Tuesday, July 31, 2012

PROGRAM TANGGUNGJAWAB KORPORAT BERSAMA BANK ISLAM

Best Blogger Tips

PROGRAM TANGGUNGJAWAB KORPORAT BERSAMA BANK ISLAM


 

Program Tanggungjawab Korporat Bank Islam
Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa:10:00am-3:00pm
Tempat: Village Mall, Emerald Puteri Hotel
Peserta: 100 orang murid terpilih, 20 orang guru pengiring, staf2 Bank Islam cawangan Sungai Petani, Alor Setar, Baling, Guar Cempedak dan KL

Mari kita layan gambar kenangan semasa program bersama staff Bank Islam ini.....







Layan Ice Age 4 (3D) sambil makan pop corn+pepsi..




Selepas layan 3D, kami semua dibawa ke Emerald Puteri Hotel untuk makan tengahari.

Terima kasih pihak Bank Islam atas kesudian membawa murid terpilih ini merasai pengalaman yang mungkin mereka tak pernah merasainya.

Best Blogger Tips

Monday, July 23, 2012

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Best Blogger Tips

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini



Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!

Sumber : SINI

Best Blogger Tips

Wednesday, July 18, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Best Blogger Tips

TARIKH: 10 JULAI 2012 (SELASA)
TEMPAT: DATARAN KEJAT SKMP
PENYERTAAN: WARGA SKMP/ PENSYARAH DAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI, SUNGAI PETANI
AKTIVITI: SENAMROBIK, LDK
KHIDMAT LAIN-LAIN ;GUNTING RAMBUT RM1

Pada pagi ni Cik ina bangun pagi dengan bersemangat nak join SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA. Apabila sampai ke sekolah dalam kul 7.45 tu, nampak keadaan mendung jer. Dan seperti yang disangka kul 8.00 hujan turun renyai-renyai. So,  semua pelajar berkumpul di dalam dewan sementara hujan reda.


Maka perasmian dijalankan di dewan sekolah. Ucapan perasmian dilakukan oleh Guru Besar SKMP, Tn Hj Ahmad Zubir b Abdullah. Kali ni ada sikit gimik untuk perasmian SENAMROBIK 1M1S1M.. Siap ada belon lagi

Senamrobik ini dipimpin oleh pelajar2 Kolej Komuniti dan disertai oleh semua guru, kakitangan dan beberapa waris pelajar.







Cik ina tak dan nak keluar peluh pun dah hbs. huhuhu kena beli CD senamrobik la macam ni. hehehe. Apa pun semua pelajar yang turut serta semua gembira sebat ada diselitkan tarian checkin dance.


Best Blogger Tips

Wednesday, July 11, 2012

Kem Motivasi UPSR 2012 SKMP

Best Blogger Tips

KEM MOTIVASI UPSR 2012 SKMP
TARIKH: 5-7 JULAI 2012
TEMPAT: 'TANDOP CAMP', MERBOK
PESERTA: PELAJAR TAHUN 6 SKMP (80 ORANG)

Pada 5-7 Julai yang lepas, cik ina berkesempatan mengikuti kem motivasi pelajar darjah 6 anjuran Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunselling dan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR  sekolah tempat cik ina  bekerja. Peserta program ini terdiri daripada calon UPSR 2012 yang disertai seramai 40 pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan. Cik ina amat teruja kerana sudah lama rasanya tak ikut aktiviti sebegini. 3 hari bermalam di pinggir hutan sangat memberi ketenangan kepada cik ina kerana terasa jauh dari keserabutan dan terasa tenang tanpa bunyi kenderaan.

Lokasi kem motivasi ini tak jauh dari sekolah. Setinggi penghargaan kepada KEDA yang sudi menaja kem motivasi ini.. Dengan tajaan ini maka dapatlah pelajar semua tukar angin ckit. Dan ibubapa tak perlu risau kerana masih dalam kawasan pekan merbok juga.

Nak tahu lokasinya  kat mana?? Lokasi yang dipilih adalah TANDOP CAMP. Apabila pertama kali menjejak kaki ke sana cik ina terpesona dengan kedamaian dan keindahan kem kerana terdapat saki baki pokok getah dan ia amat menarik.





Hari Pertama 5.7.12
Pendaftaran pada pukul 4.00 petang dan diberikan kumpulan.
Selepas solat Isyak berjemaah , slot motivasi diri pelajar serta pada lewat malam diadakan Qiyaqmullail.

Hari Kedua
Peserta mendengar Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR oleh En.Shukri b Yahya *(penceramah yang sebenar tidak dapat menghadirkan diri disebabkan ada kes kematian saudara)...
Thanks to En. Shukri. Kalau diikutkan mmg cikgu shukri berpengalaman memberi ceramah.
KEmudian Teknik Menjawab subjek Bahasa Melayu.

Kemudian, semua pelajar lelaki beramai-ramai Solat Jumaat kat masjid yang berdekatan.
Kemudian disambung denganTeknik Menjawab Soalan Matematik UPSR
Petangnya acara bebas pelajar - mandi sungai tetapi tetap dalam pemantauan guru. Mandi manda menyegarkan badan/minda setelah seharian mendengar ceramah.
Malamnya pula selepas solat Isyak berjemaan, diadakan persembahan berlumpulan dan diikuti dengan makan malam ala BBQ. Dah lama cik ina tak join BBq. Dulu selalu buat masa camping tp sekarang dah kurang join camping.
Selepas itu, aktiviti 'Blind Tracking' dikelolakan oleh 4 jurulatih Tandop Camp yang berpengalaman. Cik Ina pun tidak ketinggalan.

Hari ke tiga
Selesai senaman dan sarapan, program diteruskan dengan Taklimat Teknik menjawab soalan English. Dan pada pukul 11 peserta bergotong royong serta berkemas dan bersiap sedia untuk pulang

Jadual yang padat dengan ceramah motivasi dan cara menjawab soalan di samping solat berjemaah membuatkan semua pelajar tekun dan ada yg keletihan jg.. Ditambah pula makanan yang dimasak oleh Cik Kaq khas untuk pelajar semuanya sedap-sedap belaka.
Tetapi yang paling best,,, ada juga acara mandi sungai. Dah dekat dgn sungai. Kita layan je gambar yang ada...







Dalam gambar ramai2 ni cik ina tak de sebab cik ina pulang awai kerana ada hal cikit. Tapi apa pun cik ina doakan adik2 ini menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat. AMIN

Best Blogger Tips

Tuesday, July 10, 2012

Ella menangis di hari pernikahan

Best Blogger Tips

Apabila terbaca mengenai berita ini, tetiba Cik ina amat berminat nak berkongsi cerita tentang perkahwinan Ella- ratu rock kita yang masih bertahan sehingga kini. Cik ina minat ella ni. 
So,,, jom kita baca....Cik ina copy dari SINI
 
Tanggal 7 Julai 2012 akhirnya menjadi tarikh keramat buat ratu rock negara, Ella apabila dia akhirnya berkahwin.....

Ia mungkin satu penantian yang cukup panjang buat tuan punya badan dan peminat sendiri. Tanggal 7 Julai 2012 akhirnya menjadi tarikh keramat buat ratu rock negara, Ella atau Norazila Aminuddin apabila dia akhirnya berkahwin. Ella berkahwin pada usia 46 tahun, satu penantian yang cukup panjang namun berbaloi apabila dinikahi oleh lelaki yang dicintainya, Azhar Husaini Ghazali, 31.

Ironi, cinta mereka berjalan atas dasar persahabatan. Berkenalan selama sembilan tahun, sempat menyulam cinta kemudian terputus dan diperkukuh beberapa tahun kebelakangan ini, keikhlasan Azhar menyatakan hasrat untuk menikahinya kepada ibu penyanyi itu, Yang Hasmah Long pada bulan Februari lalu telah membuka pintu hati penyanyi itu untuk melayari impian hidup berumah tangga.

Akhirnya mereka sepakat memilih tanggal 7 Julai 2012 sebagai tarikh penyatuan tersebut. Ujar Ella yang ditemui usai majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman abangnya di Telok Gadong, Klang, dia kini telah memperkenalkan suaminya kepada umum. "Inilah suami saya dan saya kini isteri dia," ujar Ella malu-malu.

[Foto-foto pernikahan Ella, Azhar]

Dilihat menitiskan air mata sebaik sah bergelar isteri Azhar yang juga juruterbang syarikat penerbangan Firefly tersebut, hanya Ella yang menyimpan sejuta rasa tentang berakhir zaman solonya. Bersedia dengan soalan-soalan klise yang dilemparkan kepadanya seperti jurang usia 15 tahun antara dia dengan Azhar termasuk perancangan memperoleh zuriat, ini jawapan Ella dan Azhar.

Bercakap tentang menikahi lelaki yang jauh lebih muda daripadanya, Ella memberitahu: "Saya melihat ia sebagai normal. Ramai yang bertanya bila saya akan berkahwin, dan hari ini Alhamdulillah Tuhan telah memberi Azhar sebagai pasangan hidup saya."

Sementara pada persoalan tentang cahaya mata, Azhar mengambil tanggungjawab untuk menjawab soalan tersebut. Katanya: "Kami telah lama berusaha untuk ke arah ini (berkahwin). Jadi kami juga akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata jika diizinkanNya."

Azhar yang terpikat dengan kesederhanaan dan kasih sayang yang dicurahkan Ella kepadanya juga berikrar untuk menjaga isterinya itu dengan sebaik mungkin. Ella pula berkata dia akan berusaha untuk menjadi isteri yang taat dan setia kepada suaminya itu.

Ella juga memberitahu: "Saya akan belajar untuk hidup sebagai pasangan suami isteri kerana sudah lama hidup sendiri."

Saat ditanya tentang kariernya, Azhar memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang Ella untuk terus aktif menyanyi. Malah akan terus menyokong isterinya yang dipanggil sayang itu dalam apa jua keadaan.
Pada majlis pernikahan tersebut, Ella menerima mas kahwin sebanyak RM50, 300 dengan wang hantaran dirahsiakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar pada pukul 10.35 dan abang Ella bertindak sebagai wali.

Mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang dirancang pada 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Sambungan yang cik ina ambil dari sini

Rugi rasanya jika tidak berkongsi gambar bidikan Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography di hari pernikahan Ratu Rock Malaysia, Ella ini. Cantik-cantik gambar yang diambilnya. Ada detik-detik menarik yang berjaya dicapture oleh mereka. Abang Nara tengok pun ada rasa terharu sikit-sikit.
ella kahwin
Ramai yang memberikan komen rambut Ella agak tidak sesuai di hari pernikahannya. Daripada apa yang Abang Nara ketahui, ketika Ella sedang mendandan rambutnya, blackout telah terjadi. Blackout selama 2 jam ini menyebabkan Ella tidak sempat habis menyiapkan rambutnya. Diharap ramai berpuas hati dengan penjelasan ini.
ella kahwin
Lagi 21 keping gambar majlis pernikahan Ella dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography.

ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin ella kahwin
ella kahwin
ella kahwin


ella kahwin

Sumber di SINI

Cik ina doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

Best Blogger Tips