Thursday, November 1, 2012

Pagi Sukan Sekolah Yg Ceria

Best Blogger Tips

Salam semua...

Pada 30.10.12 yang lalu sekolah tempat Cik ina keje ni telah mengadakan Kejohanan Sukan tahunan serentak dengan kenduri korban bersempena Hari Raya AidilAdha yang ke5. Sambutan agak meriah la sebab semangat perayaan masih ada.

Cik ina lagi semangat sebab kami semua kena pakai baju sukan yang color purple. Jadi, lagi bertambah ceria la kami semua kan.

semangat muhibbah -kerani, ppm dan pekerja pembersihan sekolah ni
Pagi pagi lagi before sukan bermula, semua dijemput ke kantin untuk breakfast ( sbb sat gi kena ke padang plak kan. Takut pengsan kalau tak makan) Menu pagi ni mmg menarik selera cik ina. Isk.. kalau cmne selalu, mmg habisla diet  cik ina. Menu pagi ni adalah pulut nyok ikan masin, mee sanggul, cucur udang, ketupat rendang beserta air kopi , tea dan nescafe. Yang paling menarik selera cik ina tentula pulut nyok ikan masin. Tapi disebabkan diet, cik ina ambik ckit je la. sesenduk jer.  Ye la kan, cik ina ni orang kampung- jadi mak selalu buat dulu tp sekarang sbb masalah kesihatan jadi mak tak buat sangat dah.

Ni la pulut nyok ikan masin.


Pegawai-pegawai yang akan bertugas kat padang ni

baru leh makan sama. selalu kena bergilir-gilir

gulai daging korban

Best Blogger Tips

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen