Thursday, October 23, 2014

Ulangtahun Kelahiranku - Oktober

Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah.. Allah masih lagi beri peluang untuk Cik Ina bernafas di muka bumi ini... Dah lama Cik ina nak share, tapi masa sangat pantas berlalu.. SEDAR x sedar dah 23 hari dah berlalu sejak Hari Ulangtahun kelahiran Cik ina yang ke..... jeng jeng... cer teka.. cer teka...



Cik ina x nak berahsia sangat pun... JAWAPAN.... Besdey Cik ina yang ke 35. Huhuhu dah lebih byk dari 1/4 abad kan...


Apa azam tahun ni ekk.. Selaras dengan bertambahnya usiaku ini.. Azam yang dah berbuih-buih mulut dok sebut- nak kurus la kan (tapi x kurus juga) makin byk makan ada la.. tapi deep inside my heart --- >Azam CiK ina hanya nak perbaiki segala kekurangan diri dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa... lebih baik dari semua aspek dan menjadi anak yang solehah... Mudah-mudahan azam ni selari dengan perbuatan Cik Ina,,, Aaminn. 

Apapun yang terjadi,, Cik ina bersyukur kerana masih lagi bernafas (touching la plak), walaupun Cik ina masih single lagi, (doakan moga ada jodoh ye). Cik ina juga sangat2 bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang dan berada di kalangan rakan-rakan yang memahami serta persekitaran kerja yang bagus... Allah maha adil lagi mengetahui kan...



Tapi sejak pertambahan usia tahun ni.. sedih member bgtau dapat hadiah yang Toj Jib bagi iaitu minyak naik 2kupang seliter... Huhuhu Namun Cik ina terharu kerana rakan2 sejawatan cik ina sudi buat kenduri... Depa belanja makan kt SP... Thanks u olls... 


Cik ina juga menantikan hadiah tertangguh dari jauh ni... 
Mana la hadiahnya x sampai2 lagi (jangan tak sampai dah le)....  Nk tau hadiah apa... Nnti sampai kita tgk ye..


2 comments:

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen