Monday, July 2, 2012

Lepak kat Queensbay plak (part2)


Quensbay.. Semua orang utara tahu kat mana quensbay. Dulu cik ina kadang-kadang ke sana lepak dgn Aren dan juga exboyfriend. hehehe.. Cik ina dah lama tak ke sana. Baru-baru ni cik ina berpeluang ke sana dengan sinar-my best friend after we berdua RONDA-RONDA DI CHAWRASTA MARKET. Saja tukar angin dan ambik angin melihat ketenangan air laut berpanoramakan pulau jerejak. Walaupun sibuk dengan keriuhan orang dan kanak-kanak bermain wau (orang kedah kata) bahasa bukunya layang-layang yang pelbagai rupa, tapi kami tetap menikmati keindahan ciptaan Allah.


Cik ina hanya minum dan makan jagung kerana perut cik ina masih lagi kenyang selepas ke Majlis Perkahwinan Yani tadi yang menunya amat sedap.. (sbb nasi ayam berempah tu fav cik ina). Kami pun menganbil keputusan melepak kat kerusi yang disediakan.

Tetiba pandangan sebelah kanan kami.. terlihat seorang budak yang sangat baik. Cik ina kata baik sebab dia duduk sorang2 dan tak mengganggu orang serta tengok jer orang lalu lalang. Dia ni rupanya anak salah seorang penjaja yang menjaja di sini. patutlah macam dah biasa saja keadaan di sini.



Selepas sejam berehat di kerusi yang disediakan itu, kami pun bangun sebab nak bagi peluang orang lain plak duduk di situ. Kami beredar kat batu yang berlambak di tepi laut itu.

Ramai tak pengunjungnya...
Setelah dah tenangkan fikiran, sesekali change environment org kata.. we all dicine nak balik. Perut terasa lapar.. Dah dkt dgn Hammer Bay, maka cik ina pun singgah kat situ. Dan makan.. Layan je pic ni


Kami pilih untuk bersila..


Tujuan asal nk pi mkn sotong goreng tepung jer.. tp terorder nasi plak. 
Harga,, jgn tanya sbb dari nk order ckit terus terorder byk. 
Pandai tukang ambik order promote.. ala-ala auu gitu dia ni... nsb baik bawa duit lebih.. hehehe... 
Jenuh kami makan berdua sampai tapau balik la ikan tu.



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen