Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita untuk episod yang kedua or my visit at BALI day 2. Mcm tak caya bila celik mata, kami semua dah kat bali kan... Ermmm tak sabar nak melawat tempat2 yang dikatakan mempunyai panorama yang cantik...
Bertemu lagi kita untuk episod yang kedua or my visit at BALI day 2. Mcm tak caya bila celik mata, kami semua dah kat bali kan... Ermmm tak sabar nak melawat tempat2 yang dikatakan mempunyai panorama yang cantik...
Ceritera bersambung.......
DAY 2......
Oleh kerana keletihan tahap melampau kami meminta pihak hotel buat morning call. Setelah Solat suboh yang sedikit gajah, dan bersiap ala kadar, kami berdua (dgn Cik Sherrie ) breakfast.
Aturcara Lawatan bermula jam 9.00 pagi dari Hotel. Dalam perjalanan kami mendengar penerangan dan sejarah Pulau Bali ni serta bahasa2 yang selalu digunakan. Contoh.. Abang kalau kat tpt lain panggil MAS tapi kat bali panggil BELI. Semua ini diceritakan oleh pemandu pelancong kami iaitu BAPA SUTRA atau nama penuhnya I KETOT SUTRA????? (DAH TAK INGAT).
Menurut Pak Sutra, mereka ada bermacam-macam perayaan seperti Nyepi Day, Kuningan
dan Galungan yang disambut setiap tahun.. Utk yang belum tahu, ketika
Nyepi Day, tiada seorang pon yang dibolehkan untuk merayau-rayau di
luar rumah.... mereka akan berkumpul dan berkurung di dalam rumah..
hanya 'Pecalang' atau Polis Adat akan berkawal untuk memastikan tiada orang berkeliaran
di jalan-jalan.. Ia juga dikenali dengan nama Bali's Silence Day. Yang menariknya, pada hari
tersebut semua aktiviti harian tidak boleh dilakukan.. Airport pon
tutup time tu.. dan tiada penerbangan berlangsung pada tarikh tersebut.
Hanya sunyi sepi... lampu pon kene minimize penggunaannya.. kalau x guna lagi bagus.. Begitula serba ckit tentang Bali....
Lagi satu, dari pemerhatian cik ina, setiap rumah mesti ada patung berkain kat depan rumah mereka.
Pak Sutra - Our tourist Guide - siap nyanyi lagi utk kami.. |
Lagi satu, dari pemerhatian cik ina, setiap rumah mesti ada patung berkain kat depan rumah mereka.
1. UNIVERSITAS UDAYANA..
So, semua orang segak dan bergaya kerana pagi ni adalah acara rasmi iaitu melawat Universitas Udayana.
Jam 10.00 pagi kami sampai di sana.Masa amat terhad dan mencemburui kami.. jadi kami hanya melawat tempat wajib dan pusing2 kawasan sekitar je dan hanya berpeluang amik gambar kat signboard ni je.
Tapi itu tak menjadi masalah kerana kami akur dgn kehendak universitas. Lagipun banyak lagi tempat nak p kan... Jom gerak tpt lain plak..
2. KEDAI CENDERAHATI HAWAI BALI
Cik Sherri sempat bergambar, cik ina terus masuk beli barang .. |
3. RESTORAN PAWON PASUNDAN
4. SOLAT DI MASJID AL AMIN, JALAN RAYA TUBAN
Bila semua dah kekenyangan, kami melintas jalan dan
ke Masjid Al Amin. Ia terletak di Jalan Raya Tuban,
Kompi Senapan A Yonif 900
Kompi Senapan A Yonif 900
Tuban, Kuta. Kab. Badung dan SOLAT di sana.
Sebenarnya, masjid ni terletak di dalam Komplek Angkatan Darat iaitu
Kompi Senapan A.
Yang uniknya di sini semua tempat ibadah terletak dalam satu pagar. Dari depan kita akan lihat temple, pastu gereja dan MASJID.
Oleh kerana dalam kem tentera, ada seorang abang tentara yang berjaga agak hemsem kot kat situ...
Sat gi tgk gmbarnya ye.
Pantai Pandawa atau Secret Beach adalah sebuah kawasan pantai yang masih baru dibuka ketika kunjungan kami.
Kalau x silap buka secara rasmi dalam 2013. Pantai ini sangat cantik yang masih asli.. Subhanallah... Airnya yang biru dan ombak yang agak kuat sesuai untuk surfing.
Yang menariknya, sebelum sampai kita akan melalui bukit kapur yang dibelah untuk dibuat jalan dan kemuadian sebelum turun dari bukit ke pantai terdapat beberapa Patung Panca Pandawa pelbagai jenis.
Terpesona Cik ina seketika setelah tiba di pantai tersebut...
Jalan2 menyusuri gerai tu, nmpk geng kami baik punya minum air nyok. Oleh kerana x tahan daulat juga, join sekali. Lagipun masa ni panas sangat, maka kita minum dulu..
Setelah itu, perjalanan kami diteruskan ke Pura Luhur Uluwatu. Sampai sana kena bayar IDR 5k tapi semuanya dah di urusin oleh Pak Sutra.
Pesanan PAk Sutra : --> Di sini banyak monyet nakal yang akan merampas segala barangan yang dia nmpk seperti handphone, sunglasses, earring dan topi anda.
Sila simpan di tempat selamat atau anda akan menyesal kalau 'kawan amik' nanti. Kalau monyet tu dah rembat barang anda, maka kena tukarkan dengan makanan. Itupun bergantung pada nasib kalau dapat. Atau mungkin monyet tu campak barang anda kt dalam laut.
Jika tidak memakai sopan anda dikhendaki memakai kain labuh yang disediakan, jika pakai sopan anda cuma dikhendaki pakai kain kuning or purple yang di ikat pada pinggang. Ianya bagi menghormati kawasan tempat suci mereka.
7. TAMAN KEBUDAYAAN GARUDA WISHNU KENCANA (GWK)
7. TAMAN KEBUDAYAAN GARUDA WISHNU KENCANA (GWK)
Sementara tunggu tiket, sebelum masuk, kita amik gambar semua ahli rombongan. Apa yang menarik disini ialah melihat pemandangan disekitar kawasan sambil melihat patung yang besar gedabak.
Bayaran masuk IDR 60k. Dah disettlekan oleh PAk Sutra.
Sedikit info ---- >>
Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkat GWK, terletak di tanjung Nusa Dua, Kabupaten Badung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar, ibu kota provinsi Bali. Di areal taman budaya ini, direncanakan akan didirikan sebuah landmark atau maskot Bali, yakni patung berukuran raksasa Dewa Wisnu yang sedang menunggangi tunggangannya, Garuda, setinggi 12 meter.
Patung ini nantinya setelah selesai akan menjadi patung terbesar dunia dengan tinggi 75 meter dan lebar 60 meter dan akan mengalahkan patung liberty. GWK ini merupakan mahakarya dari seniman Bali INyoman Nuarta yang berada di daerah Bali Selatan tepatnya di bukit Unggasan. Area Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana berada di ketinggian 146 meter di atas permukaan tanah atau 263 meter di atas permukaan laut.
Di kawasan itu terdapat juga Patung Garuda yang tepat di belakang Plaza Wisnu adalah Garuda Plaza di mana patung setinggi 18 meter Garuda ditempatkan sementara.
Kami sempat melihat persembahan kebudayaan masyarakat BAli di amphitheater. Di sini pertunjukan tarinya gratisan ye buk. Ada Tari Barong dan Tari Kecak tapi cik ina tak pasti kami tgk tarian apa.. sbb bila sampai dah separuh dah tarian tu berlangsung.
- Wisnu Plaza
- Street Theater
- Lotus Pond
- Indraloka Garden
- Amphitheatre
- Tirta Agung.
Kami makan malam kat sini... dan terus balik ke hotel...
*****************************************************************
KESIMPULANNYA hari ni kami telah melawat :
1. Universitas Udayana
2. Shopping di Hawai Bali
3. Makan kat Restoran Pawon Pasundra
4. SOLAT DI MASJID AL AMIN
5. MELAWAT PANTAI PANDAWA
6. MELAWAT PURA LUHUR ULUWATU
7. DINNER DI GARUDA WISHNU KENCANA
****************************************************************
Nak tau ceritera Cik Ina kat Bali lagi,, jom kita tgk
--------------
--------------
*********************************************************************************
*********************************************************************************
pastinya menyeronokkan ye tak?
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid
ReplyDeletememang seronok.. kalau ada peluang mmg nak ke sana lagi cuma kena bawa bekal maggie byk ckit..