Wednesday, August 19, 2015

Family Vacation ~ Pulau Pangkor

Best Blogger Tips

Sebenarnya plan asal Cik Ina dan adik sefamily nak ke PD dengan sepupu sepapat kami tapi x jadi... sebab tetiba rancangan bertukar.. sepupu kami nak balik kg... huhuhu maka plan B... 

Maka.. Kami pun plan nak ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor pun ok la.... Lagipun mak abah Cik ina x pernah ke sana lagi... 

Cuma satu je Cik ina sedih sbb dah pokai. Cik ina baru je ke Sabah 23-27 April 2015. Ni 4-5 Mei 2015 adik ajak ke Pangkor pula. Alang2 dah janji, kuredahi jua.. Cewah -berjalan punya pasai i ok je...

Kami p kali ni 11 orang iaitu mak abah adik sefamily 4 orang, kakak dan my niece serta mertua adik. 2 biji kereta dan book 2 deluxe Chalet kat Purnama beach. Seawal pagi dah bergerak dari Kulim dan tersadai sebentar di Segari. Sebab keta mertua adik overheat. Setelah rest 30 min, settle kami teruskan perjalanan.

Sampai jeti Marina dah pukul 12.30 tghari.

Dan akhirnya kami sampai ke Pulau Pangkor... dengan selamatnya... 




Kita cari teksi pink dulu... Anak sedara Cik ina terkejut sbb semua van teksi ni color pink... Dan turn uncle ni untuk bawa kami.. JOmmmm.. x sabar nak check in... rest.. 

Seterusnya ke Purnama Beach Resort... 


Purnama Beach Resort
Lot 4466,
Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Kami sampai dalam kul 1 .30 petang maka harus tunggu kul 2 untk check in.. Jadi lepak dulu la kat pondok ni.. tp pool kanak2. Sedar2 aira dah ke pool tp kt tp tu je.. rupanya takut air...Aira,, air tu baru takat buku lali la.. yang biru tu baru kat lutut cik ina...


 Aira takut nak main air

My mom yang letih sbb berjalan jauh tadi masa mendarat kat jeti tu...

Time to check-in... jom...

Kami amik bilik...Deluxe Chalet -2 unit 
  • Air-con and attached shower
  • Tv with astro satellite reception
  • Max 5 person
  • Breakfast Included (2 pax)
  • Exclude Gov Tax 6%
  • Harga Biasa : RM180.00
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM210.00
  • Cuti Umum : RM250.00
Nasib baik pintu blh buka kt tgh bilik. X la payah sangat nak amik barang ke,, nak amik anak sedara ke.. nak tgk org sebelah ke kan.... Rest dulu before ke pantai....


Jom ke pantai lak. X jauh sangat berjalan cuma kesian kat mak n mak mertua adik x berapa larat dah sbb td jalan jauh..
WAhh dah banyak berubah pantai ni..



Malam dah menjelma... Mak abah n mak mertua adik pun dah tak larat. maka kami je la yang makan... Puas cari kedai makan. Siap google lagi... Akhirnya kami pilih satu kedai makan.





Hanya gambar ini sahaja yang Cik ina dapat amik sebab yang lain dalam camera DSLR my brother


Best Blogger Tips

Majlis Persaraan Cikgu Jamil

Best Blogger Tips

Haaaa ni nak cerita.. Cikgu Jamil adalah Cikgu yang ke 4 yang bersara di sekolah kami tahun ni.... dari,,,, dari... 7 orang.. Maka byklah sambutan yang telah dan akan dibuat tahun ni....
Jom layan persiapan dan juga acara yang telah berlangsung...

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi
Tarikh : 14 April 2015
Tema : Pink

Vespa dah sampai,,,, Jom kita hias



 Vespa pengiring dengan dayang dayangnya.... yang merbeles... 

Mcm from Taiping with Love la pulak....


 Ini lah wajah Pesara dan bakal pesara 2015 mengikut urutan dari kanan - SKMP

Gambar kenangan 




 Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi
Terima Kasih Cikgu Jamil atas budi dan bakti yang dicurahkan.
Atas kerjasama yang baik selama kita di bumi SKMP.
Maaf jika ada terkasar bahasa
Ada masa kita jumpa lagi...




Best Blogger Tips

Bowling PSKPPK Daerah Kuala Muda/Yan

Best Blogger Tips

Bukan senang nak sertai kejohanan yang dianjurkan oleh PSKPPK. Apa tu PSKPPK?? Maksudnya adalah Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Kedah. 
Kali ni kami join anjuran PSKPPK Kuala Muda /Yan.

Kali ni maybe ada iklan lebih maka kami geng skmp ni tau dan ada yang join lagi...  Ada yang sertai Petangue, dan ada yang join bowling. Cik ina walaupun tak pandai tetapi nak juga join. Cik ina n the geng join bowling.. at SEJATI BOWL.. Sebelah Park Avanue...

Acara ni patut ada hari Khamis tapi sebab ada Seminar kerja  maka ditunda  ke Jumaat 14.8.15. 
Jom tengok kisah perjalanan kami hari ni...

Semua pakat pakai baju color PURPLE n Cik ina sedikit terlewat atas sebab2 yang tak dapatt dielakkan.... Yang Sarah n kak siti pun lewat sebab keta Sarah ada bunyi tapi alhamdulillah semua dapat daftar dengan jayanya... Sebab Cik ina daftar awai cikit takut juga dapat jauh dengan depa ni. Maklumla tak kenai. Ramainya cikgu...

 Sarah n her son... kak siti n Cik ina
Setelah depa 2 tu sampai, kami tggu nama naik,, walau tak segroup tapi pair sama.. kira segroup juga la kan.... Jom layan gambar kami je la.... ZAssssS
Acara dah mula..
Last, b4 balik ,, dalam keletihan, sempat juga kami merakamkan,, cewah,, bergambar sesama ahli pasukan dan masa ni tggu result....

 Yes,, result dah keluar. Jom tengok
Belakang Cik ina tu la juaranya ... Top 5...

Walaupun baru kenai, dengan bangganya nak bagitau juga...  juara tu segroup dgn Cik Ina.. Yang baju kuning tu. Sangat friendly dan pandai main...Best sbb selalu bg semangat kat kami yang tak berapa pandai ni....Kak Siti dari SK Bandar Puteri Jaya. 

Best Blogger Tips

Tuesday, August 11, 2015

Bedak Butae pulak....

Best Blogger Tips

Semasa berkunjung sempena Hari Raya ke rumah my collegue Cik Ina, dia ada offer satu bedak...
Cik ina ni tak leh dengar bedak sebab suka nak mencuba. Sebab utama kerana muka Cik ina ni berminyak. Maka haruslah mencari bedak yang sesuai untuk kulit muka cik ina ni kan...

Ni la bedaknya... 

BEDAK BUTAE


Kak Sham yang offer bedak Butae ni. Dia kata anak sedaranya yang merupakan owner butik pun menggunakan bedak ni kerana bedak ni bagus..  Lagi teruja la Cik ina nak try.. 

JOM try... nnti hasilnya cik ina akan update ye...
Sebelum tu hasil google Cik Ina dapat info mengenai bedak ni




Terdapat dalam 3 warna: 
1 - untuk kulit cerah 
2 - untuk kulit sawa matang 
3 - untuk kulit gelap

Cik ina pilih no 2 Soft Beige... Sesuai la dengan kulit muka i ni kan,, yang x berapa cerah tu..
Bila dah guma ternyata bedak ni terbaik untuk menutupi cela dan senang untuk dibawa kemana-mana sahaja..
Kita tak perlu belanja mahal dengan Bedak Butae dan kerana hasilnya sehebat bedak MAC tau... 

