Sunday, March 30, 2014

Langkawi Island.. im cominggggg !!! (DAY 1)

Setelah 4 hari pulang dari BALI, cik ina tunaikan janji yg tertunda untuk bawa family cik ina ke langkawi. 

Siapa yang Cik Ina bawa????

Of course my mom, my dad, pastu my sis and her 3 kids. Semua 6 orang je. Abg ipar x leh p sebab ada hal yg x dpt dielakkan. 
Oleh kerana mmg cik ina suka berjalan jalan ni.. and also free and available, 
so im the right person nk bawa my family..  
My sibling yg lain semua not available.. depa bz manjang.

Sebenarnya plan nk p sejak ujung bln 2 tp terpaksa ditunda atas sebab yg x dapat elak.. cewah mcm bz sangat Cik I na ni kan.. sapa yang baca blog ni mesti fhm kenapa... 

Cian la plak. Mai nak habaq.. Sebabnya adalah : -------》》》》》

1.  1st Mac 2014 ~ cik ina berniaga serbuk kari di 2nd bridge Penang..

2.  5~9th Mac = 4 hr selepas tu Cik ina berlepas ke BALI lalala..


V
V
V
Ceriteranya bermula mcm ni... Mak Cik ina yang plan semua ni. Lagipun, anak sedara cik ina yang ni x pernah ke Langkawi sbb takot naik bot.. tapi bila dah besar ckit, dan setelah seminggu pujuk maka depa ni pun beranikan diri. Kami mmg sengaja pilih 1 week b4 school holiday. Cik Ina pasti semua tau jawapannya kenapa kan.. yess semua bijak sbb masa tu semua barang, keta melambung harga and semua tpt crowded. 

Masa naik bot ni mmg menarik sbb depa ni dok diam je. Muka masing2 takut.. dan tak bergerak pun. 

KHAMIS 13.3.2014

1. JETI KOLA KEDAH - bot kul 5.00 petang

Kami berkumpul kat jeti sbb kakak cik ina dari Kubur Panjang. Kul 4.00 sampai tapi kami terlepas bot yang sebelum. Bila time dah sampai, kami bergerak ke bot. Tgk gelagat sikecil tu exited nak tolak beg ku yang comel pink tu.
Masa nak naik feri
 Bila dah naik bot semua dok diam jer.. Cik ina dok usha juga gelagat depa dan berfikir .. Agaknya berapa lama depa nak dok diam.. 
Sebenarnya diam sat je,, dalam 10 min je. Bila bot nak jalan yang takut tu dah jadi excited. Riuh rendah juga la.. 

Diam je depa kan...

Lps 10 minit dah hilang takut

tgk la yg kecik pun dah mai blkg kat ateh dia
ni la orang belakang depa
2. TOK JAH HOMESTAY - Melur House

 Selepas sampai dan amik kakakku serta anak sedaraku - wahida kat rumah depa di Ayer Hangat, kami check in kat homestay yang cik ina dah book 2 hari lps. -Tok Jah Homestay dengan kadar yang boleh dirunding dan berpatutan. Kalau nak minta toto pun blh,, just bagitau je..

Antara kemudahan yang disediakan :

 *TWO ROOM WITH AIR~CONDITIONER
*ONE ROOM WITH FAN
*TV
*REFREGERATOR
 * DAPUR utk memasak (pada masa kami ke sana)

 Gambar tu dari blog tok jah.. Cik ina tak sempat snap sbb letih sangat. tapi sempat lagi ronda kat jalan2 yang melihat kat area Pantai cenang malam tu. Jalan kaki je. Cari Roti untuk anak2 sedara takut malam2 lapar.

Kiranya makanan kat sini tak yah risau,, kedai makan dan kedai macam 7E tu byk... Siap duit je kan....

LORONG MASUK DARI JALAN UTAMA
PINTU MELUR HOUSE- sbb byk pokok melur dpn tu kot

ruang tamu dari pintu depan
bilik 1 - kat depan sekali

bilik ke 2

bilik belakang sekali kat dapur
katil kat ruang tamu

Lokasi Tok Jah Homestay ni dkt sangat dengan pantai Cenang. Ia juga 
berhadapan dengan tpt yang glamer iaitu Underwaterworld.


Memang sengaja Cik ina cari yang area Pantai Cenang supaya kalau nak mandi laut senang je..Lagi satu kedai pun banyak. Maka, harusla ronda2dulu...

Jommmm.. Kia amik angin malam kat LAngkawi... 
Kedai-kedai area sini rupanya tutup lambat jugak... Dah penat jalan, balik utk rehat dan time to sleep.. 

 ***************************************************************


Jom kita tido.... 
Esok banyak lagi tempat nak pi dan drivernya only Cik Ina sorang... 

Jom baca kisah seterusnya LANGKAWI DAY 2

*********************************************************************************

1 comment:

  1. Kak Ina, bg contact No tok jah ni kat yana..
    Dia nak p lgkawi bln ni, dok cari homestay kat area Chenang :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen