Friday, December 19, 2014

Doa... dan novel

Esok adalah hari Jumaat - penghulu segala hari.. -masa cik ina karang entry ni la.. 
Sebelum tido Cik Ina telah membaca novel dulu konon nak bagi cepat tido tup tup lagi lambat tido adalah.. Pukul 2 baru stop untuk tido.. 

Cik ina tertarik kepada satu perenggan yang 
berkaitan dengan satu Hadis..


Sabda Rasulullah SAW...
Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman. 
  • Menjadikan Allah dan Rasul-Nya SAW sebagai cinta yang paling utama, 
  • mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan 
  • benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.

 ~ riwayat al-Bukhari..

Dan terbaca lagi doa yang patut diamalkan oleh sesiapa yang bakal berkahwin.. sesuai juga utkku kannn...
Jom kita baca dan Aaminkan..

<3 Doa untuk Bakal Suami <3

Ya Allah, jadikan lah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani segala-galanya.


<3 Doa mohon cinta drpd Pemilik cinta <3

Ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta terhadap Engkau (Ya Allah) lebih aku cintai daripada air yang sejuk.


<3 Doa berikan petunjuk <3

Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.

Aamiin....

Bagus juga ada novel yg mendidik iman dan akal kita ni... tajuk novel ni Sungguh aku jatuh hati karya Zarra Zuyyin. Walaupun novel ni byk monolog contohnya nak citer turun tangga sampai seperenggan sampai kekadang rasa nak skip je tp bagus juga untuk mendidik kita. Semoga Zara Zuyyin buat novel macam ni lagi.. 
Jom baca ringkasan citernya DI SINI



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen