Wednesday, December 17, 2014

Mencari ketenangan di Medan ♥ Day 1 ♥

Tak sangka pula Cik Ina kerana dapat sekali lagi menjejakkan kaki di Bumi Indonesia. Sekali lagi diberi peluang untuk menikmati pemandangan indah ciptaan Allah. Alhamdulillah.. Syukur ... Ingatkan last hanya berpeluang ke bumi Bali pada March lalu iaitu semasa kita kehilangan MH370. 
Masih terasa lagi kehilangan nya..

Percutian ini sebenarnya tidak dirancang. Last sekali berjumpa dengan Cik Falah masa kenduri KIM dan hanya bersembang tentang lawatan salah seorang rakan kami yang akan berkunjung ke Medan. Kami fikir.. mcm best je. Kemudian, Cik Falah telah tgk harga tambang murah Air Asia dan setuju dengan harga maka dia pun book dan dapat harga yg tidak begitu murah tp berpatutan. Sorang campur lugagge 30kg adalah RM196. Kami pergi ber5.

Selepas dapat tiket barula Cik Ina gabra sbb tak tau nk uruskan 
transport kt sana. Dah tanya pak cik Google akhirnya dapat tour guide muslim iaitu FADLY dan setuju dgn harganya. Blh lihat citer pakejnya di sini......

Jom tgk citer pengembaraan kami..

DAY 1 - KLIA2 -MEDAN-DANAO TOBA

Setelah bertolak sesedah suboh seawal pukul 6.00 dan depart pukul 8.45, selamat tiba di Medan sejam kemudian. 




Kami disambut org org Kanan Fadly iaitu Dedek di ruangan ketibaan . 
Wah first time tgk nama cik ina di atas kertas mcm dlm filem la pulak... Hurmmm Perasan sebentar... 

Inilah kenderaan yang akan membawa kami sepanjang 4hari 3 mlm ni
Kenalkan, ni la DEDEK..
Sesampai je kat dlm Kijang kami.. semua perut berdondang sayang, cak lempung sebab lapar... Jom makan..

1. Rumah Makan - Restoran Simpang Tiga


Setelah singgah tukar wangnya dalam pukul 11 waktu Malaysia kami terasa lapar kerana baru sedar x mkn apa lagi. Yang tukar tu Cik ina je. Nilai tukaran rm300= IDR 1,065,000.00 dan disebelah kedai tukaran tu beli simcard yang nama simPati. Menurut dedek kebanyakan pelancong asing akan menggunakan sim ini. Harga sim IDR40000. Kami kongsi sorang IDR 10 ribu.. Blh baca kisah sim di entry ni... Setelah beberapa minit kami pun sampai rumah makan Simpang Tiga dan makan pagi merangkap tengahari.



Makanan kali ni adalah masakan minang.. blh telan ke tak ni.. 
jom tgk apa yang dihidangkan... 




Selepas tu kami teruskan perjalanan ke DANAO TOBA... tak sabar rasanya... im cominggg................






Pekan Permatang Siantar...  

2. Singgah di Toko Paten
Di kedai ni kami merasai makanan setempat iaitu Teng Teng, Tang Tang, Tong Tong, Ping Ping, Pang Panglah..macam-macam lagi.. banyak pilihan, rasanya semua base peanut ...




Cik ina suka yang kotak hijau tu, ala-ala kacang tumbuk rasanye...
Tapi mcm manis sikit but still ok la. Maybe depa mmg makan manis kot.
Ok done,, beli 3 jenis but kami share 3 orang for 10 kotak. Sebabnya- beli 10 dapat free satu. Harga satu IDR25,000.
Cik ina beli 3 je jadi IDR75,000.


Kat belakang tu la kedainya.. Juai tu sebelah kanan Cik ina je.
Kat kerusi merah tu tempat geng Supir menunggu. 

Contoh Jualan kedai PATEN tu

3. Pinggiran Danao Toba 4.10pm

Menurut Dedek, perjalanan akan amil masa 4 jam.. Tapi dah kenyang kan.. Kami ok je.. Setelah hampir 4 jam perjalanan kami tiba di pinggir DANAO TOBA dan berhenti regang kan otot serta bergambar dahulu. Sempat lagi makan magnum.. harga IRD12,000 satu... beli 4 dan paddle pop satu 10,000. 
Total IDR 58,000.




4. Danao Toba International Cottage 4.45pm
Kami check in dah berehat sementara nak tunggu mgrib n makan malam.. sempat lagi melihat pemandangan yang indah. Kebetulan bilik kami menghadap tasik dan tingkat bawah..
belakang tu la bilik kami

ni dihadapan bilik dan belakang kami yang cerah tu tasik la 
pemandangan dari ruang pejalan kaki, Antara bilik dan tasik
5. Dinner kat Restoran Istana Minang

Tepat 7.30 malam kami dah ada dalam Kijang untuk makan malam. Hujan plak mlm ni.. Jom kita makan....


6. SHOPPING DI KEDAI BERDEKATAN

Semasa bergerak balik ke hotel, kami singgah untuk lihat apa yang menarik.. Jom kita tengok..


Cantik tak baju ni...

So, walaupun penat sebab dari Subuh kami keluar, maka leletihan amatla terasa, tambah plak kat sini sejuk pada waktu malam..

Secara ringkasnya ............

Belanja Cik Ina Today

Simcard      IDR  10,000
Teng Teng   IDR  75,000
Ais Krim      IDR  58,000
Baju Toba   IDR   60,000 2 helai kt atas tu dlm rm17
Baju Abah   IDR  30,000
Baju Mak    IDR   50,000
total          IDR 283,000  bersamaan RM81.00

****************************************************************


****************************************************************

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen