Sunday, November 30, 2014

Novel Dia Yang Kucari

Best Blogger Tips

Terasa hati hendak kongsi novel apakah yang sedang dibaca sehinggakan masa tidurku juga tidak tentu... 


Haaa nindia jawapannya adalah 
novel yg bertajuk DIA YANG KUCARI... 

Novel ni Cik Ina pinjam dari.... 
pinjam kat mana.... dari perpustakaan Kg Belau -yang dekat dengan sekolah Cik Ina tu...

Tujuan cik ina adalah nak ingatkan diri sendiri yang cik ina dah baca novel ni. 
Nnti terbeli plak sekali lagi. Bukan rugi tapi better beli tajuk lain kan. 
Novel ini mempunyai 593 halaman yang mengisahkan tentang seorang yang bernama Haiqal mencari dan menunggu Dania.. Walaupun dania sudah berada depan mata Haiqal masih lagi mencari sehinggakan satu peristiwa di kebun durian yang membuatkan haiqal yakin itu adalah orang yang dicari.. Dania.. 
Ada sebabnya kenapa Dania menukar panggilan kepada Maisara. Nak tau kenapa.. jom baca...
Layannnn zasss

Best Blogger Tips

TIPS UNTUK INTERVIEW SPA

Best Blogger Tips

DEBARAN DAH PERGI...
Alhamdulillah. Debaranku dah berlalu. Ni nak citer ckit apa yg berlaku pada hari tu...

Cik ina seawal 7.45pagi dah sampai bangunan Persekutuan untuk hadiri temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP27. Setelah check semua dokumen, nak dekat pukul 8 ... Cik Ina melangkah ke tingkat 8 yang menempatkan pejabat SPA. Dalam surat panggilan temuduga ini.. masa yang ditetapkan untuk Cik Ina adalah 8.45 pagi.. tp alang alang dah sampai awal, maka terus naik lapor diri nk interview awal lg senang.   


Setelah melaporkan diri dan check semula susunan sijil dan dokumen yang dikehendaki tu ikut susunan.. nombor cik ina adalah no 5 bilik B. Setakat ni org yang pertama dan ada didalam bilik interview. 





Dari pandangan Cik Ina yang baru beberapa kali mai interview ni.. Cik ina nampak ada calon-calon yang mengambil lewa perkara ini... ada yang datang lewat dan kemudian kalut susun sijil ikut susunan, sedangkan masa dah suntuk.. jadi kelam kelibut sangat Cik ina tgk.. Di sini ada sedikit tips yang tak seberapa untuk sesiapa yang tidak pernah interview SPA.
  1. Pastikan Surat Panggilan, RESUME, sijil sokongan dan salinan sijil sokongan yang disahkan dan diletakkan dalam satu folder - lagi senang.
  2. Sila susun susunan sijil asal anda dalam fail tu mengikut urutan dalam surat panggilan. Salinan sijil pun hendaklah susun ikut susunan yang sama. Ini adalah kerana untuk mengelakkan anda kelam kelibut menyusun sedangkan masa tersebut hampir dengan nombor giliran untuk di temuduga (nanti jadi tak tenang)
  3. Pakaian haruslah rasmi.. kasut bertutup dan bertumit. Kemudian tudung haruslah tiada blink blink dan dicadangkan tudung bawal kerana nampak lebih formal.
  4. Pastikan anda tahu lokasi temuduga. Jika perlu anda p survey dulu sehari sebelum interview dijalankan.
  5. Pastikan datang awal kerana anda akan lebih bertenang dan anda akan lebih yakin. Jika lambat anda mungkin akan kelihatan kepenatan dan jiwa pun tak tenang.
  6. Kalau pakai blazer lagi bagus- untuk org gomen dicadangkan pakai bazer dan tanda nama adalah wajib.
  7. Tahu isi semasa yang tejadi. 
    • Contoh pada masa sekarang musim banjir...
    • musim bola 
  8. Pastikan anda juga tahu tentang jawatan / peranan yang dipohon. Ini kerana Cik ina ditanya berkenaan tersebut. Contoh.. 
    • Apa yang anda tahu tentang JPN.. 
    • APa yang anda tahu tentang UTC...
  9. Anda akan ditanya tentang .. SILA PERKENALKAN DIRI ANDA.. atau "ceritakan serba-sedikit tentang diri anda"  maka siap sedia menjawab apa yang perlu..
  10. Nak share sikit tips nak masuk bilik untuk diinterview-
    • silalah anda ketuk pintu dahulu baru buka dan masuk...
    • tolong lemparkan senyuman anda walaupun mereka tak berapa nak balas senyuman itu...beragama Islam?? berilah As salam...
    • Terus serahkan fail anda yang berisi sijil-sijil dan resume paling hebat korg tu pada 2 interviewer tersebut...
    • Sila berdiri dahulu...mereka akan silakan anda duduk..kalo dorg x silakan, sila tanya 'boleh saya duduk?' dan ucapkan terima kasih...
    • Handbag plak- sila letak di bawah walaupun sebelah anda ada sebuah lagi kerusi yang tidak diduduki..letakkan handbag anda di bawah sebelah kerusi yang anda duduk....
    • Duduk dengan selesa dan penuhkan dengan senyuman...
  11. Minta restu dan doa dari mak ayah kita sebelum menghadiri temuduga ini.. lebih berkat... 

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Cik ina, ini sahaja yang dapat dikongsi bersama,, kalau ada lagi TIPS yang terlintas di fikiran, Insyaallah cik ina akan tambahkan LAGI.

Cik ina doakan kita semua berjaya dan lulus dalam temuduga ini dan Doakan Cik ina juga berjaya.. AAMIIN

Selepas interview ni,, cik ina pergi melawat member Cik ina kat Sini.. Jom tgk kat mana???


Best Blogger Tips

Friday, November 21, 2014

GORENG PISANG CHEESE

Best Blogger Tips

Sejak bila muncul GORENG PISANG CHEESE ni cik ina tak tau tapi baru minggu ls je jer Cik ina teringin nak makan.. Teringin jugak nak tau apa rasanya... SEDAP sangat kah... JAdi Cik ina pun post la kat FB tanya kot sesaa tau lokasi gerai yang berdekatan dengan tempat tinggalku... 

Akhirnya dapat jawapan kat Sungai Limau, Yan... KEnapa Cik ina p tang tu... hahaha loghat kedah plak.. Cik ina pilih tang tu sebab tu jalan Cik ina balik dari KAMPUNGKU- Kampung Permatang Kangkong. Sebabnya hari tu nak p melawat the one and only grandmotherku...
OTW bak.. daku tengok dan singgahla ke gerai yang dimaksudkan... YESSSS buka..

ORder... Satu set RM3.00.
 Ni yang baru mggu ni.. Gerai lain lak kat area sama. HArga sama




 Maka kesimpulannya... Cik ina suka yang original lagi yang guna tepung JAWI tu astu bubuh air kapor...
Yang tu juga yang nak.... 
SEKIAN LAPORAN SAYA.. hahaha
*****************************************
Jom baca


Best Blogger Tips

Thursday, November 20, 2014

Lagu Cinta Tak Pergi

Best Blogger Tips

Tetiba je Org muar bagi lagu ni... Bila dengar je.. mcm best je...
Kalau betoi la lirik tu utk Cik ina... best ooo.. Perasan sebentar.... oopppsss
Jom hayati dan Layannnn

Lirik Lagu Cinta Tak Pergi – Tomok & Yana Samsudin

Sudah sampai tika dan waktu
Untuk aku berterus-terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati

Jangan kau ragu cinta dariku
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh mata dan hatimu

Bertahun lamanya kita melalui segala
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama

Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu

Bertahun lamanya kita melalui segala
Kita kan bersama

Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu

Semoga ikatan yang kita bina terus membara
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi

Cinta tak pergi
Cinta tak pergi


Best Blogger Tips

POT LUCK BEFORE TUTUP SEKOLAH

Best Blogger Tips

Hari ni meruakan hari terakhir persekolahan ada tahun 2014 ini. Maka hari ni paling sibuk sekali. Dengan sijilnya, dengan tandatangan segala maam yang tericicir. Jadi semua para guru akan sibuk menyiapkan segala tugasan sebelum bercuti panjang. 

Eeee bestnya kalau dapat cuti macam tu kan. Tapi dalam kesibukan tu, sempat lagi kami berpakat nak buat POT LUCK. Maka kami geng opis pun tak ketinggalan tapi masih berfikir apakah yang patut dibawa. Setelah kumpul sedikit wang dari ahli lembaga, kami  Setelah berpakat dgn ketua majlis,, maka kata seakat telah diambil. Geng opis order nasi lemak dan roti sarang lebah untuk sajian semua.. Apa macam,,, best tak.. Nasi lemak tu mestila sebab Cik Ina yang orderkan...









Hahahaha yang pasti,, memang meriah....



CC

Best Blogger Tips

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..

Best Blogger Tips

Assalamualaikum.  Selepas keletihan akibat baru blk dr kenduri di Pahang, pagi yang aman damai ni Cik Falah ajak Cik ina n adikku ke Jalan Tar. Tapi sebabkan kami telah melalui seksyen 7... 

Cik Ina ajak falah singgah ke tpt yg udah lama Cik Ina nak p iaitu Ekb shah alam. Mmg tering sangat tau. Falah pun ok je.. tq falah... Dalam mencari terpandang dah kedainya itu kat atas sebuah kedai mkn.  Mesti masuk walaupun tau baju Kedahan x de kt situ. Jom layan..zassss



Selepas kami beredar utk mkn abc seksyen 2 plak, tetiba Muar tlh whasapp pic kami kt atas tu.. la.. Staff EKBshahalam dah upload kami dlm instagram... tq...

Sesudah sampai seksyen 2,, parking agak jauh sbb nk lunch time dah. Tengah dok jln tu,, tetiba je cik ina nmpk lorong blkg yg dilukis oleh student UiTM. Ooo rupanya tang ni la yg cik ina tgk tu... akhirnya dapat juga amik gambar at sini... jom pose ckit...




Yummy.. dah lama x pekena ABC kat sini... Hilang segala kempunan nak makan ABC... Setelah posing ala kadar, kami pun beredar ke Stesen nak naik train.


Haha nampak tak muka lama tak naik... Tak leh selfie byk i nnti org gelak plak sebab nampak sgt x jarang naik kan.....
Dah sampai jalan TAR, kami ke jakel dulu jumpa BOSS... Jakel tgh sale gila2 masa ni sebab nak ubah lokasi...
Kemudian selepas BOSS belanja makan roti nan ayam tandoori, kami ke HAJRA nak tgk tudung sale....


Habis setengah kedai kami beli,,, osss sipa kami sukat... BElinya dalam 10 helai je... Murah kot harga serendah RM5 pun ada... Pastu baru ronda-ronda sekitar. X semat snap pi sebab ujan plak. Maka kami deide utk balik...


Dlm train tu lapar la plak. TEtiba Cik Falah teringat nak bawa ik ina  makan berger kukus lava... 
Yeeesss.. Akhirnya blh mkn juga setelah usha gambar Falah je...

Jommmm order


Ni kaunter nak order


DAh order.. Tgunggu dengan kesabaran....

Tadaaaa burger dah sampai..

 Sama tak dgn gambar i...

Ni la lokasinya...
branch damansara damai
Waktu beroperasi dr pkul 5.00-12.30 mlm..

Damansara damai di TUTUP SETIAP ISNIN
Segala pertanyaan blh call ke no ni 014-2603370

Letih jalan dan makan dah pun,,, masa blk rehat esok nak balik KEDAH...


**************************************
Lagi kisah perjalanan Cik ina dari KEDAH - PAHANG -KUALA LUMPUR - KEDAH.....

KISAH SHOPPING KAT JALAN TAR..
***********************************

Best Blogger Tips

Mengacau Bubur Asyura

Best Blogger Tips

Tanggal 20 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 13 November kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN MERBOK (PUSAT), bermula dari guru, staff, pekerja kontrak pembersihan, pekerja kantin dan tak ketinggalan pak Cik Guard telah bergotong royong menyediakan bubur ayam untuk anak-anak sekolah kami dan bubur asyura untuk staff. 

PK 1 kacau bubur utk pelajar
Tahun ni bajet tak cukup sebab mggu lps baru meraikan Persaraan Tuan Guru Besar HAJI AHMAD ZUBIR BIN ABDULLAH. Maka, untuk tidak menghampakan pelajar kami ni, kami sediakan bubur juga cuma tajuknya bubur ayam... 


Lagipun masa dan alatan tak cukup. Ni pun nasib baik pak Cik Kantin - PAK CIK KAQ bagi pinjam periuk dan sudi jadi CHef untuk masak bubur ini. TQ Cik Kaq...

Jom kita layan 


 Selepas selesai pak bubur ayam utk anak2, kami baru la buat bubur asyura. Ha,, lihat gambar yang sempat dirakamkan....













 Selesai mengacau, Cik ina ke opis semula untuk sambung keje. Bagi peluang yang belum mengacau tu kacau. 



 Tadaaa dah siap


Dah siap untuk diagihkan............. nnti lunch time baru cik ina amik...

Best Blogger Tips