Thursday, March 28, 2013

Dual Port 30,000mAh Powerbank

Best Blogger Tips

Masih ingatkah lagi entry cik ina tentang cik ina beli power bank 24000maH tu.. Sekarang bila syok-syok tengok iklan dalam STREET DEALS dengan harga yang sama blh dapat 30000maH.. Isk. jeles sbb dah beli..
Kalau nak beli boleh klik dan details dia spt dlm street deals blh cari link kat SINI 

Cara nak beli just clik buy, buat payment dan lepas tu download voucher dan redeem voucher. Tapi biasa la kan, bila dah murah ni, dan belian depa tu secara pukal, jadi akan dapat lambat la ckit..

Today’s StreetDeal offers up to 77% OFF Dual Port 30,000mAh Powerbank with 1-Year Warranty. Choose either:

•    1 Unit for RM118 instead of RM480
OR
•    2 Units for RM220 instead of RM960


Includes:
•    1x Power bank
•    1x USB cable
•    8x Connectors

Product Specs:
•    Dimension: 120mm (L) x 75mm (W) x 26mm (H)
•    Weight: 328g
•    Battery type: Li-polymer battery
•    Input: DC 5V/1000mA
•    Output 1: DC 5V/1A
•    Output 2: DC 5V/2A
•    Power efficiency: 80%
•    Storage temperature: -20 – 50°C

Best Blogger Tips

Wednesday, March 27, 2013

Senyum Petang..

Best Blogger Tips

Hahahaha.. ehh bukan gelak tapi cik ina tersenyum je bila tgk gambar ni kat FB..
Niat bukan nak sendakan sapa-sapa cuma sekadar senyum petang untuk cerikan kita semua...

Mari kita layan gambar Versi photoshop tahap tadika..
 
 

Best Blogger Tips

Akhirnya Ketaku Dicuci

Best Blogger Tips

Hehehe.. Setelah sekian lama, akhirnya barula berkesempatan untuk bawa kereta untuk dicuci,,,Nak cuci sendiri la konon dan akhirnya tak cuci pun.. 
Niat nak cuci tu mmg dari cik ina nak servis dan tukar timing belt hari tu tapi sekarang baru cuci.. Lama kannn.. 

Cian ikan kelisaku,, lama tak mandi.. just mandi ujan je... 

Hari ni bila dah ter lalu ikot tmpt mesin masuh keta tu, cik ina terus singgah.. Empat Hengget jer.. So,, drive through and after a few minutes, settle....

Tadaaa.. dah siap cuci dan blh sambung perjalanan...

Best Blogger Tips

Tuesday, March 26, 2013

Teringin Nasi Beryani

Best Blogger Tips

Salam semua.. 

Pasai makan ni mng serah kat cik ina..asyik nak mkn jer kan.. tambahan plak cuti sekolah ni kantin tak buka.. Asyik lapar je tekak cik ina ni.. Tetiba jer teringat perbualan dengan adik cik ina last week pasai nasi beryani paling sedap di Sungai Petani.. Kami berdua setuju mmg nasi beryani tu paling sedap.. Cik ina pun dah lama tak ke sana... Sebab baru teringin nak pi, jadi cik ina google dan jumpa gambar dan mmg blogger ni pun akui sedap.. Gambar dari cik ina later ye.. P sana nnti baru ambik..

Nak tau kat mana dan nama apa kedainya..
Kedai nasi beryani ni nama RESTORAN BERYANI ISHAR. Lokasi dia kat TAMAN SEJATI INDAH.. atau lebih tepat lagi bertentangan dengan HOTEL EMERALD PUTERI. Kalau anda keluar dari EXIT Tol Sungai Petani Selatan, nmpk ada satu trafic light dan hampa ambik  kiri. Jln lagi sikit jumpa simpang empat ada trafic light. Tengok sebelah kiri ada bangunan Hotel Emerald Puteri (EP) manakala sebelah kanan ada deretan rumah kedai. Terus ckit dan cari jalan masuk ke sana je la... Haa… di situlah terletaknya Restoran Ishar (sebaris CIMB bank).


Masih ingat lagi masa cik ina ke sana a few years ago.. Kena beratur panjang and lepas cik ina dapat dan tengah makan, dengar tokey dia kata dah habis.. Nasib baik cik ina sempat dan tergambar kesedihan org lain yang beratur tu. Nak buat mcm mana dah habis kan.. Jadi moral of story kena pi awai ckit la.. 

Orang dok beratur sampai luar.. sabar je la
Untuk pengetahuan korang, restoran ni mmng pelik sikit. Nak tau kenapa? Sebab ia dibuka dan ditutup sesuka hati.  Kekadang buka kul 10.30am. kekadang kul 11am. So, kul 11.00 kalau x de keje standby. Waktu tutup pun kadang-kadang tak tentu..Jadi tawakal je la ekk .. Anytime kedai akan buka.. Kalau anda lewat ckit, bersediala kalau time anda nnti maybe nasi or lauk dah hbs... Ye la.kan dah beratur panjang2 tup time kita tak dapat.. huaaaaa..






Iskkkk Bila la cik ina berkesempatan nak pi makan kat sini... Sabtu ni nak pi la.. Sapa nk ikut.. JOM.. Nnti cik ina ceritakan kesedapan nasinya pula..

Sumber : Thanks to juadah malaysia

******************************************************************************

Best Blogger Tips

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY

Best Blogger Tips

 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!

Best Blogger Tips

Giveaway review blog by aienhermionie.my

Best Blogger Tips

assalamualaiikum

jom ramai-ramai join
Giveaway review blog by aienhermionie.my sangat-sangat owesome..
anda mungkin berpeluang di review oleh blogger2 fames yang hot!!!nak tau siapa yang bakal review blog anda?? sila skroll ke bawah... kalau anda berminat nak join
 sila picit banner kat bawah nie laju-laju..


penganjur giveaway!!

jika anda salah seorang pemenang.. anda bakal direview oleh mereka!!

fanpage  mereka!!

hadiah!!

1x top referral untuk para sponsor!!
review blog
bookmarks
hadiah misteri

2x top referral untuk para peserta!!
review blog
bookmarks
hadiah misteri

peserta yang first n last join
review blog
bookmarks

35x peserta yang bertuah berdasarkan random.org
akan direview oleh blogger-blogger femes!!!

apa yang anda menungkan lagi.. jom join sekarang!!!!!



akan tamat pada 17/4/2013

Best Blogger Tips

Mini Giveaway Aisyah Humaira

Best Blogger Tips

Jom kita join GA ni yang dianjurkan oleh  Aisyah Humaira





Hadiah memang banyak dan ohsem... 
Cik ina berkenan yang ni,,,,
Sapa nak juga.. jom join..


MAKLUMAT PENTING !!

  • Pemilihan pemenang adalah berdasarkan TOP REFERRAL !!! 
  • Ada hadiah tertentu yang berdasarkan random [masih belum ditentukan]
  • Peserta yang tidak mengikuti syarat-syarat diatas, automatik penyertaan BATAL !!
 Giveaway berlangsung 23/3/13 sehingga 31/3/13

Best Blogger Tips

Monday, March 25, 2013

Penghulu Istigfar

Best Blogger Tips


Assalamualaikum,
Jom kita amalkan Penghulu istigfar ini setiap hari kerana Nabi SAW bersabda, “Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga”. (HR. Bukhari)


 Jom kita baca bersama....


 
Jom kita dengar .....




Sumber : SINI dan sini

Best Blogger Tips

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Best Blogger Tips

Cik ina di tag oleh Khairil Mazri.. Teruja nak join GA sebab anjuran Mak Dara... 

 
Ni la penaja-penaja yang sempoi tu...
Wah.. sahabat blogger cik ina pun ada.. AJ dan dayang deno.. nnti blh taja cik ina plak kot.. hehehe
Nak tag.... 
1   Puan Myra
2.  yaya
3.  Myrabubbles 

 Tarikh tutup untuk GA ini adalah pada 31hb Mac 2013

Best Blogger Tips

Sunday, March 24, 2013

Doa Memakai Pakaian

Best Blogger Tips


 


Jom kita amalkan...
Mudah-mudahan mendapat keberkatan,, Aminnnnnnnn

Best Blogger Tips

CiTer LawaK : Timbang Berat...

Best Blogger Tips

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. 


Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!


p/s : biar la apa pun berat kita janji sihat kan....


Best Blogger Tips

Selsema Plus Demam

Best Blogger Tips

Huhuhuh.. Air kat idung ni jap jap keluar.. Huhuhu dah tanda nak selsema ni.. Last kena pun masa my best friend--> kim datang sini..  
Makan makanan pun tak bau apa..

Ha,, kita citer hari Ahad atau pun hari ni... sakit tekak ni tak ok lagi.. Tu tak kira sakit badan lagi...  Malkumla dah hilang deria bau sebentar.. Nasib baik hari ni.. dah pulih ckit deria bau tu..



Walau apa pun cik ina bersyukur sebab sakit kerana sakit blh mengurangkan dosa kita kan.. Tapi dah 3 hari cik ina sepikan diri dari d
unia blogging ni.. Dah seminggu cik ina tak join segmen or GA or BW.. terasa rindu plak.. Letih balik dari Pulau Aman tak habis lagi kot.. hehehe Pagi ni walau tak berapa nak ok lagi, bersemangat nk join segmen yang mana terlihat dan bw yang mana sempat..

Best Blogger Tips

#2 - WEEKLY GA BY SHARINA

Best Blogger Tips


Salam..
Jom kita join


 Click kat atas utk join

Jom AJ kita join.. ada lagi sehari ni...

Best Blogger Tips

Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran

Best Blogger Tips

Salam perkenalan semua. Jom join segmen yang cik yaya buat ni untuk mengenali satu sama lain supaya lebih merapatkan lagi ikatan itu. Syarat pun mudah jer..


tarikh lahir Cik Ina : 01 Oktober 197X
Sapa nak tau thn berapa just pm cik ina..
tarikh tutup penyertaan 29 June 2013

Best Blogger Tips

Thursday, March 21, 2013

Pulau Aman Lagi.. Best

Best Blogger Tips

Pulau Aman...
Pulau Aman
Pulau Aman..
Memang panggilan pulau...
Pulau Aman. Sesuai dengan namanya,,, kali ni cik ina datang lagi (kali ke 3) setelah dua tahun lebih tak berkunjung ke sini.. ermmm terasa keterujaannya apabila junior POLI cik ina iaitu Farrah pun nak join.. Jadi, kami pi sama-sama selepas plan baik punya..

Kami bertemu geng POLIMAS  opss actually ex-polimas yang lain kat R&R JURU pada kul 8.30 mlm. Kenapa malam sebab semuanya baru balik keje... Geng WARGA POLIMAS  dan sampai kul 4 mcm tu...  DAh siap dirikan khemah pun..

Kami 5 biji keta (keta Cik ina n Farrah, Adik Cik ina, Sham dan isteri, Qeerin dan isteri serta Wan sengal dan Waiee sampai kat Jeti Batu Musang pada kul9.15 macam tu la..

Tggu sat dan bot yang ditempah khas sampai.. Kami pun naik bot dan 2 trip baru semua selamat sampai setlah mengharungi lautan walau pun tak sampai 10 min. Sebenarnya bot last adalah kul 6.00 yer..


Setelah selamat sampai, kami bergegas ke tapak cmping untuk berjumpa dengan junior dan rakan-rakan yang lain.. Memang best sbb lama tak jumpa kan.. Ayie pun join kali ni ditemani isterinya..
ayie dan isteri
Suasana kat Pulau Aman ni tenang dan terasa suasana kampunya.. Aman damai sebab cik ina rasa walau banyak rumah tapi tak nmpk pun penduduknya..




Kalau anda sampai kat sini confirm tak sesat punya sbb jalan mati..
Kalau kanan ujungnya ada tapak camping dan telaga emas dan kiri tapak memancing dan restoran terapung... Salah satu lorongnya pula terdapat pokok sukun tertua..



Ni la telaga emas

Aktiviti memang sempoi.. Tambah plak jumaat tu ujan.. mmg best la depa main ujan.. kalau kat rmh mmg tak main ujan kan..

Kita layan aktviti yang kami buat.. ....... Setelah selamat sampai setelah dilambung ombak, maka kami join aktiviti suaikenal.. dan setelah dapat chaletnya, kami terus kesana letak beg dan ahli lain terasa lapar plak.Jadi kami yang baru sampai ni ke dapur untuk buat apa yang patut.. Setelah buat apa yang patut,, tadaaaa ni la hasilnya........
 Pada keesokkan harinya, kami sarapan ala western ckit. Yang ni AJK sem 2 yang buat..



Apapun.. breakfast dulu...
Cik ina rasa best breakfast kali ni sbb semlm tak perasan pun bahawa ada tpt makan yang sempoi. Terasa damai sebab kami breakfast ramai2 dan berpanoramakan laut semulajadi suasana kampung.. Segar je mata memandang..
 Setelah breakfast kami ke tapak perkhemahan untuk join aktiviti.. Depa tengah cari remis utk aktivi apa tah.... Kami pun join sama...
Ada juga yang nak interpremmm...

yang ni apa nama tah...

Semua sedang pulunnn mencari


Adik cik ina pun pulun .. Luqman dah penat

ni la hasilnya

pose sikit
 Setelah penat mencari, apalagi.. mkn lagi.. lunch plak.. Walaupun menu sempoi tapi mkn ramai2dan seuasana yang damai.. tu yang sedap..

Tak dan nasi nk turun, depa ajak pi makan mee udang plak.. Sebab masih terasa kesedapannya dulu, maka cik ina pun ikut sama..



Cik det tengah tgk bot baru sampai membawa hasil laut yang segar

Jom makannn


Jemput


Aktiviti malam nya pula,,,, Layan je la.. zasss
Makan ikan bakar dulu.. pastu baru join aktiviti

Pada hari sabtu merupakan last day kami kat sini,,, terasa cepatnya waktu...

Saja posing untuk abadikan kenangan kat sini

Lepak kat dpn chalet sebelum check out..



tumpang rasa mee udang
order mee goreng udang

Kami nak balik dah.. Thanks warga pulau aman yang ramah-tamah dan rasa nak mai lagi tu still ada..


Untuk pertanyaan lebih lanjut anda boleh hubungi di sini

Kalau nak makan mee udang pulau aman, lihat Entry ni-----> Mee Udang Pulau Aman...

Best Blogger Tips