Wednesday, June 6, 2012

Majlis Makan Malam Sambutan 100 tahun SKMP

Best Blogger Tips

Assalamualaikum....

Kali ni Cik Ina nak sambung cerita mengenai sambutan 100 yang dibuat oleh sekolah tpt cik ina mencari rezki ni. Sedar tak sedar masa cik ina post entry ke arah 100 tahun sekolah cik ina, kami masih mengumpul bekas pelajar untuk menyertai acara makan malam 100 tahun tersebut. 

Namun masa berlalu begitu pantas. Acara makan malam amal mesra alumni ini telah berlangsung dengan jayanya (cik ina katakan ianya berjaya kerana berlansung dengan lancar sebab inilah kali pertama warga SKMP menganjurkan acara sebegini dan semuanya lancar).




Sebagai seorang warga SK Merbok (Pusat) Cik ina terasa bangga jugak kerana sambutan pada saat akhir amat menggalakkan. Semua meja penuh di 'book' oleh bekas pelajar. Kami staff hanya ambik meja luar dan last jer tapi tak mengapa kerana yg utama adalah bekas pelajar.

Acara ini bertambah berseri kerana terdapat beberapa orang bekas guru besar dan guru yang pernah berkhidmat pada tahun 70an dan 80an sudi menghadiri majlis ini walaupun bertongkat.

Persiapan meja, pentas dan makanan telah diatur dengan teliti oleh guru-guru sekolah ini seawal pagi.. Para guru telah datang ke sekolah untuk persediaan akhir.. Cik Ina hadir ptg kerana ada tugasan kat rumah yg patut diselesaikan. Jd ptg tu cik ina hanya bantu apa yang patut. 




Hehehe... Oleh kerana acara akan bermula pada pukul 8.00 malam, maka Cik ina mai awai ckit takut lewat nanti. Ini kerana cik ina bertugas di meja pendaftaran bersama Ustazah Aishah Bee. 



Selepas solat magrib semua warga petugas cepat2 siap dan bergegas ke tpt bertugas masing-masing.

Selesai kat kaunter pendaftaran, maka cik ina dan warga SKMP rehat sambil tunggu waktu makan.





Acara bertambah meriah dengan persembahan nasyid oleh pelajar sekalah kami dan kesudian kumpulan Qasidah yang terdiri daripada 3 orang pejar comel yg pandai mengalunkan irama qasidah. 
Acara rasmi habis kul 10.00 dan seterusnya berlangsung acara penubuhan dan perlantikan jawatankuasa Alumni SKMP.



Best Blogger Tips

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen