Wednesday, November 28, 2012

Resepi Durian Crepe dan caranya

Best Blogger Tips

Durian crepe.. Oh durian crepe.. Namamu menjadi sebutan... Ha,,setelah penat mencari, akhirnya cik ina dah rasa dan rasanya yummy sedap. Sapa yang tak rasa lagi,, cepat pi cari.... 
Anda boleh baca sejarah macam mana cik ina dapatkan durian crepe ni dengan bersusah payah sekali dengan sahabatku, Zatul.. di entry ni -->> durian crepe

mcm ni la rupanya durian crepe
Maka serta merta dengan bersemangatnya cik ina search cara nak buat dan jom berkongsi cara nak buat Durian Crepe ni...
Resepi ini cik ina jumpa dalam internet. Agak simple dari yang lain... Meh la kita sama2 cuba buat buat tgk no...

Kadang2 kita baca je cara nak buat tapi tak faham sangatkan.. 
Jadi apa kata kita tgk cara nak plak. Sumber sini


CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
sedikit esen vanila
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..selalunya kuning la)
1 sudu butter yang dicairkan (tak letak pun tak pe tapi disarankan letak)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk

DURIAN FILLING

Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental) jgn silap beli tau..
Isi durian yang sedap dan lemak ye.. secukupnya (ambik isi aje... dan lenyek ckit isi tu)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian yang sedap tu
Tutupkan semula dengan Whipping Cream (jgn tebal sangat)
Lipat crepe cantik-cantik dan bulat-bulat dan simpan dalam peti sejuk

U olls boleh print resepi DI SINI

** Note
Yang pasti kalau nak simpan lebih dari sehari, kena simpan tempat yang beku tau. Itulah pesanan yang cik ina terima semasa beli buat pertama kalinya dari pembuat  durian crepe iaitu kedai kek sbe.

Selamat mencuba....  

Best Blogger Tips

Fenomena Durian Crepe

Best Blogger Tips

Assalamualaikum kengkawanku
>> Durian Crepe... <<  apa tu yer
>> Durian Crepe..  <<  sedap ke??
>> Durian Crepe..  <<  ishh teringin nak rasa plak..

Mula-mula yang bermain diminda cik ina, apakah itu durian crepe. Sedap ke tak ye.. harus try ni.. Pastu Cik ina ada  terbaca blog my sifu iaitu Puan Myra cerita durian crepe ni. 


Apapun cik ina nak ucap tahniah kepada pencetus idea yang mencipta resepi ini sehingga kejap jer dah menjadi melotup. Cik ina rasa, durian Crepe dah jadi fenomena luar biasa. Sungguh cepat dia glamer no..

Cik ina pun tak terperasan kenapa tetiba aje Durian Crepe jadi kegilaan.. Tetiba aje muncul dalam FB cik ina yang diperkenalkan oleh Farhana Kirana... dan entah bilakah resepi baru ini muncul??

Maka cik ina pun tercari-cari kat mana blh rasa durian crepe ni.. Nak jadi cerita jumaat lps iaitu 23.11.2012 cik ina berkesempatan ke Penang. Maka dgn pertolongan rakan sekerja cik ina dulu iaitu kak wati, dia telah beri no phone kedai kek pembuat durian crepe ni yang terletak kat balik pulau. 
2 sahabat yang mencari durian crepe
Oleh kerana Cik ina teringin sangat nak makan, dan sahabat cik ina zatul,yang bersama dengan cik ina pun turut terpengaruh dengan cik ina kami pun ke sana. Rezeki kami .. durian crepe masih ada stok.. alhamdulillah.. 

  Layan gambar cik ina n zatul sejurus selepas beli. 

ee tak sabar nak makan ni

masuk keta jer.. terus bismillah n ngap

ermmm sedapnyaaaaa
Selesai makan baru la gerak balik ke sungai petani. Sedap jgk no... Kepada sesiapa yang x pernah rasa dan teringin nak rasa, tgk website ni -->> KEDAI KEK SBE

Best Blogger Tips

Tuesday, November 27, 2012

DINNER with Geng kat Tanjung Dawai

Best Blogger Tips

Yes,, akhirnya plan menjadi,, Dh 2 bulan kami rancang sejak balik dari P.Pangkor hari tu. Akhirnya dapat juga rakan cik ina ni menziarahi cik ina serta rakan-rakan kami yang lain kat Kedah ni. 
Rakan cik ina ni dok kat Kuantan Pahang. Dia kata dah 11 tahun tak jejak kaki ke kat kedah ni.. Lama jg kan. Kalau kami dah ada anak, maybe dah darjah 5. B4 ni kami hanya bertemu di FB dan juga sms jer. Kali ni kami bersua muka dan berpeluang melawat kawan serta adik-adik kami kat Polimas. Rakan yang dimaksudkan adalah Kim Akhamsiah (nama FB).

ni la orangnya... cun kan

Hari pertama kim mai, cik ina kena keje lagi jadi mlm baru sempat kami berborak. Mlm ni kami akan berjumpa sahabat cik ina yang sorang lagi memang dok kat sini iaitu Zatul. Zatul ajak kami mkn kat Tanjung dawai lagi. Ermmm dah terbayang ikan bakar atau siakap 3 rasa ni.. 

Pukul 9.00 kami pun gerak dan berjumpa kat Petronas Merbok dan setelah Zatul dan suaminya Leman sampai, kami ke sana sebiji keta jer. Bila sampai kat kedai pilihan, rupanya kami kena tunggu sorang lagi rakan lama iaitu cipon dan anak isteri. So,, sambil tunggu makan, kami tunggu depa sampai. 

Bila cipon dan isteri sampai, tggu apa lagi,, makan la.. Sedap makanan kat sini tapi harga pun blh tahan la. Thanks to Leman dan Zatul sebab belanja kami makan. 
yes,, mknan sudah sampai

Menu yang dipilih adalah Ikan siakap 3 rasa, Kailan ikan masin, sotong goreng tepung, telur dadar dan kerabu mangga. Yummy... 

Sebelum makan,,, kita bergambar kenangan dulu

Ni anak cipon dan mar

 Bila dah bertemu dgn geng, makin meriahla kami sebab lama tak jumpa. Macam2 cerita sampai nak ke larut malam pun tak sedar dah..

Terima kasih daun keladi,, nnti kita jmpa lagi... 
****************

Best Blogger Tips

Hari Sambutan 100 tahun SKMP

Best Blogger Tips

Tak sabar nk citer ni.. Maklum la hari yang dinantikan telah tiba. Tanggal 10.11.12,walaupun serba kekurangan, majlis sambutan 100 ini telah berlangsung dengan jayanya.Sambungan daripada entry lepas iaitu Sambutan 100 dan Perasmian Surau SKMP  

 Cik ina teramat la letih sebab kelmarin dah sehari suntuk berkampung kat sekolah. Pastu mlm after Isyak, Cik ina ke UPTOWN sp plak nak cari tudung. Tudung tak beli lagi sebab baju baru ambik kat tukang jahit.
Hari yang sebelumnya cik ina balik kampung untuk ambik baju yang ditempah khas untuk majlis ini. Baju ni semua kena pakai sebab kain semua dapat sorang 4 meter.

Seawal pagi semua guru dan stafft elah bersedia dengan tugas masing-masing. Nak tau apa tugas cik ina hari ni.. Tugas cik ina hari ni adalah menyampaikan cenderahati dari warga SKMP kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia kita. 


 Mari kita lihat gambar-gambar yang menarik di sekitar majlis ini berlangsung... Layannnn












Best Blogger Tips

Sekitar Sambutan 100 tahun

Best Blogger Tips

Persediaan untuk majlis ini sangat memenatkan. Tambahan pula sekolah cik ina ni serba kekurangan dan kos yang terhad. Nak jadikan cerita,1 week b4 the majlis, nasib baik PPDKMY sudi bagi bantuan cat untuk mengecat bangunan dan apa yang patut. Alhamdulillah..

Dan juga budi IKM yang sekali lagi buat tempat Timbalan Perdana Menteri tandatangan.

Mari kita layan gambar di sekitar menjelang Majlis Sambutan 100 tahun ini...

Pensyarah dan pelajar IKM sedang menyiapkan tempat tandatangan 


Cat


Guru dan pelajar sedang buat kerja kontrak

Dah hampir siap


Pasukan kompang sekolah buat rehersal

Best Blogger Tips

Sunday, November 4, 2012

Sambutan 100 dan Perasmian Surau SKMP

Best Blogger Tips

Salam semua.. Dah dekat hujung tahun dah kan. Pejam celik-pejam celik sekolah cik ina bakal menyambut Sambutan 100 tahun seperti yang dirancangkan sejak awal tahun lagi dan juga perasmian surau sekolah yang akhirnya berjaya juga disiapkan setelah terbengkalai selama beberapa tahun. 

Dulu cik ina pernah post entry mengenai Majlis Makan Malam Sambutan 100 tahun dan kini masanya telah tiba untuk Sambutan 100 tahun pula. Alhamdulillah, akhirnya akan terlaksana juga setelah semua persiapan telah dibuat seperti gotong royong mengecat yang melibatkan semua pelajar, guru dan staf supaya majlis ini berjalan dengan lancar. 

 Akhirnya  majlis sambutan tu akan diadakan mengiikut ketetapan seperti kad jemptan dibawah dan yang paling bangga sekali, Timbalan Menteri Pelajaran akan merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun ni.   



Pihak sekolah juga menjemput agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang menarik untuk dikongsi bersama penduduk tempatan. Diharap semua penduduk setempat akan hadir untuk memeriahkan lagi sambutn ini..
JEMPUT LA... 

Best Blogger Tips

My 34th Besdey

Best Blogger Tips

Dah genap sebulan besdey cik ina tetapi kali ni tak de sambutan atau kek. Sedih kannn.. Cik ina selalunya makan2 denang kawan2 baik tetapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, maka tiada apa2 yang diatur. Cuma beberapa hari selepas itu sahaja, sahabat2 baik cik ina belanja makan mee udang d'king fav kami semua. 



Apa yang membuatkan cik ina tak celebrate adalah kerana kecewa dan tak semangat langsung atas apa yang terjadi lately ni walaupun bukan kepada cik ina tetapi tempiasnya terkena juga walau sedikit. Jadi,, sedikit kecewa dan simpati kepada yang berkenaan.

Cik ina tau,perasaan marah atau kecewa ni adalah satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Maybe kita kan bertindak diluar batas. Tetapi jangan pula orang yang marah tu memanipulasi orang lain supaya turut sama marah dengannya.. Tak baik tau...
Sambung balik citer cik ina... Pendek kata dalam bulan Oktober ni, macam-macam jadi sampai tak terfikir oleh minda yang waras ni la... Dah la bulan Oktober tu besdey cik ina.. Sedih kannn...

But we must cool dan percaya, Allah tu ada... Sesiapa yang berbuat jahat akan mendapat balasannya. Tambah2 yang membuat fitnah dan juga menceritakan aib kita kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri..Pendek kata,,, depan kata lain,, belakang kata lain... apa orang cakap.. talam dua muka,, boleh kot pakai peribahasa ni... iskk -i know my friend better than u la... 

Macam-macam kan.. Ada juga orang berpura-pura baik jer. Maybe utk kepetingan diri je kot.. dan macam2 lagi la. Nasib Allah sedarkan diri cik ina dan rakan cik ina ni supaya tak tertipu dengan permainan dia.. Nak pinjam ayat Farhana Kirana la.. "nmpk tak permainan dia.." hahaha.
Wah blh dapat reward ni sbb anda telah berjaya dengan misi yang anda rancangkan..
 Syabas bete - kata hero industan. Dah melalut plak cik ina kan.

Apapun kita kena sabar.. Sabar tu kan sebahagian dari iman kita... Sabar ekkk...

 ________________________________________________________________________

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ♥peace with imaan♥

Best Blogger Tips

Sukan Tahunan Sekolah 2012

Best Blogger Tips

Salam 1 Malaysia....

Pada mggu lps bertarikh 30.11.2012, sekolah tpt cik ina kerja baru mengadakan sukan tahunan. Walaupun sedarhana tapi meriah. Meriah tu sebab semua pelajar telah tamat peperiksaan akhir tahun. Yang darjah 6 pula, lagi seminggu nak keluar keputusan UPSR. Mari kita layan gambar yang diambik daripada camera photographer kita iaitu Ustazah Subaidah. Thanks kak su bg pic ni.







sukaneka pra sekolah


sukaneka darjah 2

staff dan guru lelaki

tu dia cik ina yg tudung purple
Keputusannya - perbarisan dimenangi oleh rumah merah dan juara keseluruhannya dimenangi oleh rumah merah.

Selepas semua dah berjemur kat padang, kul 1.15 petang lps zohor semua masuk meeting.. hehehe agak2 apa yang akan terjadi kepada ahli jemaah meting ni...  :)



Best Blogger Tips

Pulut Nyok Ikan Masin part 2

Best Blogger Tips

Sapa pernah makan pulut nyok ikan masih. Mesti semua biasa makan kan. Makanan ruji orang melayu. sekali kena mesti lena..

Kalau uolls nak tahu, salah satu kegemaran cik ina adalah pulut nyok ikan masin.
Cik ina pun tak sedar suka makan pulut ni.. cuma tersedar bila cik ina berkunjung ke salah satu kedai makan kat pekan merbok ni... nama kedai tu unik sikit...  kedai pukok buluh - yang terletak berhadapan dengan masjid baru merbok. Nama kedai ni diambil sempena rekabentuk dindingnya yang berrdindingkan buluh.

Ok,, kita sambung.. niat dihati nak makan nasi lemak (apa lagi fav food cik ina la) tapi bila terpandangkan menunya yang menyediakan pulut nyok ikan masin, terus tukar order... lps tu baru tersedar, aku suka juga pulut nyok ikan masin ni... Cik ina pernah post pasai entry ni dulu. Boleh lihat DI SINI

So,, sesapa teringin nak makan pulut nyok ikan masin tu, boleh la ke kedai pokok buluh.. Jemput-jemput (tak dapat komisyen ye). Tak silap cik ina hari ahad tutup. 



Best Blogger Tips

Thursday, November 1, 2012

Pagi Sukan Sekolah Yg Ceria

Best Blogger Tips

Salam semua...

Pada 30.10.12 yang lalu sekolah tempat Cik ina keje ni telah mengadakan Kejohanan Sukan tahunan serentak dengan kenduri korban bersempena Hari Raya AidilAdha yang ke5. Sambutan agak meriah la sebab semangat perayaan masih ada.

Cik ina lagi semangat sebab kami semua kena pakai baju sukan yang color purple. Jadi, lagi bertambah ceria la kami semua kan.

semangat muhibbah -kerani, ppm dan pekerja pembersihan sekolah ni
Pagi pagi lagi before sukan bermula, semua dijemput ke kantin untuk breakfast ( sbb sat gi kena ke padang plak kan. Takut pengsan kalau tak makan) Menu pagi ni mmg menarik selera cik ina. Isk.. kalau cmne selalu, mmg habisla diet  cik ina. Menu pagi ni adalah pulut nyok ikan masin, mee sanggul, cucur udang, ketupat rendang beserta air kopi , tea dan nescafe. Yang paling menarik selera cik ina tentula pulut nyok ikan masin. Tapi disebabkan diet, cik ina ambik ckit je la. sesenduk jer.  Ye la kan, cik ina ni orang kampung- jadi mak selalu buat dulu tp sekarang sbb masalah kesihatan jadi mak tak buat sangat dah.

Ni la pulut nyok ikan masin.


Pegawai-pegawai yang akan bertugas kat padang ni

baru leh makan sama. selalu kena bergilir-gilir

gulai daging korban

Best Blogger Tips

Bertemu Best Friend Poli

Best Blogger Tips

Baru-baru ni Cik ina berpeluang ke Jabatan Pelajaran Negeri Kedah atas urusan kerja. Tak sabar nak ke sana sbb nak jumpa sahabat lama ni. Maklumla rasanya dah banyak bulan cik ina tak ke JPN.
Sukacita sekali kerana best friend cik ina semasa study kat Polimas dulu dah memulakan kerja selepas selamat melahirkan anak kembar anak ke -4 dan 5. 
Tahniah Puan umi atas kelahiran anak kembar yang diberi nama Dania Qairina...dan  Damia Qaisara,,,, sedap kan nama tu tp tak leh makan la kan) .

Untuk makluman semua, semasa Cik ina kerja bhgn HR kat kilang dulu, Puan umi la yang menggalakkan cik ina menceburi bidang perkeranian ni... Maka cik ina pun apply la jawatan sekarang.. dan alhamdulillah dah nk dekat 3 tahun dah keje ni...



ni la sahabat cik ina tu


ni la baby kembarnya. comei tak

Best Blogger Tips