Assalamualaikum... Salam Tengahari...
Bila sebut je Sungai Petani (SP) yang terletak di Daerah Kuala Muda....mesti kita akan teringat Jam Besar kat dataran Zero tu kan. Jadi untuk sesiapa yang baru nak berkunjung ke SP or lebih tepat lagi nak melawat SP, dari highway, anda blh ambil exit sungai petani selatan or exit sungai petani utara.
Cik ina berusaha tnya pak cik google dan terdapat juga gambar yang dicopy dan hasilnya jom kita lihat tempat-tempat menarik di daerah Kuala Muda dan sekitar Sungai Petani untuk tatapan kita semua.
Cik ina berusaha tnya pak cik google dan terdapat juga gambar yang dicopy dan hasilnya jom kita lihat tempat-tempat menarik di daerah Kuala Muda dan sekitar Sungai Petani untuk tatapan kita semua.
Oleh kerana dah lama cik ina keje kat SP, Cik ina tertarik nak citer tentang tempat menarik SP. Later Cik ina buat entry tempat makan yang best plak ye.
Di sini Cik Ina list down beberapa tempat menarik di Sungai Petani dan kawasan sekitarnya untuk tatapan anda.
Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!!
Mai oi cek mai.....
Di sini Cik Ina list down beberapa tempat menarik di Sungai Petani dan kawasan sekitarnya untuk tatapan anda.
Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!!
Mai oi cek mai.....
Kita mulakan dengan ditengah pusat bandar yang sedia maklum dah glamer tu.... iaitu:
1. Menara Jam Besar
Ia terletak di tengah di pusat bandar jalan Alor Setar Butterworth. Ia merupakan sebuah
bangunan bersejarah iaitu Menara Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk
memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary. Bersebelahan Jam Besar ini terdapat Dataran Zero. Dulu Cik Ina tak tau namanya Dataran Zero. Berdekatan dgn KFC bgnan seri temin
2. Taman Jubli Perak
Dari Jam Besar ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Anda cuma perlu belok kiri sahaja dan melepasi satu lagi lampu isyarat dkt masjid tu dan terus..dan sampai. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Yang menarik taman ini ialah terdapat haiwan walau tak banyak macam zoo tapi OK la percuma. Antaranya burung kakak tua, burung hantu, helang dan haiwan seperti rusa.
Terdapat pelbagai kemudahan seperti medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu. Memang meriah sangat... Thanks kepada penyumbang gambar ni.
3.Taman Tema Air "The Carnivall"
Selepas anda melalui Menara Jam Besar, melalui jln utama (jika anda dari selatan), selepas melalui Penjara Sungai Petani, anda akan tiba di simpang 4. Melalui simpang kanan, iaitu Jalan Cinta Sayang, terus sahaja anda akan sampai ke sana.
Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan pula, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Lokasinya yang senang dikunjungi dan kawasan reakreasinya yang tak serabut membuatkan kita selesa sekali..
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
4. Sungai Merbok
Dari susur keluar highway SP utara, anda cuma perlu terus sampai jumpa simpang ke Semeling atau ke UITM. Dlm 500m anda akan lihat Jalan masuk ke Jeti. Sungai Merbok dikatakan kaya dengan sejarah dan mempunyai sejarah gemilang sebagai sebuah entrepot abad ke-5 hingga ke-13, di mana pelayar Cina dan India yang memanggil tempat ini sebagai "Suvarna Dwipa" bermaksud "Golden Peninsular". Sungai Merbok ini mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau.
Sungai yang kelihatan tenang ini mempunyai dalam 30 spesies bakau, 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang.
Anda boleh mendapatkan kemudahan ini di Jeti Sungai Semeling.. Di sini juga anda boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau, dan bersiar-siar di pesisir sungai. sebelum masuk ke galeri, kita akan nampak gok arang yang digunakan untuk membakar arang dan bata pada suatu masa dulu. Jika anda ingin menyusuri Sungai Merbok ini, di sini ada menyediakan kemudan bot pelancong Pinjam gambar qaseh..
Di sini juga anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Menyusuri sungai ni kita boleh ke Segantang Garam dan juga Tanjung Dawai...
Sekarang pada tahun 2015 terdapat Perkhidmatan TEKSI AIR dengan kadar harga berpatutuan.. JOMMMM
5.Rekreasi Tupah
Selepas anda ke Jeti Sg Semeling, teruskan lagi perjalanan melalui sungai Merbok tu, anda akan jumpa simpang 4. Amik kiri dan terus sampai melepasi MRSM dan jumpa simpang 3 dan amik kiri. Selepas tu akan nmpk simpang ke sini. Ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan
yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan
gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para
pengunjung dapat melihat kehijauan flora
dan fauna di kawasan hutan simpan.
6. Lembah Bujang
Selepas malawat Rekreasi Tupah, anda boleh teruskan perjalanan anda ke Lembah Bujang yang terletak 3 km dari situ. Apabila sampai ke Pekan Merbok, selepas Balai Polis, anda perlu belok kanan dan terus sahaja sehingga sapai.
Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.
7. Segantang Garam
Tpt ni sebenarnya adalah tempat untuk org yg kaki pancing... Lokasinya adalah 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke MRSM dan ke arah Sungai Gelam, Bujang dan jika jalan air yg dipilih adala 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.
Ni adalah pic lawatan yg pertama Cik ina,,, bersama Cik Ana.... sbb baru balik keje,, jd berbaju kurung la... Cuma nak tunjuk main entrance jer.... dari parking keta.
view dari parking |
Untuk pengetahuan anda yg belum pernah dengar tentang tpt ni, di situ ialah tiga buah chalet terapung siap dengan dua buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu yang dilengkapi dengan perabut, peralatan dapur untuk memasak, televisyen dan kemudahan penginapan. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah pelantar terapung untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi kiosk jualan makanan kering/minuman, kedai cenderamata, surau, tempat membakar ikan, akuarium dan sangkar ikan untuk memancing. Best kan....
Nak tgk kunjungan Cik ina ke Segantang Garam.. Blh tengok sini
8. Tanjung Dawai
Selepas melawat ke Lembah Bujang, teruskan perjalanan anda sehingga melaui Singkir, dan last station adalah TANJUNG DAWAI.. Senang je kan…
Kalau u olls sampai sini TANJUNG DAWAI ni, anda akan nmpk pantai, serta perkampungan nelayan. Untuk cari ARKED TANJUNG DAWAI ni senang je kerana mmg tak de bangunan lain dah yang paling besar kecuali bangunan ni. Sebelum ARKED ni ada jeti untuk bot nak ke Pantai Merdeka. Cuma cik ina tak sure tambang dia berapa tapi tak mahai sangat la. Cik ina pernah naik bot ni 10 tahun yang lalu je. Dalam 5-10min dah sampai ke sana.
Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 30 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks
Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan
Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam
danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM)
merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai.
Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping
dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi
kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut
samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti
Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti
memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan
destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang
dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi
mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu
selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah
hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil
menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin
petang yang nyaman.
9. Pantai Merdeka
Sungai Petani
ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan.
Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan
Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu
dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka.
Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai
Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang
mudah dan selesa.
Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
Jom tgk lawatan cik ina ke PAntai Merdeka
Jika nak bermalam di sini anda boleh pilih homestay yang byk terdapat disini seperti http://deselesahomestay.blogspot.com/p/galeri-gambar.html

SUMBER : SINI
******************************************************************************
JOM LIHAT TEMPAT MAKAN SEDAP DI SUNGAI PETANI
Rekreasi Tupah
Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak
di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular
di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan
masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan
yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai
makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung
dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan
hutan simpan.
- See more at: http://deselesahomestay.blogspot.com/2013/04/jom-kunjungi-sungai-petani-di-kedah.html#sthash.9Rp4QWRn.dpuf

menarik2 segala tempatnya tu...
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid jemputla ke sg petani....
ReplyDelete