Wednesday, May 30, 2012

Hadiah dari Ho Chi Min

Best Blogger Tips

SALAM 1 MALAYSIA...

Cik ina nak bagitau ni. Bln lps ada best friend cik ina dapat makan angin dengan team member opis dia ke China iaitu HO Chi Min. Best kan company support semua pi makan angin dengan kengkawan sekerja. Cik Ina tak dapat la merasa semua tu. 
Masa keje kilang company sponsor dinner jer atau aktiviti biasa jer.  tapi tak per,, rezeki masing-masing kan.

Oleh kerana lps selamat pulangnya best friend cik ina iaitu Puan Mimi, dia didapati tidak sihat sebab keguguran. Maka Cik ina pun ambik kesempatan pi melawat mimi dengan best friend sorang lagi iaitu Zatul. Tengah doksembang rancak dia pi ambik sesuatu. Sebungkus dia bawa keluar dari bilik dan suruh kami pilih. Cik Ina dah rambang mata. Kejap nak merah, kejap nak biru and cuba teka apa yg cik ina pilih. 

At last cik ina pilih ijau. yg herannya color ijau adalah color yg tak gemar. pasai apa pilih ijau tak tau. 

Alasan cik ina sbb tak kotor sangat nanti. and sama dgn Zatul. Kami 2 pilih color yg sama sampaikan anak dia kata kat dia, mama ambik pencil bok Cik Ina...

But,, anyway, Thanks to my beloved friends- mimi,  sbb teringat juga nak bagi cenderahati dari Ho Chi Min dekat akak ni. AKAK SUKA..... 

Dan kak ina doakan mimi sihat selalu dan lps ni segala HAJAT tercapai.. amin

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
NNTI KALAU PI LAIN, BAGI LAGI




Best Blogger Tips

Makan Tutti Frutti

Best Blogger Tips


Haaahaaa.. dengar tajuk je dah excited tul tak...
Baru2 ni Cik ina berkesempatan utk makan fruti tutti -FT. 
Sebenarnya Cik Ina dok teringin lama dah tapi tak de kesempatan je..
Maka pada kali ni ,,, hajat tercapai. Kami pi menikmati FT ni kat Village Mall jer. Dekat je dgn rumah Sinar.

Thanks sinar,, sbb tolong temankan akak pi makan FT. Sebab B4 ni dah pernah makan kedai yg konsepnya lebih kurang dgn Ft, maka tak la "perak" sangat (orang kedah kata). 

Dengan kata lain, tak la macam rusa masuk kampung dan tau la bajet takut terlebih letak dan terlebih berat. Bak kata sepupu cik ina, akma-- "sejemput pun 6 henggit". tapi sebab keteringinan yang teramat sangat.. maka akak terjah jua.


Cukup la share semangkuk 2 orang kan... Nanti ada bajet lebih kita mai lain yer sinar.





Best Blogger Tips

Tuesday, May 29, 2012

Gotong Royong Mengecat SKMP

Best Blogger Tips


assalamualaikum... 

Berikutan daripada persiapan untuk Sekolah Cik ina dari entry 100 tahun SK Merbok maka kami telah adakan aktiviti gotong royong mengecat. 
Semua guru dan staff pakat2 bergotong royong untuk mengecat bangunan sekolah, dinding bilik darjah dan juga tempat2 yg catnya dah pudar dan dah uzur ditelan zaman. Guru -guru yang ada tangga turut membawa tangga ke sekolah untuk menjayakan aktiviti ini dengan jayanya. Habis jgk 30 tin cat. 

Pelajar kelas yang terbabit jgk turut menolong kami mengecat di samping ada yang tolong tengok. 




Kira ok la. Ada yang tolong lap cat yang tersasar dan ada yang tolong pegang tpt roller cat pun ada. 
Kira macam2 ada la. 





Acara ini disambung pada hari sabtu akan datang kerana cat sudah habis.

Best Blogger Tips

Besdey Adik (Nurrul Akhmal )

Best Blogger Tips




Assalamualaikum....

Kali ni Cik ina nak citer pasai besdey... Walaupun dah berlalu sebulan yang lalu, tp cik ina baru berkesempatan nak upload pic ni. B4 ni bz.. bz apa tah.. Ooo bz sbb PC kat sekolah kena kilat. Jadi kat rumah plak dah letih... Tak berapa sihat la katakan.


Besdey gurlnya adalah adik atau nama penuhnya Nurrul Akhmal Binti Yeop Wasir. 
Tapi cik ina panggil adik sbb dia adik housemate cik ina. Kira blh la tumpang adik,, share blh syada.. hahaha...

Kami berkesempatan pi makan kat western food area jalan nak pi butterworth. Kedai ni agak femes jgk la.  Kami saja pi jauh ckit sbb saja nk keluar dari SP. Besdey adik 24.4.198* tapi kami makan pada malam 23.4.2012 .. Kira OWY balik tu jam dah beranjak ke kul 12.00. Jadi blh la nyanyi lagu besdey.

 HEPI BESDEY ADIK....
Moga murah rezki, dapat kerja yang bagus,  dipercepatkan jodoh kita, diberi kesihatan yang baik serta dirahmati Allah selalu.... 
AMINNNNNNNNN



ni la kedai nya..


ni kakak dia... syada. dah kenyang la tu...


ni la besdey gurl nya...

Best Blogger Tips

Delima Nasi Tomato Ayam Berempah Sg Petani

Best Blogger Tips

Assalamualaikum Pembuka Bicara..
Harap anda sihat sejahtera.. 
Bersua kita untuk kali keberapa??
Pastinya pasai makan sahaja.. hahaha

Kali ni Cik ina nak kongsi pasai nasi tomato ayam berempah kesukaan Cik ina. Cik ina dah berkunjung ke sini sejak tahun 2004 lagi...  dan kedai tu masih kukuh berdiri di situ...

ni la nasinya tomatonya. Walaupun sempoi tp sedap...

Ianya bukan sahaja fav cik ina malah bila diperkenalkan kepada kengkawan cik ina,, ternyata mereka juga suka.
 Yang menjadi fav kami ni adalah Delima nasi tomato ayam berempah. 

Apa yang ada kat pinggan tu cuma nasi tomato, ayam rempah, sambal. dalca dan serbuk ayam rempah tapi kombinasi ni boleh katakan sedap bagi cik ina. Bagi anda,, kena la mai try sendiri.
Cik ina cuma sempat snap pic nasi kat atas je. Jadi untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas cik ina sila lihat pic dari blog yang cik ina tulis kat bawah tu. 
Bila search kat blog lain ternyata tuan punya blog ni pun suka jadi sbb masa cik ina pi tak bawa camera jadi cik ina copy pic dari blog harrizam.blogspot.com.
Lagipun tujuan cik ina nak kongsi cerita tentang gerai ni. 
Anda boleh ke blog di atas untuk baca entry dari tuannya berkenaan gerai ni. 

bagi sesiapa yang tak pernah mai, ni la gerainya
ni la nasi tomato ayam berempah yamg menjadi fav cik ina

Untuk pengetahuan semua, gerai Delima ni dah lama wujud. Rasanya masa Cik ina keje kat Sg PEtani dulu masa tahun 2003 pun dah ada. Kiranya dah 9 tahun la kan.
Sekarang ada gerai tambahan bersebelahan dengan gerai ni iaitu Gerai Char Koey Teow dan satay.

 Tempat dulu dan sekarang adalah sama iaitu kat  kawasan letak kereta dekat dengan lampu isyarat persimpangan Jalan Pengkalan dan Jalan Masjid atau bersebelahan Public Bank
Pekan Baru. 


Untuk lebih specifik lagi garai ni terletak berhadapan pintu pagar utama sekolah menengah khir johari. Untuk sampai ke sini, anda haruslah ke pusat bandar dan melalui stesen bas biasa dan terus kehujung jalan tersebut dan seterusnya kona kanan. Before kona kanan tu anda akan nmpk Balai bomba sungai petani. Kalau nmpk Balai Bomba tu, anda tak silap jalan la.

Tak silap gerai ni tutup hari isnin sebab masa cik ina nak pi ke sana dulu , gerai ni tak buka. mmg frust sangat. Terpaksa pi next day untuk hilangkan keteringinan tu. hahaha. 

Yang menariknya adalah kalau anda berkunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda boleh juga berkunjung ke up-town yang terletak berdekatan dengan gerai ni. Kira tak rugi la. Lps makan blh window shopping. Kalau nk shopping pun tak per.. Silakan. Up-town ni buka lepas isyak  hingga ke lewat tengah malam bergantung kepada cuaca dan jumlah pengunjung.

Apa pun sesiapa yang berminat nak mencuba, anda boleh berkunjung ke sini. Nanti cik ina confirmkan bila gerai ni tutup yer.

******************************************************************************

Best Blogger Tips

Monday, May 28, 2012

Trip to Bandung

Best Blogger Tips



Assalamualaikum....


Kali ni Cik Ina nak sambung pasai trip cik ina. 
Sambungan dari entry lps iaitu entry my first trip to obersea.
Sambungan dari mana yer...


opss dah ingat... Malam tu b4 kami bertolak ke bandung, kami singgah makan kat Kompleks membeli belah kat solo.
Kompleks tu lebih kurang mcm kat Malaysia jgk.. Meh kita layan pic yang Cik Ina ambik dr henset cik ina dan camera mak mila sbb camera habis bateri.


kiosk kat sana - jual air


tag 47 untuk tunggu order


After that kami dibawa ke Stesen Keretapi untuk berlepas ke Bandung. Kami terpaksa berpisah dgn pemandu pelancong kami iaitu Ilmi dan Nana tapi Mas Arief tetap setia mengikut kami. 
Thanks a lot to Nana dan Ilmi atas kesudian melayan karenah kami sepanjang 2 hari di Solo. 
Nanti datang Malaysia bagitau kerana kami akan menemani kamu berdua.  Tak lupa juga kepada pemandu van pelancongan kami yg telah membawa kami melawat Solo dgn cekapnya. Kat bawah ni picnya. 
Last sekali dia pi ambik isterinya yang lawa tu... 




Kami sampai awai,, so kena lepak dulu la. Siap blh posing lagi.Akhirnya yang ditunggu telah tiba. 
Keretapi datang kira2 kul 11.00 mlm.. dan kami pun meninggalkan Solo.. 
Good bye Solo.. InsyaAllah,, kalau ada ongkos yang lebih, i will come again. Sedih sangat nak tinggalkan Solo - sebab walau pun 2 hari stay kat Solo, namun keakraban kami seperti sudah lama kenal 2 cewek cun ini- nana dan ilmi.
Buat nana dan ilmi,, akak tunggu kedatangan kalian ke Malaysia.


Layan dulu pose-pose oleh family mila dan cik ina.....


kat pintu masuk stesen keretapi


mila rak sabar nak naik keretapi tu...


akhirnya keretapi yg ditunggu telah tiba...
thanks to mak mila sbb sempat ambik pic ni
Kami berlepas ke Bandung hanya dengan cowok ganteng- Mas Arief kira2 pukul 11.00 jam indonesia. 


Keretapi sana lebih kurang mcm kat sini jgk. Kami dibekalkan selimut yang color hijau.  Ini pasti membuatkan lena kami lebih nyenyak kot sbb dalam keretapi mustahil cik ina blh lena.. Tp letih punya pasai.. blh kot.








Pada awal pagi setelah terjaga dari tidur, destinasi yang ditunggu lebih kurang sejam. Jadi kami menikmati keindahan pagi sepanjang perjalanan. 





Keretapi berhenti sekejap2 untuk mengambil penumpang tp kami still lagi menikmati keadaan sekeliling yang aman dan damai. 










Para peniaga cbuk menjual makanan apabila keretapi berhenti untuk mengambil dan menurun penunpang. Respek la.. tetap usaha cari rezki walau ada yang dukung anak kecil.




Lebih kurang pukul 8 pagi kami sampai di Bandung. 



Menurut Arief, rakannya yang akan mengiringi kami sepanjang perjalanan kami di sini belum tiba. Jadi, kami menunggu sekejap untuk melepaskan letih semalaman dalam keretapi. 




Dalam perjalanan keluar stasen keretapi ni.. mila sempat lagi posing



Kami dengan beg masing2 menuju ke van yg disediakan.


inilah van yg akan kami naiki

Setelah tiba, kami dibawa untuk bersarapan tapi tpt makan yg dibawa buka utk tengahari.. maka kami pun ke hotel untuk check in. 


Kami ambik bajet hotel je sbb bukan nak lepak sangat kat hotel. After mandi kami kumpul untuk ke tpt makan. Consider makan pagi campur tengahari la. Kami dibawa ke tpt yang sama. Kali ni semua gerai buka. Ha,, pilih jer tp kami masih berhati-hati takut silap gerai makan....

ini makanan cik ina order

ini makanan mas arief....




Selepas makan kami kami mulai perjalanan ke kawah gunung berapi yang dipanggil Wisata Kawah Putih..dari kota Bandung amek masa 2 jam nak ke sini.... tiket masuk sini adalah rp12,000 bersamaan rm4 sahaja....murah giler..
Jenuh jgk la nak sampai,, tp kami mengambil peluang utk lena.. hahaha capek bangat sbb lama kat keretapi. 





Apabila sampai ke kawah putih,, kami dikehendaki sewa van kecil yg lain. Van ini akan membawa kami ke puncak kawah putih.












Suasana kat kawah putih -bekas gunung berapi ni sangat cantik dan sejuk..  Anda dapat melihat dari jarak dekat keindahan nya. Di dalam kawah itu terdapat air yang putih jernih dan kebiru-biruan Elok kami selesai posing maka ujan turn. Maka bertempiaran la kami tp masih sempat berteduh kat satu pondok. Ujan reda ckit kami pun gerak balik ke Bandung.




















 Untuk  lebih story andda blh tgk  page ini

OTW kami kembali melalui kawasan pergunungan kampung pertanian yang menghijau diCiwidey. Sebelum tiba di Bandung singgah untuk minum ptg di salah satu sebuah perkampungan pertanian Ciwidey... yang mengusahakan tanaman sayur2an, Ladang Teh, Strawberry dengan di jamukan permandangan yang menghijau.
Tumpuan kami semestinya kat tpt strawberry. Kiranya ala-ala Cameron highland kita la cuma unik pokok strawberry tu ditaman dalam beg plastik yg besar guni baja kita kat sini..  layan pic cik ina...










Lihat pemandangan belakang yang cantik.









Sudah kami sampai bandung, kami terus ke tpt makan nasi padang. Pilihan Boss kami iaitu ayah mila. Bg cik ina pun nasi padang la yg ala-ala malaysia. Nk mkn yg lain takut nnti tak kena selera yg lapar ni .. so.. makan je la...


Kami sampai ke hotel dan terus berehat. Esok ada nak melawat tempat lain plak.


The next day kami melawat ke puncak. Kul 4.00 pagi waktu Indonesia kami dah bangun dan bersiap-siap. Kalau lewat nanti kami akan terlwat untuk bershopping plak. Maka bersiap la dalam suasana yg sejuk sebab ujan. 


Perjalanan mengambil masa rasanya 3 jam. Selepas lena 3 jam, kami sampai. Suasana tetap sejuk. Kami berkesempatan untuk melihat panorama di Puncak. Bagi Cik ina... tpt ini cantik sbb belum tercemar. 








Selepas itu kami menuju ke tpt shopping yang terkenal tu. Masa untuk shopping hanya 2 jam sahaja. So.. shop till you drop. Oleh kerana cik ina dah byk membeli kat SOlo, maka cik ina dah kehabisan wang untuk shopping dgn lebih lanjut kat sini. hanya beli yang perlu jer. Sedih sangat. Mcm nak mai lain utk shopping jer.. SApa setuju.. hehehe....


The next day adalah masa untuk pulang. Sedih la plak nak balik . Kami tiba kat airport dan cik ina tkr duit lagi utk airpot tax. Then waiting for check in dan pulang ke KL. Hurmmm bila la lagi nak sampai ke sini. Thanks to mila sbb sudi ajak kakak ina join family mila ke sini. Nak mai dgn family tak mampu, Huhuhuuuu

Best Blogger Tips