Tuesday, May 29, 2012

Delima Nasi Tomato Ayam Berempah Sg Petani

Assalamualaikum Pembuka Bicara..
Harap anda sihat sejahtera.. 
Bersua kita untuk kali keberapa??
Pastinya pasai makan sahaja.. hahaha

Kali ni Cik ina nak kongsi pasai nasi tomato ayam berempah kesukaan Cik ina. Cik ina dah berkunjung ke sini sejak tahun 2004 lagi...  dan kedai tu masih kukuh berdiri di situ...

ni la nasinya tomatonya. Walaupun sempoi tp sedap...

Ianya bukan sahaja fav cik ina malah bila diperkenalkan kepada kengkawan cik ina,, ternyata mereka juga suka.
 Yang menjadi fav kami ni adalah Delima nasi tomato ayam berempah. 

Apa yang ada kat pinggan tu cuma nasi tomato, ayam rempah, sambal. dalca dan serbuk ayam rempah tapi kombinasi ni boleh katakan sedap bagi cik ina. Bagi anda,, kena la mai try sendiri.
Cik ina cuma sempat snap pic nasi kat atas je. Jadi untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas cik ina sila lihat pic dari blog yang cik ina tulis kat bawah tu. 
Bila search kat blog lain ternyata tuan punya blog ni pun suka jadi sbb masa cik ina pi tak bawa camera jadi cik ina copy pic dari blog harrizam.blogspot.com.
Lagipun tujuan cik ina nak kongsi cerita tentang gerai ni. 
Anda boleh ke blog di atas untuk baca entry dari tuannya berkenaan gerai ni. 

bagi sesiapa yang tak pernah mai, ni la gerainya
ni la nasi tomato ayam berempah yamg menjadi fav cik ina

Untuk pengetahuan semua, gerai Delima ni dah lama wujud. Rasanya masa Cik ina keje kat Sg PEtani dulu masa tahun 2003 pun dah ada. Kiranya dah 9 tahun la kan.
Sekarang ada gerai tambahan bersebelahan dengan gerai ni iaitu Gerai Char Koey Teow dan satay.

 Tempat dulu dan sekarang adalah sama iaitu kat  kawasan letak kereta dekat dengan lampu isyarat persimpangan Jalan Pengkalan dan Jalan Masjid atau bersebelahan Public Bank
Pekan Baru. 


Untuk lebih specifik lagi garai ni terletak berhadapan pintu pagar utama sekolah menengah khir johari. Untuk sampai ke sini, anda haruslah ke pusat bandar dan melalui stesen bas biasa dan terus kehujung jalan tersebut dan seterusnya kona kanan. Before kona kanan tu anda akan nmpk Balai bomba sungai petani. Kalau nmpk Balai Bomba tu, anda tak silap jalan la.

Tak silap gerai ni tutup hari isnin sebab masa cik ina nak pi ke sana dulu , gerai ni tak buka. mmg frust sangat. Terpaksa pi next day untuk hilangkan keteringinan tu. hahaha. 

Yang menariknya adalah kalau anda berkunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda boleh juga berkunjung ke up-town yang terletak berdekatan dengan gerai ni. Kira tak rugi la. Lps makan blh window shopping. Kalau nk shopping pun tak per.. Silakan. Up-town ni buka lepas isyak  hingga ke lewat tengah malam bergantung kepada cuaca dan jumlah pengunjung.

Apa pun sesiapa yang berminat nak mencuba, anda boleh berkunjung ke sini. Nanti cik ina confirmkan bila gerai ni tutup yer.

******************************************************************************

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen