Sunday, March 30, 2014

Gunung Jerai Terbakar??

Cik ina terasa sedih sebab gunung jerai yang menjadi kebanggaan cik ina terbakar. Maybe semua sudah tahu tapi Cik ina tetap nak update juga. Untuk pengetahuan semua, Gunung Jerai ni teletak berdekatan dengan rumah Cik Ina je. Dalam 3km dan kalau keluar dari pintu depan, pandang kiri je akan nampak gunung yang damai menghijau tu. 

Menurut PAPER SINAR, kebakaran pertama berlaku pada 12 Mac lalu, yang melibatkan kawasan seluas 10 hektar. Kemudian pada 23 Mac 2014, beberapa kawasan di Gunung Jerai, dilaporkan terbakar lagi pada waktu pagi di dalam kawasan hutan pula. Beliau berkata, seramai tujuh anggota bomba dan enam pegawai perhutanan membantu memadam kebakaran tersebut. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke lokasi kejadian dan juga mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran itu kerana keadaan di lokasi curam. 

Menurut PAPER METRO sebelum ini pemadaman kebakaran dilakukan melalui laluan darat, bagaimanapun mengalami kesukaran disebabkan faktor kawasan berkenaan yang bercerun dan berbatu. Hasil tinjauan yang dilakukan selama dua hari selepas kejadian mendapati api sudah merebak hampir ke keseluruhan kawasan hutan simpan itu menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan laluan udara untuk memadam kebakaran. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria terpaksa meminta bantuan daripada Unit Udara APMM yang berpangkalan di Subang, Selangor untuk melakukan kerja memadam melalui udara. Operasi bermula kira-kira jam 11 pagi Jumaat dan berakhir pada jam 5.30 petang. 




Menurut METRO ONLINE lagi, Pesawat Bombadier milik Unit Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terpaksa membuat 24 pusingan untuk memadamkan kebakaran di kawasan seluas kira-kira 15 hektar di Hutan Simpan Gunung Jerai yang terbakar sejak Ahad lalu (ketika cik ina tulis ni).. Pesawat berkenaan mampu mengangkut air dengan kapasiti 6,000 liter dari kawasan laut di sekitar Yan dalam usaha memadam kebakaran itu. Walau bagaimanapun, pemeriksaan semula akan dibuat pada hari Ahad (30.3.2014), bagi memastikan api sudah padam sepenuhnya di kawasan itu dan akan mendapatkan bantuan pesawat sama jika terdapat kebakaran baru. 

Tapi sekarang ni cik ina  pasti kebakaran itu sudah padam kerana petang SABTU, 29.3.2014 hujan turun dengan lebat sampai pukul 9.00 mlm. Yang lebat tu area rumah cik ina tapi sebab tak jauh dan abah cik ina baru bali dari kaki gunung kata ujan, maka jwpnnya ALHAMDULILLAH.. Segala puji bagi Allah.. 



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen