Monday, March 9, 2015

ISLAND HOPPING KRABI DAY 2

Best Blogger Tips

******************************************
******************************************
Seawal pagi jam 7.00 pagi kami dah berkumpul untuk breakfast dan nak ke Island hopping. We all pilih 4 pulau je..


Apa pun jom breakfast dulu... Amik tenaga nak p Pulau... Kami singgah breakfast kat gerai halal yang terletak kat jalan nak ke Pantai Aonang.





Cik ina pilih nasi kerabu


Tokei Gerai ni...

Makan dgn Zam- pemandu van kami .. tokei pun dia juga.. hehehe 

Ok.. perut pun dah kenyang... Apa tunggu lagi.. jom la kita ke Pantai... 

Kami diturunkan di Pantai Noppharat Thara

Sementara tunggu bot dan makanan sampai, kita posing dulu..




Ok,,, jom... makanan n boat dah ready...




Dalam pakej kami ni, island hopping, kami akan ke 4 Island. Kami difahamkan akan ke Tup Island, Chicken Island, Poda Island dan Pranang Cave Beach/Island dgn menaiki longtails boat. 
apakah itu long tails boat...


Ni la rupanya long tails boat dan boat yang bakal kami naik..... 

1. Tup Island.
Destinasi Pertama kami adalah Tup Island. Perjalanan ambil masa setengah jam dari jeti Aonang Beach. 

Setelah berhempas pulas dilambung ombak, akhirnya kami sampai. 

Aktiviti yg boleh di buat di Tup Island ni haruslah bermandi manda, bersnorkeling tapi x ramai sebab ombak kuat, bergambar2. 


Ni pulau depat tu.... air dah naik...
Istimewanya ialah ada laluan pasir semulajadi menghubungkan kedua pulau tersebut. Kiri kanan laut.






2.Snorkling di Chicken Island.
Kemudian kita diberi peluang untuk snorkeling di Chicken island, pulau yang berbentuk kepala ayam. 




3. Poda Island.
Seterusnya ke Poda Island untuk menikmati makan tengahari yang dibawa. 


Ini termasuk dalam pakej.


Sambil tu kita menjemur henset yang masuk air dipukul ombak sambil tengok monyet...



Sebelum balik kita posing ckit





4. Phranang Cave @Railay Beach

Masih terbayang-bayang.. seronoknya dapat bersantai di pantai putih bersih dengan air laut yang jernih hijau membiru. 


Seronok berenang di situ sebab kami melayan karenah si kecik kami,, Aliff... Bg mama dia rehat sat... 






Kat sini juga ada gerai makanan atas bot, yang best semua peniaga muslim. Dan yang penting jagung ada.. tggu apa lagi.. jom beli jagung..Semestinya halal dan sedap. Masih kuteringat makan jagung bakar... sambil bercanda di tepi pantai yang indah.



Dah kenyang kita melawat Phranang Beach Cave... ada apa ye kt dalam tu.. mai tgk sendiri ok...
Tempat ni unik gua di pinggir laut. 





Di sini ada hotel termahal di Krabi... mmg terbaik, betul2 tepi pantai, harga bermula dari 1500++ MYR/nite... Terbaik kannn






Time to go back.... next time ada masa dan wang akan ku kembali lagi...

Jom tengok kami makan apa pada malamnya dan ke mana kita.... ---->>Di Sini

******************************************
******************************************

Best Blogger Tips

Sunday, March 8, 2015

Bola, bola, bola...

Best Blogger Tips

This is my first time Cik Ina ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Hajat di hati ini dah lama nak p tgk tp masa dan keadaan tidak mengizinkan. Tambahan tiada geng, jadi hajat ni dipendamkan sahaja.

Tetiba hari ni adik Cik Ina ajak Cik Ina dan isteri dia p tgk bola. Perlawanan antara Kedah dengan T-Team. Maka sbb nk p... yg kecil si Elly kena tinggal dan si kakak- Aira, kena bawa. X kan nak bw elly kot. Cian kecik lagi kan. Lagipun tempat tak sesuai. Tunggu besar sikit ye Elly.

Oleh sebab rumah jauh, jadi Cik Ina minta tolong jonior POLIMAS yang dok dekat A.Setar tolongbelikan. Nasib baik Luqman ni free masa tu. Alang-alang minta tolong, maka ajak sekali la.Jom Luqman.. Kami blanje... Jadi, kami tu blh sampai lewat ckit. Tiket luqman dah tolong belikan. 


Sesampai je.. bukan luqman je ada tp Pak long, dan Jan pun ada serta Pak Tam kwn luqman.  


Selewat kul 7.30 kami dah masuk dan p solat dlm stadium.  Org punya la ramai. Rupanya lambat lagi nak start.. Seriau takut aira buat perangai..


Boring juga sebab kuaci dah hbs tp bola x start lg.. Kul 8.40 baru bola start...


Tudia.. jenuh cemuih org kedah kata.
Jom layan gambar kami..






Best Blogger Tips