Wednesday, April 18, 2012

Kenduri Sepupu | Kg Melayu Subang


Assalamualaikum....
dan 
Salam satu malaysia.....
First of all cik ina nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sepupu pertama Cik ina Ana yg dah mendirikan rumahtangga bersama pilihannya Rian. 


 Dah kawen sepupu cik ina nooo... Comel tak sepupu cik ina. Comel kan (harap ana tak baca entry ni,, nnti perasan plak dia)


Lokasi kenduri ni adalah kat Kg MElayu, Subang.. Maka dengan ini, Cik ina beserta family dari kedah kena la pi sana untuk memeriahkan keaadaan. 
Maklumla sepupu yang pertama kawen kalau dikira belah mak cik ina. Sebelum ni hanya adik-beradik Cik ina je yang kawen... (kecuali cik ina la kan).


Tarikh kendurinya adalah 10 march 2012... bersamaan hari Sabtu.. iaitu minggu pertama cuti penggal pertama. Maka sebab kedah dah cuti hari jumaat,, kami (3  biji kereta)iaitu cik ina dan anak2 sedara, abg cik ina dan isteri serta tok dgn cu, dan adik cik ina bersama isteri dan mak abah bergerak ke sana hari Jumaat yang mulia. 
Kami 3 beradik je yang dapat pi.. Lagi 2 beradik cik ina tak dapat pi atas sebab tertentu.

Kami berangkat pukul 8 pagi dan tiba pada kul 1.30 petang. Alhamdulillah,, selamat tiba ke destinasi setelah pusing2 kat pekan subang sbb cik ina pertama kali drive ke sana. B4 ni adik cik ina yg drive jadi hanya dia je yg tau jalan. 

Ketibaan kami disambut meriah oleh tuan rumah iaitu Pak Ngah cik ina dan family. Kan kami bawa ibu kesanyangan pak nagah.. mesti la kena sambut kan...
Turut sampai disana anak pak lang cik ina iaitu Najwa. Pak lang dan mak lang akan sampai esok dgn adik2nya


Upacara akad nikah lps asar. Jadi masa cik ina sampai pengantin tengah tunggu mak andam datang utk bersiap-siap. Cik ina pun bersiap apa yg patut la. Nasib baik bawa baju kurung lebih.

Upacara akad nikah sedang berlangsung
Selepas asar, upacara akad nikad dijalankan dan semua berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah...


 Lps tu upacara minum petang dan,,,, pengantin nk posing la... Turut memeriahkan keadaan adik-adik pengantin dan sepupunya iaitu kami la....




Kenduri ni berlangsung di dewan MBSA Kg MElayu Subang. Setelah bersiap seadanya bersama family, kami dari homestay yang telah disewakan khas untuk kami berangkat la ke sana utk tolong apa yang patut. Sbb kat dewan, maka less job la kan.



Lps tolong apa yang patut,, hanya tunggu acara makan je la kan. Tunggu apa lagi,, kita makan dulu la setelah semua telah dihdangkan. Menu kambing pun ada bagi peminat kambing.


sepupu-sepupuku dan ujung tu anak sedara


jemput makan semua

ambik berkat.....
 

my mom yang dah sihat



our family form kedah..... adik pengantin pun ada
 Kami (cik ina dan abg n family) ada kat sana sampai hari selasa. Pada pagi selasa after breakfast, kami bertolak balik ke Kedah negeri Jelapang padi...
Kami tiba di Kedah pada pukul 3 petang sebab bawa keta tak laju sangat. Maklum la drive sorang jer. Tapi alhamdulillah selamat sampai.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen