Tuesday, August 26, 2014

Debaran Terasa ....

Kali ni debaran terasa lagi .. Jeng jeng... tentu saspen je kan... 
Kalau kawan-kawan cik ina baca ni mesti kata debaran nak kawen ke cik ina ni.... 
???????
Sebenarnya debaran ni adalah kerana esok Cik ina akan menduduki peperiksaan buat kali ke 2. Apa tak nya.. kemarin baru nak belek soalan tahun-tahun lps... 


Nak tau periksa apa... tentula Peperiksaan Khas untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Tahun 2014. (KPSL). Sebenarnya tahun lps dah amik tapi lepas satu paper je iaitu bahagian 3001 A. Alhamdulillah.. So utk B dan C kali ni kena amik lagi sekali la... Blh refer jadual baru kat sini....

Doakan semoga cik ina blh buat dan kali ni berjaya ye .. Amin....
kalau  tak semua satu pun jadi la,,,,

Berdasarkan pengalaman lepas, masa nak exam baru nak cari buku,,, maka kali ni cik ina beli buku undang2 awai lagi. tapi x belek pun... Maklum la ada kenangan pahit masa amik paper undang2 tahun lps...

##############################
SEMOGA RAKAN LAIN (DAN CIK INA JUGA) YANG AMIK EXAM NI PUN BERJAYA MENJAWAB SOALAN DENGAN BETUL ... amin

#############################################

Tuesday, August 19, 2014

SOALAN KPSL N27 3001A 2009

Setelah di google,, jumpa soalan KPSL thn 2009. Mmg target cik ina nak kumpul soalan supaya cik ina dan sesiapa yang mengambil exam senang nak cari contoh soalan dan jawapan.. Kekadang soalannya berulang tau....
Jom tengok soalannya...









*********************************************************************************
Buat  kengkawan yang mengambil exam,, selamat menjawab dan didoakan semoga berjaya. 
Doakan Cik ina juga berjaya lulus.. Aminnn
*********************************************************************************

Nak contoh soalan... Meh kita tgk
LIHAT --- Soalan 3001A tahun 2009
LIHAT --- Soalan 3001 A tahun 2012 
LIHAT ---SOALAN 3001 A TAHUN 2013
LIIHAT --- SOALAN 3001c TAHUN 2013
*********************************************************************************

Monday, August 18, 2014

SOALAN KPSL N27 3001 C 2013

jom tengok contoh soalannya....









*********************************************************************************
Buat  kengkawan yang mengambil exam,, selamat menjawab dan didoakan semoga berjaya. 
Doakan Cik ina juga berjaya lulus.. Aminnn
*********************************************************************************

Nak contoh soalan... Meh kita tgk
LIHAT --- Soalan 3001A tahun 2009
LIHAT --- Soalan 3001 A tahun 2012 
LIHAT ---SOALAN 3001 A TAHUN 2013
LIIHAT --- SOALAN 3001c TAHUN 2013
*********************************************************************************

SOALAN KPSL N27 2013 3001A

JOM TGK SOALANNYA...










*******************************************************************************
SELAMAT MENJAWAB.....

Buat  kengkawan yang mengambil exam,, selamat menjawab dan didoakan semoga berjaya. 
Doakan Cik ina juga berjaya lulus.. Aminnn
*********************************************************************************

Nak contoh soalan... Meh kita tgk
LIHAT --- Soalan 3001A tahun 2009
LIHAT --- Soalan 3001 A tahun 2012 

LIHAT ---SOALAN 3001 A TAHUN 2013
LIIHAT --- SOALAN 3001c TAHUN 2013


*******************************************************************************

Tuesday, August 5, 2014

Soalan KPSL N27 3001A 2012

Assalamualaikum Semua

Peperiksaan Khas untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai TAdbir Gred N27 pada tahun ini dijadualkan PADA : 

Ada semua 3 bahagian... 

Bahagian 1   - 3001 A 
Bahagian II  - 3001 B
Bahagian III - 3001 C

*******************************************************************************
(Sumber SINI - TQ kak Fauziah sbb share)

SOALAN KPSL (BAHAGIAN 1 : KOD 3001A)

Soalan-soalan berbentuk esei (masa 3 jam)

Ada 8 soalan, jawab 5 soalan sahaja.

Soalan 1
a) Semasa menghadari majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik Kamal telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadari diri. Selepas membukanya, Encik Kamal mendapati ianya satuhadiah yang cukup bernilai. Jelaskan dari segi peraturan sedia ada mengenai syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Kamal?
                         
                                                                (5 markah)
Jawapan soalan 1 a

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan,sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.

(2) Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawaiitu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempenan persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.
Rujukan : Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian II Tatakelakuan - 8 ( 1-2)


Soalan 1


b) Puan Amanina, seorang Pembantu Penguatkuasa di sebuah jabatan dilihat menggara taraf hidup melebihi daripada emolument atau pendapatannya. Mengikut peraturan sedia ada, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ketua jabatan? (10 markah)

c) Cik Alia, Pegawai tadbir N41 di Jabatan Kimia telah diarah oleh
Ketua Jabatannya unutk membuat laporan mengenai satu kes keracunan seperti dilaporkan dalam akhbar tempatan. Bagi memastikan laporan yang dibuat adalah berdasarkan fakta sebenar, beliau bertolak dari pejabat pada jam 8.00 pagi dengan kenderaan sendiri ke tempat kejadian yang jaraknya30 kilometer daripada pejabat dan pulang semula ke pejabat pada jam 6.00 petang.

Dalam kes ini, apakah elaun-elaun yang layak dituntut oleh Cik Alia? 

Jelaskan.                                                                                          (5 markah)

Soalan 2
a) Encik Ghani, seorang pegawai di sebuah jabatan telah disabitkan oleh makamah dengan tuduhan rasuah ke atasnya. Walau bagaimanapun, beliau telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.
Jelaskan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadapnya dan pihak yang boleh mengambil tindakan tersebut. (6 markah)

Bilakah tempoh tindakan berkenaan bermula, dan kesanya dalam tempoh tersebut? (8 markah)

b) Dalam satu operasi pencegahan dadah yang dijalankan oleh sepasukan polis di suatu penempatan, dua(2)orang pegawai awam telah termasuk dalam tangkapan yang dibuat. Setelah dikenal pasti, seorang terlibat sebagai penagih dan seorang lagi sebagai pengedar.

Mengikut peraturan tatatertib yang berkuat kuasa, apakah tindakan yang boleh diambil kepada seseorang pegawai awam yang telah disahkan sebagai penagih? (6 markah)

Soalan 3

a) i. Encik Halim, seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 masih belum disahkan dalam perkhidmatan walaupun tempoh percubaannya akan berakhir pada 30 Julai 2012. Ketua Jabatan beliau bercadang memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Nyatakan maklumat yang perlu dikemukan dalam permohonan pelanjutan tempoh percubaan dan bilakan tarikh pengesahan yang boleh diberikan kepada beliau? 

(6 markah)

Jawapan soalan 3 a i.
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan itu dalam boring yg dinyatkan dalam jadual ke empat, dengan menyatakan
a) sebab pegawai itu di tidak disahkan,b) syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi atau tidak, dan jika patut diberi,c) maklumat perkhidmatan pegawai yg dikemaskini dand) senarai peperiksaan, jika da yang dipohon telah diduduki oleh pegawi itu, tarikh dan keputusannya.
Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegewai yg telah Berjaya menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau yg dilanjutkan adalah pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat yg ditetapkan.
(Perintah Am Bab A Bahagian V - 28 dan 29)


Soalan 3

ii. Sekiranya Encik Halim dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda, apakah kesannya ke atas perkhidmatan beliau? (4 markah)

Jawapan soalan 3 ii
Seseorang pegawai yg tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda ia akan:
a) hilang kekanannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh perlanjutan itu.b) Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan samasa dengan tempoh perlanjutan itu.c) Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannya berkuatkuasa.
(Perintah Am Bab A - 30)

b) Seseorang pegawai awam adalah berkelayakan untuk mendapatkan imbuhan /bayaran
apabila menghadari kursus. Mengikut pekeliling yang digunakan sekarang jelaskan peruntukan yang ditetapkan berdasarkan situasi berikut. Encik Sudin yang bertugas di Johor mengikuti kursus di peringkat diploma selama enam (6) bulan di Langkawi. Huraikan elaun dan kemudahan yang layak dituntut oleh beliau. (10 markah)

Soalan 4

a) i. Puan Ferra, seorang Jururawat di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Selangor telah
dipilih sebagai jurulatih bola jarring bagi persediaan pasukan Selangor menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. Untuk tujuan latihan di luar negeri Selangor, beliau terpaksa berjuti.

Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.

(6 markah)

ii. Doktor Vanessa, seorang ahli Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) ingin menghadari mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan?
Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya. (4 markah)


b) Puan Nooraini, telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Amri yang akan menunaikan fardu haji selama 40 hari. Ini kali pertama Puan Nooraini menjalankan tugas tersebut.

i. Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Nooraini dan syarat bagi mendapatkan elaun tersebut. (5 markah)

ii. Pada hari ke-15 menjalankan tugas, Puan Nooraini dipanggil temuduga kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut? Berikan alasan anda.

(5 markah)

BAHAGIAN I (SOALAN 5 [a])


(a) Di kaunter pembayaran saman Polis Di Raja Malaysia, seorang pelanggan bertanya sama ada pembayaran terhadap berikut.
i. Apakah prosedur yang teratur untuk menerima cek sebagai bayaran? (5 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 60[i], AP 76)

Muka Surat : 292 , 298

Jawapan :


Pemungut boleh menurut budi bicaranya, menerima cek sebagai bayaran. Semua cek hendaklah dibuat untk dibayar kepada jabatan yang berkenaan atau Akauntan Negara atau Akauntan Negeri / Bendahari Negeri mengikut mana yang berkenaan dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”. Nombor siri mana-mana cek yang diterima, mestilah dicatat pada Resit Rasmi yang dikeluarkan.

Resit Rasmi secara manual atau elektronik mestilah dikeluarkan sebagai akuan terima wang yang dibayar kepada seseorang pegawai awam. Resit Rasmi mesti dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika seseorang hadir sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya.



ii. Bagaimanakah pula tindakan jika didapati cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank? (5 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab A : Tatacara Kewangan (AP 76 [b]) 
Muka Surat : 298

Jawapan :


Tindakan yang perlu diambil sekiranya cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank ialah Pemungut bertanggungjawab untuk mendapatkan amaun gantian cek itu mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Semua Pejabat Pemungut hendaklah menyelenggara satu Daftar Cek Tak Laku dan bertanggungjawab menghubungi pembayar / pengeluar cek untuk membatal resit asal dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutip amaun yang tertunggak.

Pemungut hendaklah menyediakan tunggakan hasil dan melaporkannya kepada Pegawai Pengawal. Pelarasan perlu ditunjukkan di dalam Buku Tunai atau Buku Tunai Elektronik apabila cek tersebut diketahui tidak laku.


a) Di kaunter pembayaran saman Polis Di Raja Malaysia, seorang pelangan bertanya sama ada pembayaran boleh dibuat dengan cek. Sila beri penjelasan terhadap perkara berikut.

i. Apakah prosedur yang teratur unutk menerima cek sebagai bayaran? (5 markah)

ii. Bagaimanakah pula tindakan jjika didapati cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank?  (5 markah)


b) Jabatan anda telah membuat perolehan bagi ‘Perkhidmatan Pembersihan BangunanPentadbiran Jabatan Angkasa’ secara sebut harga. Jawatankuasa Sebut Harga telah bersidang dan membuat pertimbangan ke atas sebut harga berkenaan. Maklumat perolehan sebut harga berkenaan adalah seperti berikut:


Sebut harga bagi
‘Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa’

Tarikh pelawaan              9 Februari 2012 (Khamis)
Tarikh tutup                     17 Feburari 2012 Z(Jumaat)
Waktu tutup                    12.00 tengahari
Tarikh peri tup                 20 Februari 2012 (Isnis)
tawaran ditutup

Harga dokumen             RM55 bagi satu dokumen
Sebut harga

Tempoh sah laku            85 hari
Syarat pendaftaran        BerDaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan 
                                ATAU berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di dalam kelas F bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan

Bilangan syarikat yang           10 syarikat (1 daripada penyebut harga menghantar dokumen
harga mengemukakan             tawaran pada pukul 12.10 tengah hari)
tawaran
                                                               
Bilangan syarikat                  10 syarikat
Yang
Dipertimbangkan

Tarikh                                  28 Mei 2012
Jawatankuasa
Sebut Harga
Bersidang

Tarikh Surat                         31 Mei 2012
Setuju Terima

Ketua Audit di Jabatan anda telah membuat teguran mengenai perolehan yang tidak mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa. Ketua Jabatan anda telah mengarahkan anda untuk meneliti perolehan bagi sebutharga “Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa” berkenaan.
Nyatakan perkara yang tidak mengikut peraturan Kerajaan yang berkuat kuasa. (10 markah)

Arahan Perbendaharaan
Bab B : Tatacara Perakaunan (Bahagian III - Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan 

Kerja)
Muka Surat : 334 - 357


Soalan 6

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat perolehan peralatan pejabat pada 20 Disember2011.

Peralatan pelabat tersebut telah diterima oleh pihak JKR pada 5 Januari 2012. Tempoh Akuan Kena Bayar bagi tahun 2011 adalah sehingga 16 Januari 2012 dan pihak pembekal hanya membuat tuntutan pembayaran pada 20 Januari 2012.

a) Dalam kes ini, kenal pasti isu yang berbangkit. (5 markah)

b) Jelaskan, bagaimana pembayaran boleh dilakukan dan apakah syarat yang membolehkan pembayaran dibuat? ( 10 markah)

c) Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada
berlaku. (5 markah)

Soalan 7

Pelupusan hendaklah dilaksanakan ke ataas stok yang didapati rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan selepas pengiraan stok, pemeriksaan stok atau verifikasi stor. Pelupusan stok hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun terdapat agensi Kerajaan yang melupuskan stok tanpa merujuk kepada jawatankuasa yang berkaitan. Disamping itu terdapat juga peraturan yangmembenarkan Pelupusan Stok Benilai Rendah.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pelupusan Stok Bernilai Rendah?    (4 markah)

b) Jelaskan tatacara Pelupusan Stok Bernikai Rendah.      (8 markah)

c) Setelah dibuat pemberifikasi stok, didapati kekurangan yang bernilai rendah. Apakah yang dimaksudkan Kekurangan Stok Bernilai Rendah dan apakah tindakan bagi memastikan tatacara pengurusan stor dipatuhi sepenuhnya.      (8 markah)


BAHAGIAN I (SOALAN 8a)


(a) Pegawai Stor yang bertanggungjawab hendaklah memastikan semua stok yang     
      diterima direkodkan menggunakan kad yang telah ditetapkan.

      Jelaskan tatacara merekod stok bagi Stor Utama. (10 markah)

Tatacara Pengurusan Stok Kerajaan
Bab B : Merekod Stok
Muka Surat : 644-648

Jawapan :

Tatacara Merekod Stok
Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok.

Tatacara merekod stok ialah :

Pertama, setiap penerimaan direkodkan dengan pen dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam atau biru di Kad Kawalan Stok dan Kad Petak.

Kedua, semua Kad Kawalan Stok dan Kad Petak hendaklah dikemaskini setiap kali transaksi penerimaan dan pengeluaran

Ketiga, satu Kad Kawalan Stok dan Kad Petak digunakan untuk merekod satu item stok dengan mengikut nombor kad yang berturutan


Keempat, senarai Daftar Kawalan Stok KEW.PS-5 hendahlah disediakan


Kelima, pindaan atau pemadaman pada rekod tidak dibenarkan. sekiranya apa-apa pembetulan diperlukan, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi iaitu angka asal hendaklah digaris dengan satu garisan sahaja, angak yang betul ditulis dibahagian atas angka asal dan pembetulan ditandangan ringkas oleh Pegawai Stor.


Sekiranya penggunaan rekod melalui Sistem Elektronik, sistem merekod / melapor secara elektronik hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu format yang sama hendaklah diguna pakai dan dikemaskini dan dicetak dari semasa ke semasa.


b)Huraikan bagaimana Verifikasi Stor dijalankan di tempat anda? (10 markah)
Tatacara Pengurusan Stok Kerajaan
Bab B : Merekod Stok
Muka Surat : 672-674


Jawapan :Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.Pemeriksaan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Pengiraan Stok, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi Stok.

Verifikasi stor hendaklah dilaksanakan selepas pemeriksaan stor oleh Pegawai Pemeriksa di Stor Pusat dan Stor Utama sekurang-kurangnya satu tahun sekali sebelum berakhir 31 Disember. Tujuan verifikasi stor adalah seperti :

Pertama, mengesahkan ketepatan rekod-rekod dan stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok.Kedua, memastikan pelarasan stok diambil tindakan.Ketiga, memastikan stok lebih atau usang atau tidak boleh guna tau rosak atau tidak bergerak atau hampir luput tempoh penggunaan diambil tindakan pelupusan.Keempat, memastikan stok kurang atau susut disebabkan dipotong, ditimbang, dibancuh, bocor, sejat atau seumpamanya diambil tindakan hapus kira.Kelima, melengkapkan semua butiran maklumat dan mengesahkan KEW.PS-14.Keenam, melaporkan pengurusan stor secara keseluruhan iaitu organisasi stor, kawalan stok, penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pengiraan / pemeriksaan / verifikasi, keselamatan / kebersihan, pelupusan, kehilangan / hapus kira dan nilai stok dengan menggunakan Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor KEW.PS-15.


NAK COPY.... JGN RISAU...DOWNLOAD DISINI SOALANNYA

Jom Buat Delivery Kuih

Ermmm masa b4 pose dulu Cik Ina ada citer nak juai kuih raya kan.. Dan memang Cik ina try la juai... Sekadar mencuba nasib dan Sebab confiden dgn kuih tu... dah cuba try dah.. Sedap dan menarik..
Nak tau apa sambutannya???
|
|
\/
Alhamdulillah,, agak mendapat sambutan juga,, 
Almaklumla pertama kali juai kat sekolah..
Kuih ni Cik ina amik kat 2 Tuan... 
Ha,, cer try teka,,, Agak2 berapa terjuai... 

JAWAPAN.....total tu dlm 30+ balang kuih yang bersamaan sebalang standard 50 pcs....

Ni kuih dari tuan pertama.....


****************************************************************************
*oleh kerana semua semangat nak raya,, maka ada seorang rakan cik ina x sempat delivery b4 raya.. selepas rayabaru cik ina htr sebab dah blk kg awal////

SELAMAT HARI RAYA....


Peperiksaan KPSL 2014

Assalamualaikum Semua

Tetiba Cik ina terfikir, rasanya dah daftar untuk exam KPSL... Bila check rupanya dah x lama. Buku Undang2 umum x cari lagi. Dah la tahun lepas x lulus sebabnya... LIHAT SINI. Maka tahun ni haruslah buat persediaan..x nak jadi mcm thn lepas.. dah la first time exam... nak pinjam ke nak beli.. rasanya better kita p beli.. Jom p MPH... Zaaassss

LAgi satu,  Cik ina terasa nak sertakan soalan KPSL tahun lps sbb nak bg panduan kepada sesiapa yang first time mcm cik ina thn lps..Ye la kan,, sebab tahun lepas masa Cik ina nak p exam, fikiran bercelaru dan cik ina tak tau nak buat apa. Pastu Cik ina hanya refer contoh soalan ni je untuk mendapatkan gambaran jelas. 

FYI, tahun ni ada sekali je exam tu.. Jadi sesiapa yang nak p exam tu bolehla refer SINI untuk panduan dan gambaran macam mana soalannya... Peperiksaan Khas untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 pada tahun ini dijadualkan PADA : lihat JADUAL

Ada semua 3 bahagian... 

Bahagian 1   - 3001 A ------> dah lulus... yeayyyy
Bahagian II  - 3001 B
Bahagian III - 3001 C

buku rujukan yang dibawa masuk
copy dari google

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Baru hari ini Cik ina berpeluang nak menulis.. Mood raya dan juga at last day cuti cik ina demam dan selsema...

Jadi... Rasanya tidak telewat untuk Cik Ina nak wish 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf kiranya terdapat sebarang kesilapan.. 
Harap dimaafi.. 
untuk semua kengkawan blogger semua.. 

Walaupun tidak bersua muka tetapi di alam maya ini kita semua sahabat..


Maafkan sekiranya ada tersilap tulis or tersalah faham dlm apa yang Cik ina sajikan sebelum atau selepas ni utk semua....