Monday, May 28, 2012

Trip to Bandung



Assalamualaikum....


Kali ni Cik Ina nak sambung pasai trip cik ina. 
Sambungan dari entry lps iaitu entry my first trip to obersea.
Sambungan dari mana yer...


opss dah ingat... Malam tu b4 kami bertolak ke bandung, kami singgah makan kat Kompleks membeli belah kat solo.
Kompleks tu lebih kurang mcm kat Malaysia jgk.. Meh kita layan pic yang Cik Ina ambik dr henset cik ina dan camera mak mila sbb camera habis bateri.


kiosk kat sana - jual air


tag 47 untuk tunggu order


After that kami dibawa ke Stesen Keretapi untuk berlepas ke Bandung. Kami terpaksa berpisah dgn pemandu pelancong kami iaitu Ilmi dan Nana tapi Mas Arief tetap setia mengikut kami. 
Thanks a lot to Nana dan Ilmi atas kesudian melayan karenah kami sepanjang 2 hari di Solo. 
Nanti datang Malaysia bagitau kerana kami akan menemani kamu berdua.  Tak lupa juga kepada pemandu van pelancongan kami yg telah membawa kami melawat Solo dgn cekapnya. Kat bawah ni picnya. 
Last sekali dia pi ambik isterinya yang lawa tu... 




Kami sampai awai,, so kena lepak dulu la. Siap blh posing lagi.Akhirnya yang ditunggu telah tiba. 
Keretapi datang kira2 kul 11.00 mlm.. dan kami pun meninggalkan Solo.. 
Good bye Solo.. InsyaAllah,, kalau ada ongkos yang lebih, i will come again. Sedih sangat nak tinggalkan Solo - sebab walau pun 2 hari stay kat Solo, namun keakraban kami seperti sudah lama kenal 2 cewek cun ini- nana dan ilmi.
Buat nana dan ilmi,, akak tunggu kedatangan kalian ke Malaysia.


Layan dulu pose-pose oleh family mila dan cik ina.....


kat pintu masuk stesen keretapi


mila rak sabar nak naik keretapi tu...


akhirnya keretapi yg ditunggu telah tiba...
thanks to mak mila sbb sempat ambik pic ni
Kami berlepas ke Bandung hanya dengan cowok ganteng- Mas Arief kira2 pukul 11.00 jam indonesia. 


Keretapi sana lebih kurang mcm kat sini jgk. Kami dibekalkan selimut yang color hijau.  Ini pasti membuatkan lena kami lebih nyenyak kot sbb dalam keretapi mustahil cik ina blh lena.. Tp letih punya pasai.. blh kot.








Pada awal pagi setelah terjaga dari tidur, destinasi yang ditunggu lebih kurang sejam. Jadi kami menikmati keindahan pagi sepanjang perjalanan. 





Keretapi berhenti sekejap2 untuk mengambil penumpang tp kami still lagi menikmati keadaan sekeliling yang aman dan damai. 










Para peniaga cbuk menjual makanan apabila keretapi berhenti untuk mengambil dan menurun penunpang. Respek la.. tetap usaha cari rezki walau ada yang dukung anak kecil.




Lebih kurang pukul 8 pagi kami sampai di Bandung. 



Menurut Arief, rakannya yang akan mengiringi kami sepanjang perjalanan kami di sini belum tiba. Jadi, kami menunggu sekejap untuk melepaskan letih semalaman dalam keretapi. 




Dalam perjalanan keluar stasen keretapi ni.. mila sempat lagi posing



Kami dengan beg masing2 menuju ke van yg disediakan.


inilah van yg akan kami naiki

Setelah tiba, kami dibawa untuk bersarapan tapi tpt makan yg dibawa buka utk tengahari.. maka kami pun ke hotel untuk check in. 


Kami ambik bajet hotel je sbb bukan nak lepak sangat kat hotel. After mandi kami kumpul untuk ke tpt makan. Consider makan pagi campur tengahari la. Kami dibawa ke tpt yang sama. Kali ni semua gerai buka. Ha,, pilih jer tp kami masih berhati-hati takut silap gerai makan....

ini makanan cik ina order

ini makanan mas arief....




Selepas makan kami kami mulai perjalanan ke kawah gunung berapi yang dipanggil Wisata Kawah Putih..dari kota Bandung amek masa 2 jam nak ke sini.... tiket masuk sini adalah rp12,000 bersamaan rm4 sahaja....murah giler..
Jenuh jgk la nak sampai,, tp kami mengambil peluang utk lena.. hahaha capek bangat sbb lama kat keretapi. 





Apabila sampai ke kawah putih,, kami dikehendaki sewa van kecil yg lain. Van ini akan membawa kami ke puncak kawah putih.












Suasana kat kawah putih -bekas gunung berapi ni sangat cantik dan sejuk..  Anda dapat melihat dari jarak dekat keindahan nya. Di dalam kawah itu terdapat air yang putih jernih dan kebiru-biruan Elok kami selesai posing maka ujan turn. Maka bertempiaran la kami tp masih sempat berteduh kat satu pondok. Ujan reda ckit kami pun gerak balik ke Bandung.




















 Untuk  lebih story andda blh tgk  page ini

OTW kami kembali melalui kawasan pergunungan kampung pertanian yang menghijau diCiwidey. Sebelum tiba di Bandung singgah untuk minum ptg di salah satu sebuah perkampungan pertanian Ciwidey... yang mengusahakan tanaman sayur2an, Ladang Teh, Strawberry dengan di jamukan permandangan yang menghijau.
Tumpuan kami semestinya kat tpt strawberry. Kiranya ala-ala Cameron highland kita la cuma unik pokok strawberry tu ditaman dalam beg plastik yg besar guni baja kita kat sini..  layan pic cik ina...










Lihat pemandangan belakang yang cantik.









Sudah kami sampai bandung, kami terus ke tpt makan nasi padang. Pilihan Boss kami iaitu ayah mila. Bg cik ina pun nasi padang la yg ala-ala malaysia. Nk mkn yg lain takut nnti tak kena selera yg lapar ni .. so.. makan je la...


Kami sampai ke hotel dan terus berehat. Esok ada nak melawat tempat lain plak.


The next day kami melawat ke puncak. Kul 4.00 pagi waktu Indonesia kami dah bangun dan bersiap-siap. Kalau lewat nanti kami akan terlwat untuk bershopping plak. Maka bersiap la dalam suasana yg sejuk sebab ujan. 


Perjalanan mengambil masa rasanya 3 jam. Selepas lena 3 jam, kami sampai. Suasana tetap sejuk. Kami berkesempatan untuk melihat panorama di Puncak. Bagi Cik ina... tpt ini cantik sbb belum tercemar. 








Selepas itu kami menuju ke tpt shopping yang terkenal tu. Masa untuk shopping hanya 2 jam sahaja. So.. shop till you drop. Oleh kerana cik ina dah byk membeli kat SOlo, maka cik ina dah kehabisan wang untuk shopping dgn lebih lanjut kat sini. hanya beli yang perlu jer. Sedih sangat. Mcm nak mai lain utk shopping jer.. SApa setuju.. hehehe....


The next day adalah masa untuk pulang. Sedih la plak nak balik . Kami tiba kat airport dan cik ina tkr duit lagi utk airpot tax. Then waiting for check in dan pulang ke KL. Hurmmm bila la lagi nak sampai ke sini. Thanks to mila sbb sudi ajak kakak ina join family mila ke sini. Nak mai dgn family tak mampu, Huhuhuuuu

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen