Showing posts with label Citer lawaK. Show all posts
Showing posts with label Citer lawaK. Show all posts

Monday, May 27, 2013

SENDA PETANG

SENDA PETANG >>> 


Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...

“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
 
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…
 p/s : macam mana cara pemandu tu nak jawab untuk tak bagi lelaki sengau tu kecik hati???

Thursday, May 9, 2013

Citer Lawak : Lawak Petang



Lawak ker??
Moral... Kita kena hormat menghormati dan saling mengambil berat sesama jiran..




sumber: FB

Sunday, April 28, 2013

Pindah Rumah... Huhuhu

Sedihnya ( sob sob ) mengenangkan nasib diri ni.. Dah la sorang.. (hehehe selain family la).. tup tup tuan rumah sewa kata suruh pindah sebab jiran kami tu,, merangkap kawan sekolah tuan rumah nak sewa rumah kami. Kes dia (jiran kami tu) kena keluar sbb rumah dia nak disewakan kepada student UiTM. So,, depa kautim dua baik punya and at last kami dua yang kena keluar. Tak patut kan... 
Cik ina pun tercari-cari rumah sewa baru tapi tak de orang plak nak dok dengan cik ina sebab housemate Cik ina nak balik dok dengan family dia. So, tak mampu nak dok sorang.. Mulanya kami kena pindah bulan depan tp sebab ada hal ckit cik ina buat keputusan nak keluar end of this month. So i have 2 days to go to move all my thing out. Fuh,, penat kot.. Nnti cik ina bgtau sapa yang berbesar hati nak tolong tu...
NI BARU SEBAHAGIAN TAU..

p/s: penat nak cari housemate ni. Rasanya kena cari housemate forever kot kan...Anyoneee???

Wednesday, March 27, 2013

Senyum Petang..

Hahahaha.. ehh bukan gelak tapi cik ina tersenyum je bila tgk gambar ni kat FB..
Niat bukan nak sendakan sapa-sapa cuma sekadar senyum petang untuk cerikan kita semua...

Mari kita layan gambar Versi photoshop tahap tadika..
 
 

Sunday, March 24, 2013

CiTer LawaK : Timbang Berat...

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. 


Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!


p/s : biar la apa pun berat kita janji sihat kan....


Wednesday, March 13, 2013

Citer Lawak : Warna Sesuatu Kertas ...

 Warna sesuatu kertas melambangkan...
Warna sesuatu kertas melambangkan...
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

p/s : warna pilihan anda adalah???

Monday, March 11, 2013

Citer Lawak : Kereta Apii !!

Jom rileks sambil baca....




KERETA API

Suatu pagi di stesen kereta api...

Makcik: Encik, kereta api sampai pukul berapa?

Petugas: Pukul 2 petang ke Kelantan, pukul 4 petang ke Kedah, pukul 6 ke Johor dan pukul 7 petang ke Perak. Makcik nak ke mana?

Makcik: Makcik cuma nak melintas saja!

Petugas: Erk!

Thursday, February 28, 2013

Citer Lawak : Perompak

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri..


Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri        : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak  : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami     : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... .

hahahaaa..bijak juga suami dia.. tapi

Friday, February 15, 2013

Citer Lucu :Mata


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. 
Setelah matanya diperiksa, dia pun bertanya: 
” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” 
“Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Thursday, February 14, 2013

Citer LAwak : Kat Klinik


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati : ----->

Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

emmmm... 

Wednesday, February 13, 2013

Senyum : Polis Dan Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, 
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis  : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis      : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…


Tuesday, February 12, 2013

Citer Peti Surat




PETI SURAT

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah :
 “Atok buat apa tu?”. 

“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya. 

“Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" tanya cucunya lagi dengan hairan.

p/s : Camner nak jawab tu....

Citer Motosikal Baru

Pagi ni Cik ina keja.. Amatla boring sesangat.  Sbb MooD cuti ada lagi,, hehehe
Maka Cik ina pun google la kisah lawak pendek.. Rasa nak share plak...

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada perjalanan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkanlah kawannya itu. 
Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu 
bertanyalah kawannya itu:  
Kawan Tok Batin : Kenapak Tok hanya pakai gear 1 sahaja.  
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 3 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????