Monday, October 19, 2015

Tempat Makan Pagi / Breakfast Di Sungai Petani

Jom tengok tempat breakfast yang best di Sungai Petani

1. SARAPAN- WARONG LOT 10, TAMAN RIA 
 (Berdekatan Market Taman Ria, Sg.Petani)

Dekat simpang SP Utara yang ada Petronas tu. Kena masuk spg Petronas Tmn Ria.. and kona kanan. Br jumpa deretan gerai. Cari no 10. Antara menu yang ada masa entry ni ditulis (2015).....

-ROTI ARAB atau CAPATI dengan KUAH 
 (gulai sardin/dalca/daging & ikan)
-ROTI BAKAR (sapu plata & sekaya)
-TELUR SEPARUH MASAK
-NASI LEMAK

2. SARAPAN dan LUNCH TIME

KEDAI MAKAN POKOK CERI (Kena cari Hotel Swiss Inn, Sg.Petani. kedai ni lps hotel tu nnti akan jumpa. )



MENU SARAPAN

-ROTI CANAI
-ROTI JALA
-PEKNGA
-PAU
-NASI CAMPUR + PELBAGAI LAUK PAUK (sampai tghari)
-NASI LEMAK

3. DERETAN GERAI MAKAN DEPAN MASJID TAMAN RIA.

DAri Petronas taman ria.. terus sampai simpang 3. Ia terletak berhadapan masjid taman ria. Terdapat aneka jenis makanan utk sarapan seperti roti canai, nasi lemak, dan lain2.

4. Restoran Berkat

Terletak selepas stesen bas Pekan SP. Dekat tapak pasar tani... dulu Cik Ina suka p mln sana kalau p Pasar Tani.

5. Gerai Hujung Blok

Lps Restoran Berkat... kona kanan akan jumpa deretan gerai mkn pagi... dari situ blh nampak Bank rakya kerana ia terletak bersebelahan WS Craft lama tu... gerai ni ada byk pilihan dan yg berniaga pun org lama semua. 

6. Nasi Lemak Cinta Sayang

Nasi Lemak Cinta Sayang... Terletak sebelah NASMIR LAGENDA HEIGHT. Namanya diambil sempena Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani yang terletak berhampiran gerai asal nasi lemak ini. Kini kedai nasi lemak Cinta Sayang bukan saja mempunyai cawangan di Sungai Petani malah juga terdapat di Shah Alam.

Selain nasi lemak, gerai ini turut menawarkan juadah yang lain, akan tetapi tumpuan kita adalah kepada nasi lemak.


nasi lemak cinta sayang
Ni yang bersebelahan Nasmir. Gambar pinjam google

Ni dia rupanya
nasi lemak cinta sayang
Set nasi lemak


Harganya kat sini memang murah walaupun kita telah memilih lauk pauk yang pelbagai. Sambal nasi lemak di sini memang sedap dan untuk dinikmati dengan Lauk pauk kita boleh ceduk sendiri mengikut kuantiti yang kita kehendaki. Cadangan Cik Ina --- kena try sambal sotong keringnya yang “sangat marbeles”.

7. Nasi lemak mak cik pot pet (BLH LIHAT ENTRY CIK INA TENTANG NASI LEMAK FAV I NI)

Sambal mak cik ni sempoi je... 2 jenis je tapi marvelles...



Tapi bila time cuti sek ramai beli banyak bungkus. Tadi sebelum cik ina beli, org depan cik ina beli 11 bungkus.. Jadi sesiapa yang berhajat.. kena sabar banyak ye....dan jangan banyak tanya... Harga dulu 1.50 tapi sekarang dah rm2.00

Selamat mencuba.. dan mencari.  Sila share di komen jika ada tambahan tempat utk kita share

****************************************************************



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen