Saturday, June 16, 2012

Bawal goreng panas Juru - Kempunan nak makan

Best Blogger Tips

Assalamualaikum....

Kali ni tajuk panjang ckit. Maklum la td plan cik ina nak p makan bawai goreng panas kat juru bersama rakan TXPO especially bersama myra tak kesampaian... Dah pakat mggu lps tp tak jadi. nak wat camner kan. Bak kata pepatah. Ada aral melintang di pihak cik ina .. huhuhu. Sedih sangat.

Kepada pembaca yang tak tau kat mana tpt yg menjadi keteringinan cik ina ni.. lokasinya senang sahaja... For u olss info, kedai ni mmg famous kat area prai ni. Ada 2 kedai sebenarnya yg menyajikan bawai goreng panas ni.. satu kat hujung jalan belakang kilang Molex, tp cik ina prefer yg ni.

Kedai ni terletak berdekatan dgn Pekan juru. 
Kalau anda dari auto city, anda dikehendaki menuju ke arah juru. Apabila melalui petronas belah kanan, maka anda semakin hampir dlm 400 meter sahaja. Kedai ni terletak bertentangan dgn restoran makanan cina. Kira kalau dari Auto City, kiri akan nmpk restoren makanan cina yang dibuka pada malam dan setentang tu ada akan nmpk orang yg ramai. Kat situla kedai tu. 

Senang je kan... kalau dari juru, anda akan nmpk melalui deretan kedai dan selepas itu anda akan nmpk simpang yang mcm huruf Y dan terdapat kedai makan. Ada tertulis kat situ.. Jalan Tok Kangar... Kira dah sampai la tu...

Sambung balik memori....
Tetiba terimbau kenangan bersama mereka.. dari keje bersama sampai dah tak keje pun still kami makan sesama.... kalau cik ina berkesempatan ke sana.. tak susah kerana cik ina cuti jumaat dan mereka masih bekerja. Jadi hari jumaat adalah hari yg paling sesuai.... Harap jumaat depan blh jumpa.

Layan pic cik ina .. dan ada yang cik ina copy dari 
kongsiminat ni. thanks to the owner sbb ada snap pic yg cik ina tak pernah sempat nak snap sbb bila sampai dah terus beratur nk mkn.

Walaupun kelihatan menu kat atas tu sempoi tp kesedapan bila makan panas2 tu mmg best. Tambah sedap bila letak dua sudu cili kicap yang color itam tu ke atas ikan bawai tu... serta dimakan panas-panas bersama nasi dan gulai.. serta ulam-ulaman. Perghhh tak panggung kepala.

Dulu cik ina tak hbs seekor pun bawai. Dah diasuh seekor makan satu family kan. Tp sejak berkunjung ke sini,, seekor bawai mesti sorang satu.  
Lokasi tpt makan ada 2, satu tpt makan sekali dgn tpt mengambil lauk pauk. Dan yg ke2 tu - open air iaitu kat bawah pokok kelapa sawit, yang seperti gambar kat atas. Kiranya, open air tu bersama angin sepoi-sepoi... Dont worry. tak panas sangat..

Kalau ramai orang, khemah tu tak cukup la.. tp meja still cukup. Jangan risau.. Kalau tak cukup meja pun anda blh tggu sat sementara orang lain hbs makan...

Ni la ikan yang sedang digoreng..
Lihatla.. kuali panas yang sedang goreng ikan bawal. Kena beratur nak ambik ikan ni panas dari kuali kalau orang tersangat ramai. Kat belakang tu beratur nak bayar.

kat bawah ni baru picture dari cik ina
Dah licin.. yummy
Oppss.. tu la kan.. Cik ina baru tersedar.. begitu banyak kali kunjungan ke kedai bawal goreng panas ni,, satu kali pun tak pernah snap picture,,, rasanya this is the only that we are taking this pic .. b4 this rasanya just go and eat sahaja,, oh,, sedih...

Jadi,, kesimpulannya,, mmg sedap sehinggakan cik ina teringat-ingat nak pi ni.. cuma tak de kesempatan dan kekurang bajet jer.. Kepada sesiapa yang ada area sana waktu lunch time,, silakan la cuba try test tgk.

Best Blogger Tips

1 comment

August 2, 2012 at 11:19 AM

Jom mai lagi makan..
Lepas raya mau?? :)

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen