Showing posts with label sTORY... Show all posts
Showing posts with label sTORY... Show all posts

Sunday, November 9, 2014

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum geng semua...


Akhirnya,, my best friend iaitu Kim nama glamernya...dah menamatkan zaman solonya, setelah melalui pelbagai liku-liku hidup.. Tinggal 3 orang lagi iaitu, Cik Zarina, Cik Siti Fazilah dan sorang lagi Cik Ina yang belum berpunya... Yang tu kita serahkan kepada Allah. Kalau u olls tanya kenapa.. jawapannya x de.. 

Back to my story...Maka pada hari Sabtu lps Cik ina sampai ke Kg Tanjung Batu, Pekan Pahang untuk menghadiri majlis tersebut. First time ke Pahang ni... Nasib baik ada senior Polimas Cik Ina berbesar hati ajak CIk ina join dia pi kenduri. Kalau tak de abg F tak mungkin Cik ina dapat menjejak kaki ke sana... Thanks abg f dan isteri dan anak2 yang sudi ajak berkongsi kereta mereka.... 

Perjalanan pagi setelah breakfast di Kiosk Bikers Cafe kepunyaan abg f di putrajaya terasa amatla jauh. Kami bertolak pulul 9.45 pagi dan selamat sampai ke rumah Kim pukul 2 lebih... 

Setelah tiba di rumahnya- sebab tak pernah sampai lagi, kami pun mencari wajah pengantin untuk pastikan x sila rumahkan... Haaa tu dia Kim..maka betulla ni rumahnya. 





Setelah berjumpa... tetiba Cik ina terasa sedih la plak... mugkin kerana berjaya sampai ke rumah Kim... dan tumpang gumbira sebab kawan baik dah bertemu jodohnya... 





Setelah reda sedih dan bersalaman dgn pengantin, kami pun terus ke meja makan. Maklum la perjalanan yang panjang maka perut pun terasa lapar. Lagipun pengantin kelihatan sibuk jer.




 Kemudian barulah kami ajak pengantin bergambar. Layannn







 Seisi bergambar dengan pengantin....



X SAH KALAU X SELFIE DULU KAN...
Masa amatla menemburui kami... Sat je dah nak petang. Jadi kami terpaksa beransur pulang. 

TAHNIAH MY DEAR FRIEND. SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN KEKAL SAMPAI KE JANNAH. 
AAMIIN....
**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Thursday, October 23, 2014

Ulangtahun Kelahiranku - Oktober

Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah.. Allah masih lagi beri peluang untuk Cik Ina bernafas di muka bumi ini... Dah lama Cik ina nak share, tapi masa sangat pantas berlalu.. SEDAR x sedar dah 23 hari dah berlalu sejak Hari Ulangtahun kelahiran Cik ina yang ke..... jeng jeng... cer teka.. cer teka...



Cik ina x nak berahsia sangat pun... JAWAPAN.... Besdey Cik ina yang ke 35. Huhuhu dah lebih byk dari 1/4 abad kan...


Apa azam tahun ni ekk.. Selaras dengan bertambahnya usiaku ini.. Azam yang dah berbuih-buih mulut dok sebut- nak kurus la kan (tapi x kurus juga) makin byk makan ada la.. tapi deep inside my heart --- >Azam CiK ina hanya nak perbaiki segala kekurangan diri dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa... lebih baik dari semua aspek dan menjadi anak yang solehah... Mudah-mudahan azam ni selari dengan perbuatan Cik Ina,,, Aaminn. 

Apapun yang terjadi,, Cik ina bersyukur kerana masih lagi bernafas (touching la plak), walaupun Cik ina masih single lagi, (doakan moga ada jodoh ye). Cik ina juga sangat2 bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan berada di kalangan rakan-rakan yang memahami serta persekitaran kerja yang bagus... Allah maha adil lagi mengetahui kan...



Tapi sejak pertambahan usia tahun ni.. sedih member bgtau dapat hadiah yang Toj Jib bagi iaitu minyak naik 2kupang seliter... Huhuhu Namun Cik ina terharu kerana rakan2 sejawatan cik ina sudi buat kenduri... Depa belanja makan kt SP... Thanks u olls... 


Cik ina juga menantikan hadiah tertangguh dari jauh ni... 
Mana la hadiahnya x sampai2 lagi (jangan tak sampai dah le)....  Nk tau hadiah apa... Nnti sampai kita tgk ye..


Sunday, March 30, 2014

Gunung Jerai Terbakar??

Cik ina terasa sedih sebab gunung jerai yang menjadi kebanggaan cik ina terbakar. Maybe semua sudah tahu tapi Cik ina tetap nak update juga. Untuk pengetahuan semua, Gunung Jerai ni teletak berdekatan dengan rumah Cik Ina je. Dalam 3km dan kalau keluar dari pintu depan, pandang kiri je akan nampak gunung yang damai menghijau tu. 

Menurut PAPER SINAR, kebakaran pertama berlaku pada 12 Mac lalu, yang melibatkan kawasan seluas 10 hektar. Kemudian pada 23 Mac 2014, beberapa kawasan di Gunung Jerai, dilaporkan terbakar lagi pada waktu pagi di dalam kawasan hutan pula. Beliau berkata, seramai tujuh anggota bomba dan enam pegawai perhutanan membantu memadam kebakaran tersebut. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke lokasi kejadian dan juga mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran itu kerana keadaan di lokasi curam. 

Menurut PAPER METRO sebelum ini pemadaman kebakaran dilakukan melalui laluan darat, bagaimanapun mengalami kesukaran disebabkan faktor kawasan berkenaan yang bercerun dan berbatu. Hasil tinjauan yang dilakukan selama dua hari selepas kejadian mendapati api sudah merebak hampir ke keseluruhan kawasan hutan simpan itu menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan laluan udara untuk memadam kebakaran. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria terpaksa meminta bantuan daripada Unit Udara APMM yang berpangkalan di Subang, Selangor untuk melakukan kerja memadam melalui udara. Operasi bermula kira-kira jam 11 pagi Jumaat dan berakhir pada jam 5.30 petang. 




Menurut METRO ONLINE lagi, Pesawat Bombadier milik Unit Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terpaksa membuat 24 pusingan untuk memadamkan kebakaran di kawasan seluas kira-kira 15 hektar di Hutan Simpan Gunung Jerai yang terbakar sejak Ahad lalu (ketika cik ina tulis ni).. Pesawat berkenaan mampu mengangkut air dengan kapasiti 6,000 liter dari kawasan laut di sekitar Yan dalam usaha memadam kebakaran itu. Walau bagaimanapun, pemeriksaan semula akan dibuat pada hari Ahad (30.3.2014), bagi memastikan api sudah padam sepenuhnya di kawasan itu dan akan mendapatkan bantuan pesawat sama jika terdapat kebakaran baru. 

Tapi sekarang ni cik ina  pasti kebakaran itu sudah padam kerana petang SABTU, 29.3.2014 hujan turun dengan lebat sampai pukul 9.00 mlm. Yang lebat tu area rumah cik ina tapi sebab tak jauh dan abah cik ina baru bali dari kaki gunung kata ujan, maka jwpnnya ALHAMDULILLAH.. Segala puji bagi Allah.. 



Sunday, March 23, 2014

Bali... jalan2 mlm sekitar hotel day 2

Assalamualaikum....

Cik ina nak sambung ceritera kisah ronda2 plak. Kan tadi kami melawat pantai yg sungguh indah.. bukit yg berada di tp laut yg cantik.. patung yg beso.. semuanya di bumi Bali hampir seharian.. ni merupakan malam pertama kami di sini. Semlm dah sampai hampir tgh mlm jadi x sempat tgk apa apa pun,, so.. mlm ni br blh ronda ronda. Nasib baik kami sampai agak awal di hotel jadi sempat solat jamak magrib isyak.

So cik ina dan cik sherrie dijemput oleh En Lah utk lihat2 kwsn sekitar.. tggu lagi.. ni peluang kan kalau kami dua maybe agak bahaya di tempat org.. Tepat jam 9 mlm (kat Bali tak leh sebut pukul 9. Kena sebut Jam 9. Nnti depa faham lain) kami turun utk mengikut En.Lah ronda ronda. Kebetulan cik lah ada kenalan kt sini tp masa yg kami janji blm sampai. Ronda la dulu. Pastu bgegas blk semula kt dpn hotel sbb janji nk jmpa kt situ. 

Sementara tggu org Bali sampai pose dulu...
Tggu sat dia pun sampai dgn mnaiki speda motor.. ermm cntik jg ye motor kt sini. Pinjam posing jap blh tak.. hehehe.. 


Ni la org yg ditunggu.. En Dzikir...

Oleh kerana jmpa dpn dpn hotel maka haruslah cr port nk sembang kan. Kami ni tukang ikut dan tgk je la.  Dlm nk jejalan pi cr port minum.. muncul ahli rombongan kami lg 2 org. so jom join sekali. 


Meriah la ckit. Jalan jalan terus, kona ckit, lintas jalan nmpkla gerai ala ala food court la kalau kt sini. Sebelum tu biasala jumpa byk kedai tapi gerai or kedai tp kedainya adalah kedai bxbi guling..

So.. nmpk gerai muslim ada di situ.. kami pun masukla. Kat sini kena hati hati bab mkn sbb majoriti kan beragama hindu. Islam minoriti je. Jadi blh bajet la gerai mkn muslim byk mana kan...


Cik ina n sherrie x mkn just minum teh botol je. Yg lain mkn nasi goreng. Rasa ckit, sedap jg. Jangan tak tau, kat sini juga ada nasi goreng pataya.. Sbbnya adalah tukang masak situ pernah kerja di Malaysia 5 tahun dan balik buka gerai kat Bali,, So, dia reti la masak nasi goreng pataya tu.. 

Sembang smpai x sedar mlm makim larut.. maka kena blk beradu.Esok ada lg acara yg lebih menarik. Nk p kintamani... so.. kena blk tido cpt ni...

Tak sabar nak visit pelbagai tempat yang cantik lagi esok... Jom tidoo.

****************************************************************

*********************************************************************************

*********************************************************************************

Wednesday, September 26, 2012

Program Mad Markets TV9




Best jugak rancangan ni.. Inilah yang bermain difikiran Cik ina buat pertama kali menonton rancangan yang disiarkan di TV9 yang diberi nama -Mad Markets yang ke udara pada setiap hari Rabu jam 10.30mlm. 

Mungkin pada pandangan orang lain tak berapa best tetapi bagi Cik Ina, mmg best sebabnya cik ina ni kaki berjalan.. maksudnya suka mengunjungi tempat orang. Walaupun tak kaki shopping kerana sumber kewangan yang tak berpa jenuh tetapi memang kena dengan jiwa cik ina. 

Malam ni cik ina berpeluang tengak rancangan ni sekali lagi. Kali ni kat Sarawak. Best juga...

Berbalik pd rancangan ni...Rancangan ni menunjukkan tempat shoping yg best , apa yg special untuk shopping kat situ dgn harga yang berpatutan.. Maka pada kaki2 shopping ni blh menambahkan lg dlm list anda tmpt2 yg perlu dikunjungi bila ke singgah ke situ... 

Memang bila kita melihat pada masa sekarang kita tidak ambik port tetapi bila tiba masa tetiba je kita kena ke sana mungkin apa yang kita lihat sekarang akan menjadi panduan kita nanti.. Sapa tau kan..

Dalam rancangan ni juga, selain tempat shoping Hanis Zalika pun akan tunjuk kan tmpt makan yg best yg ada kat tmpt2 tu...Yg best, setiap episod akan ada rakan yg akan rekemenkan Hanis shopping dan tempat makan yang sempoi  tu...

Yang cik ina baca.. bkn dlm M'sia jer tau cik Hanis ni bershopping...luar dr M'sia pon ade gak...bershopping ke Singapore, Jakarta...byk gak tmpt2 shopping yg murah2 dkt sana...


For further info,, jom terjah website ni

Thursday, October 13, 2011

Kereta Antik

Salam Semua,, Good Night.... 
Bunyi mcm nk tido plak kan...

Sebenarnya cik ina nak share sesuatu yang jarang dilihat... 
Nk tau apa.... 

Citernya bermula begini.. masa on the way dari Bujang nk ke Sp... tetiba kat trafic light Bujang, Cik Ina terlihat sesuatu yg antik,, yg lama tak tgk... iskk betoi ke lama tak tgk,, rasanya tak pernah tgk kot.. dok tgk dlm TV masa zaman PRAMLEE jer rasanya... 
Cik Ina rasa, kalau ada zaman sekarang pun rasanya bukan kat atas jalan raya.. dah tersadai tp jalan... ni dia bergerak seiringan dgn keta cik ina... tabik la kat tuan keta ni,,, sebab jaga keta ni sampai sekarang masih blh guna...
Sempat la jgk Cik ina snap sekeping.. Niat dihati nak snap byk tp lampu dah ijau.... huhuhuhu tak sempat...

Friday, May 20, 2011

Rumah Sewa Punya Citer

Salam kepada semua.....


Cik ina nak kongsi satu citer yg agak menarik...... Hampa semua pernah dok rumah sewa tak... mesti pernah kan,, terutama kepada orang yang keje jauh or student IPT. Cik ina byk kali dok rmh sewa.. bermacam perangai, bermacam ragam dah jumpa..... Cik ina start dok rmh sewa masa kat poli dulu la... rasanya tahun 1998... sampai la sekarang.... lama jgk no... daripada taman aman,, dekat dengan ILP jitra nun jauh di utara sampai la tercampak kat satu lembah yang diberi nama Lembah Bujang.
Masa kat Poli, kengkawan sebaya, dan jgk sama2 belajar,, jadi kami semua ok jer.. tak de kes apa pun.... Masa keje dulu ada la tahun 2004 kot ada kes kena tipu ckit,, dgn budak baru yang tak kenai,,,, hbs satu rumah kami kena  tipu... Sorang dalam RM50... kalau 5 orang,,,, blh lari pi ke lain dah budak tu...


Apa pun,,, yang menarik yang cik ina nak kongsi ni adalah pasai rakan serumah sewa kawan cik ina.. baru2 ni cik ina pi la melawat kawan cik ina... lama tak melawat... Kami pernah dok serumah dulu.. tp oleh kerana kekangan tugas yang tak blh dok sekali maka kami pun sewa ikut dekat tpt keje... Berbalik kepada rumah tadi,, dulu pi rmh depa ok jer.... Kawan cik ina ni pemallu ckit,, dia ni tak berapa bergaul sangat dgn rakan serumah dia sbb pi keje pagi,, kul 8 baru balik... balik plak lps mandi, solat n badan pun dah letih terus tido.. Ujung minggu plak, lps hbs keje terus balik kg,,, Kalau ada geng ajak makan dia keluar,, kalau tak de dia tak keluar,, dok dlm bilik diam2. Sampai kandia ni tv kat dpn pintu bilik dia pun dia tak keluar tgk.. Makna kata(org kedah punya ayat). keluar bilik pi tandas dan keje je la. Kawan cik ina ni dok dua dengan sorang lagi,, pun style macam dia jgk... maklum la ,, masing bz,,, biasa la keje sektor perkilangan ni.... Cik ina dah pernah alami dah.


Satu hari ada dua org baru masuk kat bilik sebelah dia... Depa ni keje sekali.. dok pun sebilik.... jadi nak buat apa pun berdua.. bila da h berdua,, maka depa rajin la tgk tv, masak makan.. nk jadi cerita plak sorang ni org jauh,, kat area selangor,, ada la penunggu sorang bila semua balik kampung....
Bila dia ni tak balik, maka dia sorang je la yg akan masak, basuh baju, lepak  kat rumah,, Bila kawan  baik balik dari kampung, maka depa dua la akan meng kongker semua kawasan ruang tv dan ruang dapur kannn...



Satu hari yang indah, setibannya kawan cik ina dari tpt keje, dia terlihat satu kertas color oren lagi,, pap melekat kat dinding dekat dgn tv.... terkezut dia... dengan ayat yg ditulis...   Dah depa dua je yg dok lepak kat situ,, yg lagi dua ckp hari je  balik kg... maka rasanya ayat ni ditujukan kat sapa...










Bila kawan cik ina pi ke dapur plak,,, terlihat lagi satu plak,,,, Bukan la kawaan cik ina ni pemalas tp dia ni tak masuk dapur pun, dah balik lewat pastu makan luar,, bila taun nk masak... Sampah kawan cik ina ni pun hanya dalam bilik.. dia akan buang bila balik kampung sekali...  Jadi,, apa plak motif yg nak disampaikan oleh si penulis kertas ni...


Hehehe.. tujuan cik ina bukan nak sebelahkan mana2 pihak or nk tuduh sesapa cuma rasa lawak la....


Persoalan nya,, siapa yang makan, siapa yang guna peralatan dapur...





Ni dia dapur depa,,, mug pn tak terbasuh...


Apa pun moral of the story, janganlah kita buat macam ni.. bertegur sapa dan berbincanglah elok2.... dan renung2kan,,,,,,

Cik ina undur diri  dulu.............................................