Assalamualaikum Semua...
Cik ina nak kongsi cikit citer masa cik ina keje kilang dulu. Citernya pada tahun 2007. Tahun ke2 cik ina keje kat kilang tu. Nama kilang tu kilang Texchem Polymers. Kilang ni lebih dikenali dgn nama TXPO dalam group of company. Kilang ni buat sheet extrusion yg high quality.
Sebab tahun 2007, tengok la, masa tu Cik ina pun nmpk muda remaja lagi kan. Hehehe perasan sebentar.
Jadi , Cik ina berpeluang ikut explorace syarikat cik ina bekerja. Kali ni kira event besar ckit sebab explorace ni akan diadakan di Pulau Karimun, Indonesia. Semua company under Texchem group akan join explorace ni dan semua ditanggung oleh company. Yang tu yang best tu.. Pekerja hanya perlu sediakan passport sahaja.
Imbas sikit sejarah Pulau Karimun..
Pulau Karimun pada masa lalu yaitu pada masa Kerajaan Riau-Lingga yang
berpusat di Pulau Penyengat merupakan sebuah wilayah dengan pusat
pemerintahan di Meral. Dengan demikian, bukan yang tampak seperti
sekarang ini dimana pusat pemerintahan berada di Tanjung Balai. Keadaan
ini merupakan perubahan struktur pemerintahan seiring dengan proses
sejarah yang berhubungan dengan kerajaan Riau-Lingga tersebut.Begitula sedikit sejarah yang dicopy dari sumber.
Berbalik pada citer kita, Geng Texchem Penang akan berkumpul kat Texchem Pack Penang dan geng Texchem (TXPM dan TXPO) area Prai akan kumpul kat kilang Fumakilla. Kilang fumakilla yang lebih dikenali dgn ubat nyamuk fumakilla tu pun sebenarnya under texchem group of company. Kalau tak silap Cik ina, kami geng utara dalam 2 biji bas.
Kami akan bergerak ke KL dan berkumpul di sana kerana acara akan bermula dari sana. Di sana ada lagi Texchem group of company yang lain dok tunggu.
Sesudah subuh kami semua berkumpul berhampiran Texchem-Pack KL. Rasanya dalam 6 biji bas semuanya dan akan bergerak ke Jeti Kukup, Johor.
Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di sepanjang perjalanan sehingga ke Pulau Karimun. Setelah mengharungi macam-macam aktiviti seperti teka-teki, cari barangan kat R&R, petang, dalam pukul 4 kami sampai ke Jeti Kukup.
Setelah menjalani pemeriksaan dan cop passport kami menaiki feri ke sana. Feri tu mcm feri ke Langkawi dari Penang jer. Setelah 1 jam perjalanan dari Jeti Kukup ke Pulau Karimun, akhirnya feri kami
berlabuh di Jeti Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia. Perjalanan 1
jam dari Kukup pkul 2 petang dan kami sampai di Tanjung Balai pukul 2 petang
juga.
Hrmmmm....macam mana tu ekk? Sebenarnya waktu Indonesia lewat 1
jam dari waktu kita di Indonesia. Tapi bila kita berada di Indonesia,
sebaiknya tak perlu melihat jam di Indonesia untuk menentukan waktu
Solat, kerana sama saja. Contohnya waktu Zohor kita di Malaysia pada
pukul lebih kurang 1ptg, tapi Zohor di Indonesia, pada kul 12tgh.
nak smpai dah |
Setelah sampai... perasaan cik ina terharu kerana melihat pekannya yang begitu sederhana tetapi mendamaikan serta tak de jammed....
dan bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang agak best berbanding masyarakat kat sini yang serba sederhana tapi jangan tak tau... ada jgk kereta honda jazz kesukaan cik ina... hehehe.
Kami dibawa terus ke tpt penginapan iaitu
Hotel Padi Mas dengan menaiki jip macam yg dalam gambar tu....
Hotel Padi Mas dengan menaiki jip macam yg dalam gambar tu....
Hotel tu rasanya satu-satunya hotel yang besar yang cik ina nmpak kat kawasan situ. Kalau ada yang lain cik ina tak pasti sbb tak nmpk kan...
Aktiviti disambung lagi sebelum check in. Selepas selesai aktiviti, tak sabar nak check in dan berehat kerana sepanjang hari aktiviti dan perjalanan yang baru terasa penat.
Cik ina dok kat tingkat 4 bersama kak meera. Dari penang hanya kami berdua adalah perempuan melayu terakhir.... lelaki melayu terakhir banyak la.
cik ina dan rakan txpm |
ni la wajah perempuan melayu terakhir ni... |
Malamnya plak upacara makam malam dan seterusnya penyampaian hadiah. Mcm tak caya jer group cik ina dapat no 3. hehehe kira hebat jgk la kan..
Dah kenyang... |
Dah hbs penyampaian hadiah rupanya masih awal, acara bebas tp tak tau nk pi mana sbb tak de tpt menarik untuk dikunjungi pada waktu mlm. Ada geng yang sewa teksi untuk ronda2 pulau.
Untuk isi masa, cik ina pakat dgn kak meera dan 2 org texchem KL untuk minum di gerai kat spg di depan jalan nk msk hotel.
Walau agak kepenatan tp tak salah rasanya ambik angin malam. nanti blh la tido nyenyak cikit kot... Kedai ni kira-kira 60 meter dari hotel. Jom try test teh jahe. First time minum. Punya la seksa nak hbskan..
Untuk isi masa, cik ina pakat dgn kak meera dan 2 org texchem KL untuk minum di gerai kat spg di depan jalan nk msk hotel.
Walau agak kepenatan tp tak salah rasanya ambik angin malam. nanti blh la tido nyenyak cikit kot... Kedai ni kira-kira 60 meter dari hotel. Jom try test teh jahe. First time minum. Punya la seksa nak hbskan..
Kawan baru dari Texchem -Pack KL |
Lps tu kami dibawa ke Pekan untuk membeli apa apa yang patut. Cik ina tak beli apa sangat pun. Maklumla pertama kali kira wang indonesia, jadi tak mahir sangat. Beli 2 helai baju je utk diri sendiri.
tu dia, borong sakan depa.. |
sumber : sini
dan : sini
***Sekarang mesti ada banyak perubahan.. Aktiviti ni masa 2007
Ehem ehem, rindu kat TXPO ke? :)
ReplyDeleteye la myra.. rindu kat hampa semua.. tambah geng kita....
ReplyDeletecantek2x.. leh g sana nanti.. thanks wujudkan entry nie..
ReplyDelete