Showing posts sorted by relevance for query Highland. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Highland. Sort by date Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Lagi Cameron Highland Day 1


Satu hari b4 cuti, geng kat sekolah tanya cik ina, cuti 3 hari nak pi mana.. Cik ina jawab la.. Cameron Highland dan..terkejut semua orang yang dgr..(rasanya la) sebab cik ina nak pi Cameron highland lagi.. Depa kata bukan 26.12.2012 cik ina dah pi sana ker.. Nak tau apa jawapan cik ina.. jawapan sama seperti entry yang lepas, cik ina berapa kali ke sana pun tak pa..

 Cerita kisah ni bermula begini.. Pada suatu hari yang indah dan damai.. iaitu sebelum Maulidirrasul (23.1.13) …. Cik ina dan sahabat-sahabatku ke Cameron Highland (CH) untuk kali pertama tahun ni dan kali kedua tak sampai sebulan dari 26.12.12 yang lepas. Percutian kali ni memang best… sebabnya... Kali ni merupakan percutian pertama bersama rakan-rakan baik ke sini. B4 ni kami hanya jejak kaki ke Penang je… Walaupun Cik Farhana Kirana (FK) tak pi – huhuhu dlm hati tetap sedih tau, tapi kami jemput sorang lagi kawan Azimah iaitu Nurul untuk memeriahkan keadaan. Lagi satu nak bgtau, kami menginap kat tpt yang selesa, cantik dan yang penting paling berpatutan walaupun kena panjat bukit (drive dgn keta la) setiap kali nak balik ke bilik..

Destinasi pertama adalah MARDI tapi sebab ujan kami pi petik stobery dulu kat Opah Strawberries and farm.



Keterujaan melampau sebab cik ina tak pernah petik stoberi walau dah byk kali mai CH ni. Jadi posing byk cikit la no...

Rupanya macam2 ada jual kat sini cuma kami tak makan sbb kedai tu baru buka. Tambahan ujan lebat mencurah-curah plak. Antara jualan yang ada kat di sini ialah:

1)ais krim strawberi
2)ais krim malaysia strawberi
3)madu lebah
4)scone +butter & jem
5)muffin strawberi
6)pai strawberi
7)dadih strawberi
8)jus strawberi
9)topping paste strawberi
10)jem strawberi
11)buah strawberi segar. (boleh juga memetik sendiri di sini)
Pastu sbb pewot Nurul dah bergendang-gendang jadi kami p makan kat Food court Brinchang. Ramai orang sesangat dan harga blh tahan beb. 

Hujan masih renyai-renyai dan kami teruskan perjalanan dengan gigihnya ke BOH SUNGAI PALAS TEA CENTRE. Sangat membanggakan kerana Azimah dapat membawa kami ke puncak dengan jayanya.


Selepas selesai menikmati panorama dan kena secawan tea serta kek, kami bertolak pulang tapi ada sesuatu insiden yang tak diduga telah terjadi. 
 Nak tau apa, tgk entry ni. Setelah semua settle kami balik ke bilik menunaikan kewajipan serta bersiap utk ke pasar malam plak. 
Beli ckit-ckit je sebab hari tu dah beli byk sangat.
Siap beli durian dari orang asli 2 biji 5 hengget.

After makan kami pun tido. 
p/s : Tggu next entry utk acara seterusnya....


Monday, February 7, 2011

Cameron Highland .... Im cominggg

Cameron highland,, namanya saja dah buat sesiapa yg mendengarnya teruja... 
Bg Cik ina, kunjungan ke CH kali ni, dah tak tau kali ke berapa sbb dah byk kali sangat menjejak kaki kat sana. 

Kecik2 pi rombongan... masa darjah 6. bila besar pi rombongan kampung.. bila masuk polimas kat jitra nu..,, dah tak terkira.. sbb 3 thn di poli, tiap kali cmping kat cameron,,mesti tak miss punya. Lps tu bila dah hbs poli pun dok join lagi... jadi tak terkira la berapa kali dan p. 
Pic  atas ni masa cik ina pi dgn geng Polimas.. rasanya tahun 2002... Ayang pun kecik lagi.

DAN Last sekali pi dgn geng SK Merbok plak.. rombongan sekolah... bln 9 hr tu...
Pic ni masa ikut rombongan sek merbok bln 9 2010

Sebenarnya ... Cerita baru nak bermula .. 
Pada mggu lps.. 1 week b4 Chinese new year, Ina, adik ina (juga bekas pelajar polimas serta isterinya), Cipon, Sham Janggut dan Farina Fikri sempat join geng Polimas berkhemah di Cameron Highland.
Tarikh dan lokasinya seperti berikuttttt :

Tarikh        : 27 januari 2011- 31 januari 2011

Lokasi           : Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands,                                Pahang Darul Makmur

Peserta         : lebih kurang 100 orang 
                        (80 pelajar, 20 super     senior) oleh Persatuan
                       Pengakap Kelana Polimas, Jitra, 
                       Kedah Darul Aman
Penasihat     : cik det, cik nazri


Perkhemahan ni anjuran Polimas untuk pelajar Semester 2 dan dikendalikan oleh AJK Persatuan Pengakap Kelana. Cuma yang istimewanya.. geng senior yang telah bekerja dijemput hadir tetapi haruslah mengikut syarat2 yang telah ditetapkan oleh penasihat. 

Mengikut sumber dari anak cik det, Nurul Hana- Perjalanan dari Poli sebanyak  2 buah bas bermula jam 10 malam khamis dan mengambil masa 6 jam lebih kurang. Jadi depa sampai destinasi pada jam 5.30 pagi jumaat, 27 Jan 2011. 

Ni pic yang diambil dari camera Abg Mie, blh dikira super senior  yang paling senior yang join pada camping kali ni.


Pagi depa sampai, depa dah pun mendirikan khemah dan membahagikan kumpulan.. aktiviti sebelah petang plak, adalah melawat perkampungan org asli. Ni adalah acara wajib utk mendedahkan kepada pelajar baru tentang jatidiri, kehidupan org asli yg telah berubah sejajar dgn perkembangan semasa.... aktiviti ni tak sempat Cik ina ikut sbb tak sampai lagi.. hehe tp dah tau tentatifnya sbb sokmo join.

Ni bukti pic masa dulu. melawat perkampungan orang asli.. masa ni cik det pun muda lagi

ni pic baru2 ni..

Tu kisah hari pertama dari polimas.. 

kisah perjalanan Ina dan rakan2 plak bermula pukul hari Jumaat 28.1.2011. Mesti hairan kenapa lewat. Sebenarnya ina dah siap kul 9. Tetiba adik Cik ina kat Kulim bgtau nk pi sama. Dia plak baru balik keje shift mlm. Tu sbb la bertolak lambat ckit. Kakak kena jemput kat rumah.. baik kan kakak dia.. 
pastu kami ke Juru utk berkumpul dgn keta Sham(2 biji keta jer la). Kali ni ina dan adik serta isterinya naik kelisa sbb kelisa tu blm pernah pi CH. Kami tiba dengan selamatnya dalam pukul 3.00 petang kat CH..

Dalam perjalanan ke tapak cmping,  Cik Ina sempat singgah kat Pasar Mlm Brinchang . Sempat la beli sarung tangan dan sarung kaki serta makan stobery coklat. Menu yang tak miss kalau ke sini..Yummy.. Ermm kali ni terasa sejuk sangat kat CH. Apa tak nya, sejak  Cik ina jejak kaki ke sana, hujan gerimis mencurah-curah bagai tiada henti...dah la mmg sejuk,, maka bertambah-tambah sejuk la.  mengikut sukatan suhu, pukul 9 pagi----> suhu mencecah 18°C. tambah nyaman bila angin rajin bertiup. ..Ermmm.. Ujan sentiasa.. start sampai hingga nk balik pun ujan. Sejukkkk sangat. 

Lokasi penginapan senior kat Chalet Pejabat Hutan. Lps aktiviti pada mlm pertama kat sana tu sempat la kami bersembang panjang... sembang dgn cik det dan isteri, serta rakan2 yg lama tak jumpa.. inila antara senior yang sempat luangkan masa. sanggup ambik cuti tu... semata-mata nak bercamping..jumpa kengkawan dan bercuti sekali la... pic ni diambil dari i-phone4 kepunyaan "bapak".. iaitu salah seorang senior jgk la (tu nama panggilan sahaja)

Sabtu adalah hari yg penuh mencabar. Jungle tracking kat Gunung Berembun. Oleh kerana cik ina dah lama tak ikut,, dan semangat kasut baru.. maka kali ni ikut. 

Baru sekerat jalan ni




Yang sedihnya, semasa turun Gunung Berembun, kaki cik ina yg tergeliat dulu terasa sakit semula. Maka ini akan menyukarkan pergerakan turun dari situ. Nasib baik ira dan fahmi ada temankan. Ira plak tapak kasut tercabut. 
Kami adalah org terakhir sampai.... 

Yang bestnya lokasi turun dari gunung adalah di Mardi CH. dan semasa on the way keluar dari kwsn MARDI,, para pekerja sedang mengutip strawbery,,,, dan kami pun join,, join makan jer...
Sempat la minta bawa bekal dlm poket.. hehehe

muka yang sakit dan keletihan... depa yang blkg pun interpremm

And at last,, kami TIBA juga setelah penat berjalan kaki, kaki plak sakit ke tapak cmping... kami pun smpai dgn selamatnya..

Hari Ahad, kami geng yg dah keje terpaksa balik sbb Senin nak keje.. Geng poli balik hari senin. Acara hari ni melawat ladang teh boh sg palas... Oleh kerana kami keluar lambat, maka kami tertinggal untuk ke ladang teh bersama-sama... Geng poli dah OTW balik kami br smpai.. so...kami2 jer la yg bergambar. Layan je la... Dah hobi Cik Ina pun..

Ni pic bersama dgn Farina Fikri, semasa kat Ladang Teh Boh... 
jom makan...
bersama adik ipar cik ina
adik dan fira...
tea time
rombongan pulang. Singgah kat R&R Sg Perak
ni la rombongan cik na balik dari cameron highland... kami jadi 3 kereta. Sebabnya ira ikut balik sekali. Masa mai dia dari KL.

kat sungai perak. iskk adik ni kacau la
* apa pun kalau berpeluang ke Cameron Highlan, Cik ina mesti nak pi lagi... Destinasi wajib dikunjungi walaupun dgr kata sekarang tak berapa best sangat...

Monday, June 27, 2016

CAMERON HIGHLAND LAGI DAY 2


MORNING CAMERON.... Morning u olls

Wah besnya, bangun pagi ni sejuk sangat,, kat Cameron Highland (CH) plak tu.. Pagi ni nak p mana ekk.. Semua serah kat Cik Ina.. wah,,, berkat pengalaman mai sokmo,, insyaAllah kita p yang mana dan (sempat).... Jom kita breakfast dulu.. Kena p cari nasi lemak ni... Fav  Cik ina la katakan..



*Tips : Kalau nak cari breakfast better p kat Tanah RAta sebab ada banyak gerai yang juai selepas deretan rmh kedai before Sek Convent tu...(b4 jalan masuk Maybank)* Pagi ni anggota kami bertambah 4 orang sbb kan abg din n family tiba awal pagi tadi...
Jom kita breakfast dulu. Sat lagi kita fikir nk ke mana.....


Ok dah bersiap... Jom...........
Oleh kerana dekat dengan Taman Sedia,, kami decide nak melawat Cikgu Alias. Kalau kat Cameron ni rasanya semua kenal Cikgu Alias.. Kami mmg sejak berzaman kenal sbb anak Cikgu Alias ni satu Polimas dgn kami dan kami menyertai persatuan yang sama. Setiap kali Polimas ada aktiviti camping kat CH ni, mmg kami akan berkunjung ke sini. Lagipun tapak camping tu x jauh dari sini iaitu tapak pekhemahan dekat pejabat hutan iaitu TAPAK PERKHEMAHAN SG PAUH.
Jom ke Taman sedia




 Bersama isteri Cikgu Alias yang pakai tudung kelabu itam tu.




 Cikgu Alias dengan berbesar hati membawa keluar gambar kenangan kami masa perkhemahan tahun 2002 dahulu - masa zaman muda mudi. Jangan tak tau,,,, cik ina pun ada dlm gambar ni tau.


 Cer cari mana pic Cik ina....




2. Opah Strawberries & Farm
     Selain memetik strawberry, antara produk yang boleh kita beli adalah...


  • Ais krim strawberry
  • Dadih strawbery
  • Muffin strawberry (panas!)
  • Scone strawberry
  • Jus strawberry
  • Topping paste strawberry
  • Jem strawberry
  • Madu lebah
Tapi masa kami p ni, hanya ada ais krim stobery dgn ais krim malaysia stobery. Kempunan nak makan scone.. x pe.. kita p mkn kat tpt lain..








 3. Big Red Strawberry Farm atau Taman Agro Tourism Cameron Highlands






4. Ladang Teh Habu








5. Balik Homestay makan dulu
6. Pasar Malam Brinchang





Nantikan acara esok pula......