Cepatnya masa berlalu....
Tahun ni dah genap seratus tahun SK Merbok (Pusat). Dah tua sekolah cik ina ni.. opss sekolah tempat cik ina mencari rezki..
Walaupun cik ina kerani yang baru berkhidmat di sini (walau dah 2 tahun) tapi sekolah ni masih lagi terdapat bangunan lama yang masih ituh berdiri. Kawasan ni juga masih tidak dicemari dengan asap-asap kenderaan kerana terletak di kampung merbok yang damai.
Jadi tak menyusahkan anak-anak yang datang ke sekolah sendiri kerana berada jauh ckit dari jalan raya Bedong-Tanjung Dawai.
Sehubungan dengan itu, kami staf dan guru2 di sekolah ini sibuk menjalankan misi mencari bekas pelajar sekolah ini untuk menjayakan aktivi sambutan ke 100 tahun ni.
Ada tak sesiapa yang pernah sekolah kat sk merbok ni???
sila jawab... ya atau tidak..
atau ...
Kepada sesiapa yang mempunyai kenalan atau pernah bersekolah disini, anda blh dapatkan borang untuk menjadi ahli alumni sekolah ini.
Mari kita imbas nostalgia di sekolah ini. Pic ini cik ina ambil daripada salah seorang guru yang misinya mencari memori lama dan beliau telah dapatkannya daripada guru-guru lama yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
Dan gambar warga sekolah pada tahun 2011.
Untuk menjayakan Majlis ni, pelbagai persiapan telah kami buat dan masih lagi ke arah itu. Tapi kami beruntung kerana pihak IKM Sungai Petani sudi menghulurkan sumbangan.
Besar ertinya bagi kami kerana sekolah ini kekurangan kos dan juga tenaga. Antara sumbangan yang dihulurkan adalah Sofa, Curtain di bilik Guru Besar, Bilik mesyuarat dan di pejabat. Terima kasih ya.
ni la sofa baru .. |
pelajar IKM sedang memasang railing. |
Pelajar IKm sedang memasang curtain kat bilik GB |
Mereka juga telah menghulurkan sumbangan signboard sekolah. Semua sumbangan ini telah direka dan dibuat sendiri yang dibuat oleh pelajar IKM ini. Cantik kan....
Terima kasih kepada IKM. Budimu sentiasa dikenang oleh warga sekolah ini.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen