Sunday, March 23, 2014

Bali.. Hari ke 3 lalala

Hari ketiga perjalanan kami tetapi hari ke dua di Bumi Bali. Hari ni Jadual Perjalanan kami agak padat. Kami akan melawat banyak tempat mengikut schedule kami.. Harap boleh p semua tempat tu...

Apa pun breakfast dulu... Jemput ye.. 


Menu wajib breakfast,, roti and coco crunch
1. POPILER BATIK FACTORY

Terletak di Jalan Tohpati, Denpasar Bali. Sepintas lalu kalau kita tengok kilang ini nampak seperti rumah yang biasa. Bila masuk di halaman rumah, baru la ternampak kat bahagian belakang yang diubahsuai menjadi workshop. Dan Akan nampak 3 orang pekerja sedang membatik dengan menggunakan canting. Apabila smpai di workshop tu akan nmpk hasil lukisan tangan mereka yang kreatif. Yang menariknya, mereka offer nk lukis kat baju kita. Maka tanpa segan silu cik ina pun sudi. Lihatlah hasilnya.. Menarik kan..




Lps tu baru kami masuk ke dlm rmh utk lihat hasil karya mereka yang cantik dan siap umtuk dijual.






2. CELUK SILVER



Apabila sampai di Celuk Silver, kami disambut oleh pekerja di situ dan diber sedikit penerangan pendek tentang proses penghasilan silver. 





Barula cik ina tau bahawa hanya color natral sahaja yang digunakan 
untuk barangan ni termasuklah gam yang digunakan untuk 
melekat di silver tu.


3. KINTAMANI- Gunung Berapi Batur 

Selepas itu kami terus bergerak ke KINTAMANI. Sedang asyik menikmati pemandangan dari tingkap bas, tetiba terdgr bunyi enjin bas terlebih kuat dan bas terus stop. Ahh sudah.. perjalanan masih jauh ni. Byk tempat nak lawat lagi ni...

Bas kami tersadai depan kedai ni. Time waktu ni dalam kul 1.00 petang. Dalam setengah jam kami atas bas.. bas blh bergerak dalam 100 meter dan park kat sebuah rumah yang blh parking bas. 




Kat situ kami tggu bas gantian. Masa tu ramai la orang mai juai barangan smpai tak sempat ngelak. Pak Sutra arrangge kenderaan lain sementara nak tunggu bas gantian. 


Walaupun kenderaan gantian tp masih lagi ada baki yang tinggal. So, aktiviti bebas la sementara tunggu kenderaan nak amik kami naik ke Kintamani. Cobaan sungguh kan... Kita hanya merancang Allah jua yang tentukan.. Kami semua Redha.


Ada gaya tak.. hahaha mana kenderaan gantian x smpai lagi ni
Cik ina dah bosan tunggu.. Sbb cik sherrie dah berlepas pergi dgn pajero.. huhuhuhu..
Akhirnya kami telah bertolak juga dengan Avanza.. Rasanya dalam jam 3.00 petang baru sampai ke tempat yang dituju.. huhuhu. Perut pun lagu dangdut dah. Kami mmg bajet dinner ke situ. Huhuhuhu... Sampai je terus ke tpt buffet utk pilih makan. Setengah yang sampai dulu dah makan. 





Jadi tak la ramai orang sangat. Td mcm lapar sangat tp bila tgk makanan mcm kenyang... Dah selamat semua nasi masuk perut, solat dan terus bersemangat nak posing kenang-kenangan kat tpt yang latar blkgnya ada gunung berapi tu. Gunung Berapi Batur namanya. Pemandangannya cantik sangat...udara di sekitarnya jugak sejuk ckit dan amat menyenangkan. Lereng gunung berapi itu nampak hitam..... seperti baru je memuntahkan laharnya. Cer tgk gambar cik ina tu,, agak sama tak dgn citer cik ina ni..



Kat blkg tu la gunung berapi batur,, 
Kami diserbu oleh peniaga sampai tak de ruang nak posing.. Aduh,, penat juga nk tepis depa ni... Akhirnya beli juga dah terus pakai bg elak org lain mai juai plak.. Lihatla rantaiku...


Cik sheriie' i beli 2 5 hengget'.. Cik ina jawab ' i beli 3 lima hengget'



Setelah habis posing dan penat menepis jurujual yg serbu, kami bergerak turun untuk menikmati kopi luwak.. Blh telan ke kopi tu?? kita pi dulu .. jom 

4. ABIAN SARI AGROWISATA -BALI COFFEE & LUWAK COFFEE

Dalam 30min je kami, turun dari gunung tu, kami singgah disampai kat ABIAN SARI AGROWISATA.




Di sini terdapat tempat pemprosesan kopi luwak. Kopi luwak ini antara kopi yang termahal kot dan tersedap dan amat popular. Rasa macam tidak lengkap
percutian di Bali kalau tidak menghirup kopi luwak ini. Tapi, cik ina langsung
tidak tergamak untuk menikmatinya sbb dah tau macam mana dan dari mana kopi ni terhasil diproses.







Kat tempat ini jugak memperoses berbagai jenis kopi dan teh yang semuanya enak-enak belaka. Terdapat 9 jenis 
kopi/teh itu (diberi percuma) yang disusun mengikut urutan seperti menu tu, dan kita boleh rasa semua jenis. Cik ina rasa 5 jenis je. Semua percuma kecuali kopi luwak!



Setelah minum pelbagai rasa dan beli sedikit kopi, kami ke Jambaran Bay untuk candle light dinner.




After dah kenyang, masing masing keletihan.... X sabar rasanya nak balik hotel nak berehat... Nasib baik dekat saja  dgn hotel.. Cepatla sampai..Oh bantal.. Oh tilam.. penat sangat rasa.. maybe penat menunggu masa bas rosak kot kan...


Kesimpulannya hari ni kami telah melawat...
  1. POPILER BATIK
  2. CELUK SILVER
  3. KINTAMANI n LUNCH KAT SANA
  4. ABIAN SARI AGROWISATA -BALI COFFEE & LUWAK COFFEE
  5. DINNER KAT JIMBARAN BAY


****************************************************************

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen