Thursday, August 30, 2012

Bukit Bendera

Best Blogger Tips

Bukit Bendera,,, Rasanya kali pertama menjejak kaki ke sana masa cik ina darjah 5. Dah tak ingat macammana dan kali ke 2 plak cik ina pi dengan kakak, abg ipar dan anak sedara tetapi masa tu bahagian atas masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Kali ni cik ina berpeluang ke sana sekali lagi. Terima kasih kepada kawan cik ina yg sudi bawa cik ina ke sana dan menikmati keindahan alam.. Kita layan pic dulu....







Best Blogger Tips

Makan Pizza

Best Blogger Tips


Pizza ermmmm yummy...Pizza...
Sebut saja pizza tetiba terbayang iklan Pizza hut or domino pizza yang selalu diiklankan di kat tv kita kan. Ditambah pula apabila berkunjung ke rumah sinar, terdapat brosur-brosur offer dari pizza hut ni. Isk,, tergoda iman cik ina tau.

Maka bermula ceritanya... Sebenarnya Cik ina memang berniat nak makan pizza. Kebetulan kawan2 serumah Ana iaitu Sinar, Dayah ajak Cik ina makan di sebabkan brosur yang diterima tu juga la.. Jadi untuk memeriahkan keadaan kami pun ajak Azimah sekali. Lagi ramai lagi best kan baru meriah sikit.

Setelah mendapat kata sepakat, kami berlima ke Village Mall untuk menikmati keenakan pizza hut ni pada hari Khamis b4 puasa. 








Ni la kami, sementara menunngu pizza dihidangkan.... tak de keje lain la, asyik posing jer...



Apa pun.. buat renungan kita bersama....
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Best Blogger Tips

Wednesday, August 29, 2012

Doa Menaiki Kenderaan

Best Blogger Tips


Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.

 
 (surah Az-Zukhruf  13-14)

Marilah kita sama2 share..... 

Best Blogger Tips

Aidilfitri 2012

Best Blogger Tips

Salam Aidilfitri,,,  Kita boh lagu raya dulu bagi semangat raya ckit. 

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... selamat...
Selamat hari raya


pagi raya ke 2..

Sambutan Raya tahun ni tak meriah sbb pada hari buat ketupat, hanya cik ina, mak abah dan wahida je yang ada. Jadi kami balik kampung,,, kat Kampung Permatang Kangkong untuk meraikan dengan nenda tersayang.. Tok Bunga Binti Mat Isa dan Cu - Mahani.

Kali ni terasa kurang meriah kat kampung sbb keluarga Pak ngah dari Subang tak balik. Keluarga pak lang plak balik pagi raya dan pulang kul 4.

Tapi selepas kul 5, baru la semua adik beradik cik ina balik kecuali kakak sulung sbb kat langkawi. Abang ipar keje... tapi wakilnya ada iaitu wahida.

Raya ke 3 - beraya bersama azimah


my sister... Norita Saad

Adik cik ina - ni la mama and papa aira...

bersama kakak ipar, adik ipar dan yg comei pink tu cik ina...

Best Blogger Tips

Thursday, August 16, 2012

Iklan raya 2012 yang menyentuh hati

Best Blogger Tips

Salam,,,,

Cik ina tertarik dengan iklan raya oleh Bernas.. Sangat menyentuh hati cik ina...
Meh kita tgk....

Citernya pendeknya macam ni.....Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Agency: Affinity Worldwide
Production: Reservoir Production
Film Director: Hafiz Ibrahim

Meh kita tgk plak



Sumber : sini....





Best Blogger Tips

Monday, August 13, 2012

3 FAKTA MENGENAI ORG KIDAL

Best Blogger Tips


 3 Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan

Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

P/S --> Cik ina adalah termasuk dalam golongan ini....

SUMBER : SINI 

Best Blogger Tips

Sunday, August 12, 2012

Nak makan Chicken Foldover

Best Blogger Tips

Anda semua macam cik ina tak??? Tetiba, sementara nak berbuka atau semasa tengah rest time break, di bulan puasa ni, tetiba teringin nak makan macam-macam.  
Di fikiran terbayang Ayam percik la, nasi kerabu kelantan la, bubur lambuk la, cendoi, ABC,  dan pelbagai juadah lagi.

Kali ni cik ina ada teringin sesuatu. Oleh kerana Cik ina dalam proses diet, semua makanan itu terpaksa dilupakan dan sekarang ni terfikir nak makan chicken foldover. 
Niat ini muncul kerana dalam fb mggu lps, ada di sharekan offer ni.
 Isk macam sedap jer kan. 

 
p/s: sesiapa yang berminat, sila print this coupon.. at this link...HERE




Best Blogger Tips

Aira Dah Setahun

Best Blogger Tips

 Salam Semua... Pejam celik-pejam celik... anak sedara Cik ina dah pun setahun. Siapa lagi kalau bukan Nur Aira Dayana yang pernah cik ina ceritakan 2 bulan lepas. Lihat entry ini.
Mari kita layan gambar yang diambil oleh papa aira.

salam,, saya la aira yang dah satu tahun. Saya baru boleh berjalan hari ni



Cik ina tak de masa ni kerana depa celebrate kat rumah kakak mama aira. Kat situ lebih meriah.
aira n mama


sepupu-sepupu aira...




Best Blogger Tips

Kuih Siput oh siput

Best Blogger Tips

Salam Ramadhan.. Salam Aidilfitri...

Pagi sabtu kelmarin tetiba mak Cik ina panggil ke dapur. Cik ina ada ter bau sesuatu yang menarik. Rupanya doh untuk kuih siput dah tersedia. Hanya menunggu Cik ina untuk menyambung tugas seterusnya. 

 Sapa yang pernah makan kuih siput. Tak sah kalau raya, mak Cik ina tak buat kuih siput. Begitu juga raya kali ni. Mak buat kuih siput dah cik ina seperti biasa jadi pembantu.

 
Cik ina membantu sambil mata melihat ke TV. Biasala... kalau tak tgk tv rasanya dah blh tido kot dok buat bulat2 kecik tu. Setelah siap dibuat macam siput tu, maka giliran cik ina untuk menggoreng. Fuh.. aromanya begitu sedap ditambah dengan daun kari yang membangkitkan rasa. Tapi macam biasa.. bila dah malam baru boleh rasa...









Best Blogger Tips

Wednesday, August 8, 2012

Iftar Dengan My Geng

Best Blogger Tips

Salam Ramadhan....


Salam 19 Ramadhan dan 8.8.12. Berbuka puasa atau iftar... Semua geng atau kengkawan akan mencari waktu dan ketika untuk iftar bersama. Maka
kami pun tidak terkecuali untuk berbuka puasa sesama. 

Kami pun tidak ketinggalan merancang untuk berbuka puasa together-gether. Setelah pakatan dibuat dalam masa sehari sahaja (kalau plan awai sohih tak menjadi) maka kami decide pi tempat yang affordable dan lokasi yg berhampiran dengan rumah dan yang penting sedap. hehehe.



Maka kami pilih restoran siam dekat dengan tempat keje rakan cik ina, iaitu Sinar. Cik sinar merangkap tukang order siap2. Cik Ina just makan simple jer sbb dlm proses on diet. Kira kena kurangkan makanan berminyak jer. 


Walaupun berbuka puasa bersama tapi kami order lain2 menu. Farhana kita dengan nasi goreng ayam, azimah plak dengan koey teow goreng dan cik ina dengan sinar nasi putih up ayam dan sayur kangkong belacan. Itu jer. Simple kan.





Itulah kisah kami pada kali ni. Harap kami dapat berkumpul lepas solat tarawih plak sebab waktu berbuka tu terhad cikit. Sekarang ni cik ina teringin nak makan Chicken Foldover oleh MC D.. sbb ada offer... Emmmm Yummmy... 



 

Best Blogger Tips