Kalau nak order pun boleh.. harga RM20 tak termasuk pos..

Boleh pm cik ina or whatsapp
019-4229997

Best Blogger Tips

Monday, August 10, 2015

MELAKA... Im coming ... 2013 throwback

Best Blogger Tips

Oleh kerana dlm 2 mggu lps cik ina berkesempatan ke melaka (setiap mggu) maka cik ina nak throwback masa last year cik ina menjejak kaki ke Melaka Bandaraya Bersejarah setelah bertahun-tahun tak ke sana...
******************************************************

Melaka...... Im cominggg....
Akhirnya dapat juga cik ina jejak kaki ke Melaka..
Keterujaan untuk ke Melaka ni sbb dah lama cik ina tak melawat Bandaraya Bersejarah tu.. Last cik ina pi rasanya tahun 1999 iaitu rombongan masa study dolu-dolu bersama senior kat POLIMAS.  So, bersemangat cik ina ke sana pada kali ni.... Harapnya diberi kesihatan yang baik pada waktu tersebut..Amin..
Citer dia mula mcm ni.

Tahun ni sekali lagi nama cik ina tersenarai dalam anggota jemaah perlancongan SK Merbok (Pusat)  or yg lebih glamer SKMP. Hehehe kalau depa lantik jadi ahli jemaah tetap pun tak pe.. Janji blh jejalan. Dalam hati ni terbayang dah nak posing kat A-Famosa. Maklumla gambar terkini kat sana tak de. Gambar zaman dulu semuanya dalam album...Pastu nak naik rivercruise wakti malam,, pastu nak naik menara taming sari.. Yang lain tu tak pe,, tpt sampingan je yang penting tempat utama dijejaki kan...

Meh nak citer perjalanan kami ni.. Kami memilih tarikh sehari selepas peperiksaan UPSR iaitu bertolak pada petang 13.9.13. Kenapa bertolak petang.. biasala la kan membawa pelajar tahun 5 dan 6 ni... Depa ni pantang bas berenti, mesti akan beli jajan minum sesuatu walau dah penat melarang.. So, cikgu yang planning tu dah bajet masa berenti makan, mmbuang dan solat sekali,, so tak yah kalut-kalut. -15.9.13

Yang menariknya kali ni Cik ina jadi jurucameranya.. Diamanahkan oleh Kak Su untuk mengguna dan mmbawanya dgn cermat....

Kami sampai awal pagi dan singgah breakfast di kedai yang telah ditempah khas sepanjang percutian kami di sini.. Sebab kan bawa budak sekolah, jadi kena atur siap2 la.. utk cepat dan senang...


1 BREAKFAST KAT KEDAI YANG DIPILIH
Kedai ni adalah berdekatan dengan homestay yang kami stay sepanjang di Melaka ini. Mereka akan menyediakan breakfast kami, tghari serta makan malam.



MELAWAT SEKITAR BANDAR MELAKA....

1. A FAMOSA
















2. MENARA TAMING SARI






3. MELAKA PLANETARIUM







Malamnya plan nak naik rivercruise tetapi elok sampai je hujan tersangat la lebat. Bahaya untuk pelajar sekolah.. Dengan berat hati kami semua balik ke homestay dan menikmati makan malam yang disediakan... Kami tambah order ... of coz la masakan melaka..asam pedas melaka..










Day 2

Alang tak nak kempunan, awal2 sebelum kaunter buka kami dah sampai amik tiket untuk naik rivercruise. Jangan tak caya kamila org yang first naik rivercruis tu...

1. River Cruise













Tak sah la kalau org kedah bila buat rombongan tak ke Nilai.... Kami pun ke sana la. Selepas tu kami terus bertolak pulang..

Selepas rombongan kali ni, maka baru la ada beberapa trip lagi ke sini.. Kalau dah tak mai,,, tak mai langsung. kalau dah mai pula, lg beberapa bulan pulak TER mai sini..... 

Best Blogger Tips