DEBARAN DAH PERGI...
Alhamdulillah. Debaranku dah berlalu. Ni nak citer ckit apa yg berlaku pada hari tu...
Alhamdulillah. Debaranku dah berlalu. Ni nak citer ckit apa yg berlaku pada hari tu...
Cik ina seawal 7.45pagi dah sampai bangunan Persekutuan untuk hadiri temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran KP27. Setelah check semua dokumen, nak dekat pukul 8 ... Cik Ina melangkah ke tingkat 8 yang menempatkan pejabat SPA. Dalam surat panggilan temuduga ini.. masa yang ditetapkan untuk Cik Ina adalah 8.45 pagi.. tp alang alang dah sampai awal, maka terus naik lapor diri nk interview awal lg senang.
Setelah melaporkan diri dan check semula susunan sijil dan dokumen yang dikehendaki tu ikut susunan.. nombor cik ina adalah no 5 bilik B. Setakat ni org yang pertama dan ada didalam bilik interview.
Dari pandangan Cik Ina yang baru beberapa kali mai interview ni.. Cik ina nampak ada calon-calon yang mengambil lewa perkara ini... ada yang datang lewat dan kemudian kalut susun sijil ikut susunan, sedangkan masa dah suntuk.. jadi kelam kelibut sangat Cik ina tgk.. Di sini ada sedikit tips yang tak seberapa untuk sesiapa yang tidak pernah interview SPA.
- Pastikan Surat Panggilan, RESUME, sijil sokongan dan salinan sijil sokongan yang disahkan dan diletakkan dalam satu folder - lagi senang.
- Sila susun susunan sijil asal anda dalam fail tu mengikut urutan dalam surat panggilan. Salinan sijil pun hendaklah susun ikut susunan yang sama. Ini adalah kerana untuk mengelakkan anda kelam kelibut menyusun sedangkan masa tersebut hampir dengan nombor giliran untuk di temuduga (nanti jadi tak tenang)
- Pakaian haruslah rasmi.. kasut bertutup dan bertumit. Kemudian tudung haruslah tiada blink blink dan dicadangkan tudung bawal kerana nampak lebih formal.
- Pastikan anda tahu lokasi temuduga. Jika perlu anda p survey dulu sehari sebelum interview dijalankan.
- Pastikan datang awal kerana anda akan lebih bertenang dan anda akan lebih yakin. Jika lambat anda mungkin akan kelihatan kepenatan dan jiwa pun tak tenang.
- Kalau pakai blazer lagi bagus- untuk org gomen dicadangkan pakai bazer dan tanda nama adalah wajib.
- Tahu isi semasa yang tejadi.
- Contoh pada masa sekarang musim banjir...
- musim bola
- Pastikan anda juga tahu tentang jawatan / peranan yang dipohon. Ini kerana Cik ina ditanya berkenaan tersebut. Contoh..
- Apa yang anda tahu tentang JPN..
- APa yang anda tahu tentang UTC...
- Anda akan ditanya tentang .. SILA PERKENALKAN DIRI ANDA.. atau "ceritakan serba-sedikit tentang diri anda" maka siap sedia menjawab apa yang perlu..
- Nak share sikit tips nak masuk bilik untuk diinterview-
- silalah anda ketuk pintu dahulu baru buka dan masuk...
- tolong lemparkan senyuman anda walaupun mereka tak berapa nak balas senyuman itu...beragama Islam?? berilah As salam...
- Terus serahkan fail anda yang berisi sijil-sijil dan resume paling hebat korg tu pada 2 interviewer tersebut...
- Sila berdiri dahulu...mereka akan silakan anda duduk..kalo dorg x silakan, sila tanya 'boleh saya duduk?' dan ucapkan terima kasih...
- Handbag plak- sila letak di bawah walaupun sebelah anda ada sebuah lagi kerusi yang tidak diduduki..letakkan handbag anda di bawah sebelah kerusi yang anda duduk....
- Duduk dengan selesa dan penuhkan dengan senyuman...
- Minta restu dan doa dari mak ayah kita sebelum menghadiri temuduga ini.. lebih berkat...
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Cik ina, ini sahaja yang dapat dikongsi bersama,, kalau ada lagi TIPS yang terlintas di fikiran, Insyaallah cik ina akan tambahkan LAGI.
Cik ina doakan kita semua berjaya dan lulus dalam temuduga ini dan Doakan Cik ina juga berjaya.. AAMIIN
Selepas interview ni,, cik ina pergi melawat member Cik ina kat Sini.. Jom tgk kat mana???
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen