Monday, May 21, 2012

Lagu Kisah Kita - Hunny Madu / Anuar Zain

Best Blogger Tips

  Assalamualaikumm..

 Cik ina tertarik tentang lagu kisah kita. Pagi tadi masa otw ke opis, Cik ina terdengar lagu ni. Macam best la pulak.... 

Layan je la... 

 




Lirik Lagu Kisah Kita - Hunny Madu / Anuar Zain


Verse 1
Nyata ku seperti peri yang kesepian
Nyata ku tak mengerti cinta dan persaan
Ku turutkan hati
Ku turutkan rasa ini
Seperti kata yang di olah penyair
Terucap jujur untuk mu kasih
Apa ku terlalu cepat tuk menghampirimu


Chorus 1x
Dan pabila tersebut kisah cinta di angkasa
Nescaya biarkan tiba ajal kita
Walau ku pergi kau tetap di sini


Verse 2


Adakah salah ku bisa
Memahami dirimu
Antara kenangan cinta
Kau hadir dalam mindaku


Pre Chorus
Ku turutkan hati
Ku turutkakn rasa ini
Seperti kata yang diolah penyair
Terucap jujur untukmu kasih
Apa ku terlalu cepat untuk menghampirimu


Chorus 1x
Dan pabila tersebut kisah cinta di angkasa
Nescaya biarkan tiba ajal kita
Walau ku pergi cintamu tetap disini
Bersamamu
Selamanya bersamamu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-kisah-kita-hunny-madu-anuar.html#ixzz1vSZmGgvF


Berikut adalah cerita disebalik lagu ni yang Cik Ina petik dari mstar online.


Hunny Madu Tunggu Anuar Zain Empat Tahun 


 

Hunny Madu berasa puas apabila penantiannya selama empat tahun untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain tercapai. - Foto CHAN TAK KONG
KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan penyanyi Hani Farhana Mohd Hatim, 27, atau Hunny Madu mengakui berpuas hati dan gembira apabila impiannya untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain terlaksana selepas empat tahun menunggu.
Kata Hunny, memandangkan lagu ciptaannya berjudul Kisah Kita itu digubah semata-mata untuk berduet dengan penyanyi lelaki tersebut, dia sanggup menyimpan lagu berkenaan jika gagal mendapatkan Anuar sebagai teman duet.
"Sejak kecil lagi saya sudah jatuh cinta dengan nada suara dan cara nyanyian Anuar yang berbeza dan cukup mengasyikkan di mana kualiti itu jarang ada pada penyanyi lelaki di Malaysia.
"Lagu Kisah Kita memang saya gubah untuk berduet dengan Anuar dan jika tidak dapat saya akan simpan saja lagu itu dan tidak akan nyanyi sendiri atau dengan orang lain.
"Sebab itu saya tulis lagu itu mengikut kesesuaian suara dan cara nyanyian Anuar," katanya yang ditemui pada pelancaran album Pulau Janji di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), di sini, baru-baru ini.
Berkongsi tentang pengalamannya bekerjasama dengan Anuar, Hunny berkata, dia terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum menghasilkan lagu berentak balada itu.
"Semuanya bermula kira-kira empat tahun. Namun, saya hanya mendapat pengesahan daripada pengurusan Anuar kira-kira dua tahun yang lalu.
"Rakaman lagu ini adalah yang paling lama untuk disiapkan iaitu antara enam hingga tujuh bulan kerana ia melibatkan banyak pindaan pada susunan muzik dan vokal.
"Dua tiga kali juga vokal saya tidak selaras dengan ton suara Anuar yang besar hingga memaksa saya untuk menghadiri kelas vokal bersama Lah Ahmad. Hasilnya, saya berpuas hati dengan lagu itu," katanya.
Album sulung Hunny itu memuatkan 12 lagu seperti Dari Masa Hadapan, Kisah Kita (duet bersama Anuar Zain), Hey R (duet bersama Najwa) dan Miss Strong.
Album edaran Laguna Music itu akan mula berada di pasaran pada minggu depan. Bagaimanapun, pembelian album secara digital kini boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Laguna Music di
http://bit.ly/ixeoPN
Selain bidang nyanyian, Hunny turut mengendalikan segmen Malaysia’s Hottest Music di stesen radio Fly FM pada setiap hari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Best Blogger Tips

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen