Sunday, December 21, 2014

Novel Sunguh Aku Jatuh Hati

Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. 
Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.

Sekali lagi nak review novel yang Cik Ina pinjam kat library Belau. Oleh kerana Novel library maka kulitnya x comel sangat. Jadi Cik Ina google la untuk dapat kulit yang cantik dan hasilnya macam kat bawah..



Judul Buku: Sungguh, Aku Jatuh Hati
Penulis       : Zarra Zuyyin
Terbitan     : Jemari Seni
Muka Surat : 749
Harga         : RM26 

Novel baru published Oct 2013.

Rumusan Kisah yang Cik Ina amik dari sini:

Kehadiran tiga orang lelaki dalam hidup Nuradelia Hanani sangat mengharu-birukan hidup gadis itu. Dua tahun Nani cuba untuk melupakan Hafez Nubhan aka Yeop Apez, bakal suami tak jadi yang meninggalkannya kerana mengahwini wanita lain.


Saat Nani cuba untuk menerima Naufal Ikram aka Dr Am, doctor-jiran sebelah rumah, kehadiran Yeop Apez yang ingin kembali semula pada Nani, terlebih dahulu menabur fitnah dan membuatkan Dr Am berpaling tadah.


Semua kekusutan terlerai pada hari pernikahan Nani dan Yeop Apez. Sekali lagi Dr Am menagih cinta daripada Nani.


Dalam beberapa kejadian, Izz Harriz, tuan insinyur aka tuan bos yang tidak pernah sebulu dengan Nani, muncul sebagai hero penyelamat keadaan.


Nani akhirnya berkahwin dengan Inche suami. Rumahtangga mereka bak cuaca. Bila dilanda rebut taufan, keadaan memisahkan mereka.


Petikan-petikan dari dalam novel :


Izz Harriz : Beribu orang malah berjuta sanggup mengejar sebiji bola. Macam tu juga, berjuta pasangan mencari satu cinta, iaitu cinta sejati. Dan bukan semuanya berjaya dapat cinta sejati. Sebab tu ada try and error. – m/s 19


Izz Harriz : It’s better to be hated for what you are than to be loved for what you are not. – m/s 76

Hafez Nubhan : Apez takkan lepaskan Nani ke tangan orang lain. – m/s 194

Izz Harriz : You are the one who should be responsible because everything comes from you! – m/s 227

Naufal Ikram : Tapi Am akan tetap kacau hidup Nani sampai Nani sendiri akan mengalah! – m/s 277

Izz Harriz : Hidup hanya sekali, mati juga sekali. Kahwin hanya sekali dan jatuh cinta juga hanya sekali. – m/s 284

Yeop Adwa : Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi, usah dirindu pada yang tak mengerti. – m/s 339

Naufal Ikram : Orang yang kita cintai takkan pernah jadi kawan apabila dia pergi meninggalkan orang yang mencintainya. – m/s 407

Izz Harriz : Nani, saya tak mampu nak petik bintang nak kait bulan pun tak tercapai. Tapi, saya janjikan kasih sayang kerana sekali saya jatuh cinta, selamanya saya akan setia. – m/s 415

Nuradelia Hanani : Abang, rindu itukan buah cinta. Kalau abang tak rindu, maknanya tak adalah buah cinta. Kalau cinta itu tidak berbuah, maknanya cinta kita cinta yang layu. – m/s 462

Inche suami : Sesuatu perasaan takkan hadir tanpa pertemuan, takkan tulus tanpa kejujuran, takkan abadi tanpa satu ikatan yang sah, dan takkan indah tanpa kasih sayang dan kerinduan. – m/s 479

Nuradelia Hanani : Belajar untuk mencintai apa yang ada, jangan mencintai apa yang tiada. Keluar daripada kenangan lalu. Kenyataan hidup sekarang yang harus awak hadapi. – m/s 676

Inche suami : Tanpa Tuhan, takkan ada kenangan… tanpa ketenangan, takkan ada kebahagiaan. – m/s 729


Bagi Cik Ina novel ni ok juga cuma banyak sangat monolg dalam diri sampai satu perenggan... Tapi tips rumahtangga yang diselitkan agak bagus.. Yang best sekali doa yang diselitkan tu memang menarik minat cik ina kerana setakat ni tak de novel yang cik ina baca ada menyelitkan doa macam ni...
antara petikan doa pendek yang cik ina tertarik... 


<3 Doa mohon cinta drpd Pemilik cinta <3

Ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta terhadap Engkau (Ya Allah) lebih aku cintai daripada air yang sejuk.

<3 Doa untuk Bakal Suami <3

Ya Allah, jadikanlah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman
dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

<3 Doa berikan petunjuk <3

Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.


Ini di antara doa yang ada dalam novel ini muka surat 441...

Bismillahirrahmanirahim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah... ...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arasy,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi... ... ...
Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah... ..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
Ya Allah sesungguhnya... ..
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.
Ya Allah... ... .
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.
Amin Ya Rabbi Allamin..

.........................Selamat Membaca....................

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen