Sunday, November 4, 2012

My 34th Besdey

Dah genap sebulan besdey cik ina tetapi kali ni tak de sambutan atau kek. Sedih kannn.. Cik ina selalunya makan2 denang kawan2 baik tetapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, maka tiada apa2 yang diatur. Cuma beberapa hari selepas itu sahaja, sahabat2 baik cik ina belanja makan mee udang d'king fav kami semua. 



Apa yang membuatkan cik ina tak celebrate adalah kerana kecewa dan tak semangat langsung atas apa yang terjadi lately ni walaupun bukan kepada cik ina tetapi tempiasnya terkena juga walau sedikit. Jadi,, sedikit kecewa dan simpati kepada yang berkenaan.

Cik ina tau,perasaan marah atau kecewa ni adalah satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku. Maybe kita kan bertindak diluar batas. Tetapi jangan pula orang yang marah tu memanipulasi orang lain supaya turut sama marah dengannya.. Tak baik tau...
Sambung balik citer cik ina... Pendek kata dalam bulan Oktober ni, macam-macam jadi sampai tak terfikir oleh minda yang waras ni la... Dah la bulan Oktober tu besdey cik ina.. Sedih kannn...

But we must cool dan percaya, Allah tu ada... Sesiapa yang berbuat jahat akan mendapat balasannya. Tambah2 yang membuat fitnah dan juga menceritakan aib kita kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri..Pendek kata,,, depan kata lain,, belakang kata lain... apa orang cakap.. talam dua muka,, boleh kot pakai peribahasa ni... iskk -i know my friend better than u la... 

Macam-macam kan.. Ada juga orang berpura-pura baik jer. Maybe utk kepetingan diri je kot.. dan macam2 lagi la. Nasib Allah sedarkan diri cik ina dan rakan cik ina ni supaya tak tertipu dengan permainan dia.. Nak pinjam ayat Farhana Kirana la.. "nmpk tak permainan dia.." hahaha.
Wah blh dapat reward ni sbb anda telah berjaya dengan misi yang anda rancangkan..
 Syabas bete - kata hero industan. Dah melalut plak cik ina kan.

Apapun kita kena sabar.. Sabar tu kan sebahagian dari iman kita... Sabar ekkk...

 ________________________________________________________________________

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ♥peace with imaan♥

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen