Thursday, November 20, 2014

Mengacau Bubur Asyura

Tanggal 20 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 13 November kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN MERBOK (PUSAT), bermula dari guru, staff, pekerja kontrak pembersihan, pekerja kantin dan tak ketinggalan pak Cik Guard telah bergotong royong menyediakan bubur ayam untuk anak-anak sekolah kami dan bubur asyura untuk staff. 

PK 1 kacau bubur utk pelajar
Tahun ni bajet tak cukup sebab mggu lps baru meraikan Persaraan Tuan Guru Besar HAJI AHMAD ZUBIR BIN ABDULLAH. Maka, untuk tidak menghampakan pelajar kami ni, kami sediakan bubur juga cuma tajuknya bubur ayam... 


Lagipun masa dan alatan tak cukup. Ni pun nasib baik pak Cik Kantin - PAK CIK KAQ bagi pinjam periuk dan sudi jadi CHef untuk masak bubur ini. TQ Cik Kaq...

Jom kita layan 


 Selepas selesai pak bubur ayam utk anak2, kami baru la buat bubur asyura. Ha,, lihat gambar yang sempat dirakamkan....













 Selesai mengacau, Cik ina ke opis semula untuk sambung keje. Bagi peluang yang belum mengacau tu kacau. 



 Tadaaa dah siap


Dah siap untuk diagihkan............. nnti lunch time baru cik ina amik...

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen