Saturday, April 21, 2012

D'King Mee Banjir SP


Assalamualaikum Pembuka Bicara....
Semoga semua sihat ceria,
kali ke berapa kita bersua
Moga anda tak jemu membaca...

Hari ni cik ina nak kongsi satu tpt makan yang menjadi fav cik ina. 
Nama kedai ni D'King Mee Banjir.  Cik ina mula suka makan kat sini masa cik ina dgn exhousemate try makan kat sini setelah dengar orang bgtau ada mee udang sedap. Oleh kerana Cik ina malas nak drive jauh-jauh ke Pulau Sayak, maka terus cari dan makan kat D'king ni. Masa cik ina pi dulu, kedai ni beroperasi di depan kilang sharp. Lps sebulan nak pi makan kat situ, tengok dah tak de orang berniaga. Orang yanng makan lagi la tak de kan... 
Rupa-rupanya kedai ni dah berpindah ke tpt yang lebih luas iaitu kat Depan Giant menuju ke Tikam Batu. 
Ni masa kami mula-mula makan 2 tahun lps kat dpn kilang Sharp


Kalau dari Highway, masa simpang Giant tu kena ambik ke kiri tp kedai dia dah nmpk cuma tak leh nak p sbb kena pi kiri dan pusing semula di simpang 3 yang berdekatan dan melalui jalan lama. kalau terlepas jalan lama, jalan biasa menuju ke Giant semula tp  b4 trafic light kena kona kiri sebelum simpang kiri. D'King ni ada dua waktu beroperasi. Tue-Fri, pukul 7 malam-1 pagi, Sat-Sun, 4 petang-4 pagi. 
Bila sampai anda akan lihat Banner kat depan. Siap ada orang tolong jaga parking lagi.


Dari Pintu depan

Bila dah masuk ckit

Kedai dia ni sangat besar dan ada banyak landskap. Masuk ke kedai je,, kita boleh pilih nak pilih seat area kiri or kanan. Budak-budak pun suka sbb ada aquarium ikan selepas main entrance dan di sebalik kolam ada gajah besar.

gajah pun ada.. hehehe
Tempat duduk dia pun banyak. Jadi, jgn risau kalau nak datang ramai. Rasanya dua bas pun blh muat la. Seat dia ada macam macam style. Nak duduk bersila, bawah pangkin buluh atau tpt makan biasa, kerusi batu kayu pun ada. So,, ikut anda, kat mana yang berkenan nak duduk...


Titi kecik ke tpt mkn atas pangkin dari pintu masuk


gitar yang cantik ni ada di tepi titi tu...

dari titi kecil anda akan lihat meja makan yg byk ni..


ni la pangkin bersila....
 Angin sepoi-sepoi bahasa la akan menyapa nada kat atas pangkin ni...


ni copy dari website dking.. ni la kaunter bayaran yang berdekatan pintu masuk




Menu dia plak selain mee udang, kuey teow udang ada ikan bakar jugak tapi dia ikut set. Ikan kita boleh pilih sendiri. Ikan tu yang kat depan kaunter bayaran tu. Dia ada set untuk 2, 4 dan 6 orang. Buat masak tiga rasa konfirm mesti sedap la. Kerang bakar pun ada tau.
ni masa dking baru berpindah ke tpt baru
dulu pun sama je rasa
rasanya jarang la ada baki kecuali kulit udang.

Kat sini kita blh order semangkuk besar mee udang or sepinggan. Tapi kalau ramai ahli makan, dicadangkan semangkuk besar tu, order untuk 2 orang makan, sbb setakat perut kecik macam i ni blh 3-4 orang makan. Kira jimat la ckit kan


Sekarang dah order semangkuk utk 2 org tp makannya 3 orang


jemput makan
Waiter dia akan tanya pilihan kita,, nak udang laut or udang biasa. So,, ikut selera dan bajet kita la. Yang specialnya... mee dia pun lain dari yang lain. Tak macam mee kuning yang biasa kita beli kat kedai. Char keow teow pun ada. Apa pun, sangat la sedap! Cik Ina mesti mai makan sini at least sebulan sekali. Pendek kata tak cuba tak tau.. ....



dah hbs makan...
"Sedap tak dak dah". Itu la Tagline D'King.. Blh nmpk kat gambar Cik Ina kat atas.


Untuk keterangan lanjut, anda blh layari laman web ni.... http://www.dkingseafood.com

atau

Lot 20072, Jalan Padang Temusu, Mukim Sungai Pasir, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
+60 19-511 1152

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen