Sunday, November 4, 2012

Sambutan 100 dan Perasmian Surau SKMP

Salam semua.. Dah dekat hujung tahun dah kan. Pejam celik-pejam celik sekolah cik ina bakal menyambut Sambutan 100 tahun seperti yang dirancangkan sejak awal tahun lagi dan juga perasmian surau sekolah yang akhirnya berjaya juga disiapkan setelah terbengkalai selama beberapa tahun. 

Dulu cik ina pernah post entry mengenai Majlis Makan Malam Sambutan 100 tahun dan kini masanya telah tiba untuk Sambutan 100 tahun pula. Alhamdulillah, akhirnya akan terlaksana juga setelah semua persiapan telah dibuat seperti gotong royong mengecat yang melibatkan semua pelajar, guru dan staf supaya majlis ini berjalan dengan lancar. 

 Akhirnya  majlis sambutan tu akan diadakan mengiikut ketetapan seperti kad jemptan dibawah dan yang paling bangga sekali, Timbalan Menteri Pelajaran akan merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun ni.   



Pihak sekolah juga menjemput agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang menarik untuk dikongsi bersama penduduk tempatan. Diharap semua penduduk setempat akan hadir untuk memeriahkan lagi sambutn ini..
JEMPUT LA... 

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen