Thursday, June 28, 2012

Program MEsra Guru dan Komuniti PKG Bujang

Hari ni Cik Ina dah habis keletihan. Apa tak nya. PAgi ada taklimat PT dengan PPD kmy. Pastu petang ada acara bola jaring. Maka., letih menjadi penyokong bola jaring. Ini kerana sekolah tpt Cik ina kerja ada menyertai pertandingan bola jaring bersempena Program Mesra Guru dan Komuniti. Apa tu yer.. Ini bermaksud program ni untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru dan komuniti di sekolah. Jadi sesiapa yang kerja di sekolah macam cik ina ni boleh join.

Dan rasanya tak terkecuali juga mak cik yang kerja bahagian pembersihan di sekolah ini walaupun telah diswastakan. Betul tak. Sambung balik.... Cik Ina diletakkan di bangku simpanan tanpa kerelaan Cik Ina. Ini kerana Cik Ina tau bahawasanya Cik Ina tak pandai main. Buat malu jer kan kalau main tapi tak pandai sambut bola dengan cekapnya ..


Untuk memeriahkan keadaan yang sedia meriah, cik ina beli baju yang ditempah khas untuk pemain. Kena beli ni sbb limited edition tu. Pink lagi.. nmpak ayu tak cik ina. Boleh guna baju tu main bowling. Oh ya,, for your info, ada lagi satu pertandingan iaitu bowling. Yang ni Cik ina awai lagi bagi nama dengan bersemangatnya walau main tak tera mana.

PAda hari pertandingan iaitu pada hari ahad lps, kami warga SKMP dengan bersemangat turun ke padang sekolah menengah Merbok. Meh kita layan pic ni....







p/s : keputusannya dalam perundingan sbb ada kontroversi tp yang pasti kami menang.. hahahaha

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen