasa. Boelh tengok kat FB YOLO KITCHEN https://www.facebook.com/yolokitchen/.

Kepada yang dah lama teringin nak makan nasi dengan seafood lambak atas meja jom pakat-pakat mai singgah. TEMPAHAN AWAL bagi yang datang ramai bagi mengelakkan ketiadaan ruang tempat duduk. Sila hubungi : 016 5117688 /017-4398768


17. D Acah Acah Steamboat - Shell out dan Steamboat
Alamat : No.73 , 6/2 BLM , Bandar Laguna , Merbok Sungai Petani. WAKTU PERNIAGAAN: 6pm - 2am HOTLINE : 019-431 3184

18. Labo Labo Steamboat & BBQTerletak di Lot 2857, Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani, Kedah. Hubungi 010-2055354. Beroperasi setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam



...................update terkini Mei 2017....................
Jadi, sesiapa yang tau tempat makan baru yang sedap untuk diterjah oleh cik ina, sila maklumkan kepada cik ina secepat mungkin, sebab nak p try juga.. Sebab lately ni macam tak keluar makan plak.. Jadi kurang arif ckit.



Nnti Cik ina updatekan tempat makan yang menarik pada siang harinya pula....
Tunggu.....
*************************************************************************
Cik ina akan update dari masa ke semasa.... 

Best Blogger Tips

Monday, April 28, 2014

Makan Nasi Arab Mendy di Restoran Arabian Mendy sg Petani

Best Blogger Tips

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat cik ina nak p makan kat sini.. Orang lain dah cemuih (bosan) dah, tapi Cik ina baru nak p kan.. 
Hasrat Cik ina direalisasikan setelah ada Jamuan Perpisahan guru pelatih dari Maktab Perguruan  ops silap Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani... This is the first time tau kami warga SKMP buat jamuan diluar. SOkmo buat event mcm ni kat kantin sekolah jer.



Nak tahu kenapa kat luar, Ini adalah kerana kali ni sebahagian makan makan ni ditaja oleh beberapa org Guru yang bermurah hati. 

Acara makan yg sepatutnya start pkul 2 dah jadi 3.00 petang. Maklum la ramai. Kebanyakkan bawa family sekali. Nak himpun semua bukan senang juga kan..Cik ina juga yang sorang je...

Nak tau kedainya kat mana???



245,Jalan Lagenda Height 9, 

08000 Sungai Petani
019-5998631

Untuk pengetahuan semua, restoran ini dibuka pada setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam kecuali pada hari Jumaat dibuka 3 petang hingg 11 malam 
Kita blh order sepinggan.. Kita blh order setalam. Kalau setalam, kita boleh ceduk masuk pinggan masing2.. Kalau nak makan dalam talam pun ok jer.

Meh kita tgk menu dia dulu.. yang copy dari  www.harrizam.blogspot.com.. Cik ina x sempat snap sbb semua dah diaturkan.. Cik ina tunggu nak ngap je...



copy dari google.. tq harrizam...

Kami skmp sefamily ditempatkan di dua kawasan iaitu
tingkat bawah dan atas. Yang anak kecik kat bawah sebab tak perlu dok bersila dan untuk kesenangan seisi keluarga.. Yang bujang dan anak dah besar makan kat atas.. Jom layan pic yang diambil oleh Kak Su...
Zaty, Kak Misbah, Mak long and Cik ina...






Ni la bakal guru yang dirai... Ada sorang lagi.. gurl.. 
Ni la sorang lagi.. Adeline Carol. Yg baju merah tu ye...


Meja Guru Besar dan ada yang bakal pesara....


Antara guru yang membawa family...


Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi no telefon kedai 019-5998631 atau 017-4357519.

* Cik ina ada call salah satu no  yg tertera kat menu tu...tetapi no ini x digunapakai kerana tuan punya no ni dah berenti kerja kat situ...


******************************************************************************

Best Blogger Tips

Wednesday, April 23, 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Best Blogger Tips

ASSALAMUALAIKUM



Lama cik ina tak BW.. Hari ni dlm BW cik ina terpandang segmen Dayang Deno ni... 
Mana tau terpilih jadi antara 5 peserta betuah.. 

Jom kita join..
Yang lain pun jemput la follow dan BW blog cik ina...

**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014


Best Blogger Tips

WAKTU BAIK UNTUK BERDOA - JOM

Best Blogger Tips

Alhamdulillah, kita dapat bernafas lagi pada hari ini. Syukur Ya Allah..
Pagi ni Cik ina terbaca dlm FB (tetiba blh buka tak kena blok) tentang -->>



Terasa nak share plak. Jom kita amalkan.... 
Moga doa kita dimakbulkan... Amin

Best Blogger Tips

Tuesday, April 22, 2014

Tapai

Best Blogger Tips

Cik Ina terlihat gambar tapai ni kat FB my best friend, Puan Umi.. Tetiba teringin nak makan tapai.. Mak rajin buat tapai.. nnti kalau mak buat, blh makan.. kalau daun pisang banyak mak buat semua daun pisang tp kalau sikt daunnya, mak letak dalam plastik bulat comei tu je. Apapun tapai mak buat mmg sedap...


sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut       

Alang-alang dah post entry ni, kita tgk resepi dan cara nak buatnya plak kan... 

Tapai Pulut

bahan


1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara

1.  Tapis dan kukus pulut.
2.  Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air       
     sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
3.  Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn. 
     kacau biarkan seketika.
4.  Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk.... 
     tanda pulut masak.
5.  Sejukkan pulut...pastikan pulut betul sejuk sebelum langkah seterusnya.        nanti tapai jadi merah
6.  Hancurkan ragi dan ayak ragi dg penapis atas pulut. kacau rata.
7.  Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah atau isikan dlm bekas
     kecil.
8.  Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar
     atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup dan simpan dlm kotak.
     Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan....


PIC NI DARI GOOGLE

Tapai dari daun getah pun sedap juga... 
  Sumber RESEPI; Dapurmamasya

Best Blogger Tips

Langkawi day 2 Family Vacation..

Best Blogger Tips

Setakat ni Acara berjalan dengan lancar. Ni nk sambung citer kemarin... PAginya plan nak masak nasi tetapi sbb semlm tak blh lena sangat, maka kami pi cari breakfast kat jalan besar nu. Ha, kat lorong nak masuk tok jah ni ada orang jual nasi lemak.. Alhamdulillah tak yah cari jauh2. 

Setelah semua kekenyangan makan nasi lemak gerai dpn jalan nak masuk Homestay tok jah tu, maka kami pun bergerak keluar utk berjalan jalan.. dari pantai cenang kami menuju ke padang mat sirat.. 
Niat dihati nak tgk kain batik.. tetapi mak kata nak pi ziarah sedara dulu... I follow.. sbb i drive

1. Padang Mat Sirat... Rmh Sedara

Oleh kerana mcm awal lagi je... mak pun ajak p rmh sedara dulu yg dok depan klinik kesihatan tu.. rupanya yg ada mmg tok sedara kami je. Kira ok la sbb lagi bagus.. Rupanya tok tu saja ada kat situ sebab tuan rumah ke Bandung bercuti.


2. Padang Mat Sirat

Setelah hbs melawat sedara, kami pun ke Beras Terbakar untuk cari kain batik. Sambil beli kami melawat Tapak beras TErbakar itu...

Sorang lagi tukang amik gambar.. x de



3. Makam Mahsuri

Selepas membeli ala kadar, Cik ina bawa mereka semua ke Makam Mahsuri. Oleh kerana mai byk kali tak masuk, maka kali ni cik ina decide nak masuk... Mesti banya perubahan kan kat dalam ni.. Jom masuk...


Posing dulu sebelum masuk


Cuma mak dgn abah je tak nak masuk. Mak dah tak larat nak jalan...



4. Shopping kat ISmaiL GrouP

Setelah balik rmh kakak dan makan dan solat kami pun ke Pekan kuah utk shopping barangan yang dipesan. 



5. DATARAN LANG

Setelah dah jenuh habiskan duit, jom kita lepak kat Dataran Lang. Saje ja mai sini sbb mak abah lama tak mai.. tp jenuh juga mak nak jalan dari parking. 




6. PANTAI CENANG

Dah puas lepak, kami pun beransur pulang ke homestay. Mak pun dah keletihan.. Tp sebelum smpai kami singgah kat pantai cenang.. Cik ina offer anak sedara 2 orang tu mandi.. Tunggu lagi.. terus mandi walaupun tak bawa baju mandi pun... Tak pe,, hampa balik jalan kaki no...



Setelah nak mgrib dan matahari pun terbenam, kami pun balik ke homestay... Dekat je sbb tu depa kena jalan kaki sbb kebasahan.... Tak dan nak masuk rmh depa pun sampai... Kira x rugi la amik homestay kat sini...

*****************************************************************

Jom baca kisah sebelum ni... Langkawi DAY 1

*********************************************************************************

Best Blogger Tips

JOM BACA 10 MIN

Best Blogger Tips

Selaras  dengan adanya Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit  sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2014, sek tpt Cik ina kerja pun tidak ketinggalan untuk sertainya. 

Tepat jam 10.00 loceng dibunyikan dua kali dan program pun berjalan  selama 10 min. Semua pelajar memberkian kerjasama yang baik. Pelajar PRA pun tidak ketinggalan membaca. 

** GAMBARNYA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN...

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Gerakan Membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Awam di seluruh negara bagi membentuk masyarakat membudayakan amalan membaca.

JOM KITA MEMBACA.. 10 MINIT JE....




###############################################################################

Best Blogger Tips

Monday, April 21, 2014

Pembukaan Jambatan Ke dua Pulau Pinang...

Best Blogger Tips

Cik ina amat teruja awal bln Mac lps.. iaitu 1 Mac 2012..  Utk apa ye keterujaan Cik ina sampai ke Penang? Cik ina buat pertama kalinya akan bertukar status nk berniaga.. nk tau berniaga apa.. Cik Ina join member Serbuk iaitu cik sherrie.. buka booth for opening 2nd penang bridge... X sabar menunggu esok.. Actually citernya cik ina nk temankan member cik ina, cik sherrie yang begitu semangat nak buka booth ni. So, cik ina pun free je x de apa nk buat maka.. Join la. 

28.2.2014... Jumaat.. 

Kami dah bersiap sedia dengan segala kelengkapan.. hurmmm kira mmg penuh la ikan kelisa saktiku tu..  Dalam kul 2.30 kami gerak ke penang. Dan smpai dan check in hotel apa tah tp yg bajet je la. Sbbnya bdekatan dgn tapak opening tu. After mgrib kami p tgk tapak booth kami utk setup apa yang patut. 








Blk tu kami dinner dkt giant sbb hotel tu area giant je. Bila rasa dah settle semua, kami lupa nk buat mcm name card. Nsb baik ada mmber cik ina.. iaitu mr z yg tolong buatkan. Tq z. Segala jasa baik akan kami berdua kenang sampai bila bila. 

Setelah hbs gunting name card yang sempoi tp cantik tu.. time to sleep. Esok adalah hari yg panjang.. opss lupa nak bgtau kami nk jual apa... jeng jeng jeng.. jom tgk esoknya .. 

1 Mac 2014..  sabtu

Hari yg ditunggu dah tiba... Kami dua dengan semangat nya. BAngun awal dan terus ke gerai tapak perasmian. 



Setelah set up meja and decoration ckit, baru breakfast.. mr z yang belikan sbb cik ina x sempat cari nasi lemak.. my fav breakfast. Thanks again z.  Nak tau apa kami jual. Kami jual :

1. Serbuk kari Chef Norman Musa -ni la jualan utama kami
2. Kek yang sedap belaka
3. Bun yang simple tp sedap
4. Acar My mom  buat
5. Asam jawa pun mak buat..(sebenarnya nak jual kat lain tapi bw sini dulu)





Kami dibekalkan oleh penganjur apron dan topi. Cik Ina pakai topi je. Macam2 acara berlangsung kat pentas. Siap ada persembahan artis lagi? Yang bestnya, Gerai kami berhadapan dengan pentas Utama. Mmg clear la cuma jauh ckit je. Apapun kami x amik port pasai ni cuma concentrate kt Jualan kami. Target bg habis semua sbb senang ckit nk blk. Nasib baik tghari kami dibantu oleh Hanim - tuan punya kek.. ringan beban cikit. Fuh.. letih juga berniaga 2 org ni. Tp semangat tu masih berkobar kobar. 



Yang bestnya serbuk kari kami mendapat sambutan yang memberansangkan. Pandai juga kami promote.  Mak cik sherrie kita ada buat sambal daging tester. Lagi la laju kan. Cik ina sampai x sempat bergambar.  Ckit je. Huhuhu sedih.. dah la first time meniaga kan. 

Sebelah malamnya lagu meriah sebab Perdana Menteri kita pun mai. Cik Ina nampak Pm dan org ramai yang bertuah naik bas x de bumbung p rasmi jambatan baru. Huhuhu nak naik juga. Harap sat gi mlm lps officially opened kami dpt naik dan blk terus ke seberang sana.. Produk kami laris. Serbuk kari cuma tinggal sedozen tu pun ada org suruh simpan. Kek pun tinggai ckit je.


Selepas dah tutup gerai kami, baru sedar tak blh balik lg sebab jalan ditutup dan jam... Tgk konsert kristal dulu la...

And bila konsert kristal dah habis kami pun bergerak pulang. Nak ke jambatan lama, jam jalan dan tak tentu blh naik lagi.. Oleh kerana dari tapak perasmian tu berdekatan dgn deretan kereta menunggu nak rasmi JAMBATAN BARU maka Cik ina decide nak join sekali... Kereta dari tapak perasmian tak byk jadi kami dpt mencelah... Dan akhirnya kul 1.00 pagi lebih JAMBATAN BARU PUN DIBUKA.. Kami berdua begitu teruja nak naik ni...dan akhirnya dapat juga naik tanpa sebarang kesesakan sbb kami antara yang terawal....
.


Kami berdua selamat sampai ke rumah pada kul 2 lebih dengan selamatnya. Mlm tu Cik ina menginap kat rmh ik Sherrie la....



Best Blogger Tips