Tuesday, June 5, 2012

Mee Udang Tanjung Dawai

Best Blogger Tips


Ohh cuti sekolah dah bermula..alamatnya kami warga sekolah yang tak cuti ni terpaksa pergi mencari kedai makan untuk bertukar angin. Selalu kami makan kat kantin jer. Ye la,, kami support kantin. Kalau kami tak support, sapa lagi yang nak suport kan...

Jadi pada minggu lps, dalam operasi kami mencari kedai makan sebab banyak yang berdekatan tak buka... maka kami terlepas ke tanjung dawai. Oleh kerana kami rapat dengan kak sham, kerani sk tanjung dawai, maka cik ina menjemput kak sham untuk join kami makan. 

Cik ina ada dengar dari my ex-lecturer POLIMAS iaitu Cik Det atau cik mahdir bahawasanya terdapat kedai makan kat arked tanjung dawai yang menyajikan mee udang pada tengahari. Maka, setelah tawakal (sbb tak tau kedai mana) Cik ina and geng terjah je kedai yang ada mee udang. Menurut cik det, kedai tu je yang jual mee udang harga RM 15.00 tapi berbaloi dengan udang lautnya yang fresh dan beso.

ni la rupanya.. udangnya mmg besoo



Setelah menikmati mee udangnya, maka kami bergegas untuk balik ke sekolah masing-masing kerana waktu rehat dah nak hbs.... 

Buat sesiapa yang belum arif lagi, Kalau nak cari mee udang Tanjung Dawai di waktu malam memang senang kerana deretan kedai makan yang di tepi laut tu ada sediakan menu mee udang.

*Sesiapa yang nak berkunjung ke sini, cari je arked tanjung dawai.. ala yang ada jual mcm2 tu.. Kat belah belakangnya ada kedai makan.. Untuk tengahari..

Best Blogger Tips

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen