Monday, October 12, 2015

Hari lahirku

Tanggal 1 Oktober 37 thn lalu lahirla seorang yg di panggil Cik Ina. 
Selamat hari lahir buat diriku... Hehehe aci dak wish utk diri sendiri..


Begitulah ucapan yang diterima saban tahun.

Thn ni saja Cik Ina dapat 100 lebih ucapan di Fb dan x kirang 50 ucapan di whatsapp. Syukur alhamdulillah kerana masih ramai rakan2 yang sudi wish besdey dan doakan Cik Ina. 

Apa pun Cik ina bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas & menikmati kehidupan dimuka bumi ini. Semakin bertambah usia kita, makin dekat kita menuju pada-Nya. Semoga, pertambahan usia ni seiring dengan perubahan yang lebih baik & diredhai. Di samping itu Cik Ina juga mengharapkan agar diberikan kesihatan yang baik supaya dapat berbakti kepada mak dan abah. Semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan & kesihatan yang berpanjangan. Aamiin.

Seperti tahun lalu, tiada sambutan untuk meraikan hari lahirku ini...Apatah lagi kek.. Sob sob sob.. Cuma kali ni Cik ina ada di Penang sempena Lawatan sekolah. Hadiah pun x dapat. Ye la kan,, dah tua... Tp my best friend akan bagi hadiah tp selalunya lewat ckit... Memang itu perjanjian kami along time ago. 

******************************************
YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Amin Ya Rabbil-Alamin.

Doa ni Cik ina petik dari SINI




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen