Tuesday, July 3, 2012

MEE UDANG PULAU AMAN

Apabila terpandang email dari Nisa tentang 
mee udang dekat Pulau Aman, sejenak terimbau kenangan semasa Cik Ina semasa berkunjung ke sana bersama adik, adik iparku (Fira), dan Mila. 
Pada mulanya kami hanya nak cari tempat makan tengahari jer area prai, tp tetiba adik cik ina kata apa salahnya kita pi makan kat pulau aman. Masa tu sibuk ditayangkan di tv3 pukul 7.00 cerita 1000x cinta. JAdi semangat berkobar-kobar nak ke sana. 

Oleh kerana cik ina sudah lama tak pi pulau aman, (baru pi sana satu kali tu pun tahun 2001) cik ina on jer. Mila pun ok. So kami pun bergerak ke sana. 


Pic parking lot ni dan ada sesetengahnya cik ina copy dari Sini. Time ke sana hari tu Cik ina tak sempat ambik kat sini. Kan excited lebih..


Adik cik ina sempat posing lagi bersama isterinya. 
Panorama dari sini menarik dan terasa suasana tenang jer.
Dari atas parking dah terlihat keindahan laut dan pulau. 

Keterujaan bertambah apabila melangkah turun ke jeti. 
Rasa tak sabar nak makan mee udang ni.. 

Sementara tunggu bot, sempat lagi kami posing..


Tambang ke sana -  Dewasa          -  RM 6.00
                             -   Kanak-kanak  - RM 4.00
 Masa yang diambil adalah 15 minit sahaja. Jap jer.. Tak sempat mabuk laut pun..



Sebaik sahaja melangkah keluar dari bot, kelihatan bot-bot nelayan dan keadaan di sini terasa aman jer. Suasana kampung pula aman damai yang tak tercemar dengan asap pun ( kerana masa kat sana tak nmpk pun motor, yang ada hanyalah basikal ) 

  
Kemudian kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sampai kat ujung perigi b4 patah balik ke Restoran Terapung untuk  makan.


Kat sini la ada penggambaran 1000x cinta..




Kat sini dah nak dekat hujung kampung. Kalau jalan terus, anda akan jumpa telaga yang dikenali telaga emas.


Dekat belakang Cik ina adalah tempat kita boleh memilih ketam, udang atau udang lipan. Selepas pilih yang mana berkenan, kita hanya bawa timba ke restoran untuk dimasak ikut menu yang disediakan.



Kami memilih untuk order mee udang dan meratah ketam. Menu yang ada kat sini seperti dibawah...

Dan lihatlah juadah yang terdapat di sini.. emmmmmm sangat menyelerakan.














Pengalaman makan di sini sangat menyeronokkan dan kalau berkesempatan, Cik ina pasti akan berkunjung ke sini lagi. Sesiapa yang mempunyai waktu silalah berkunjung ke sini untuk merasai pengalaman ini.

Lihat kunjungan Cik ina lagi di Pulau Aman di sini

Location:
RESTORAN TERAPUNG PULAU AMAN
120 Pulau Aman, 14100 Simpang Ampat, Penang, Malaysia.
Contact: 016-495 5125, 019-476 6125

Opening Hours: 9.30am- 5.30pm (daily)
GPS: 5.268310, 100.391495

Untuk pertanyaan lebih lanjut anda boleh hubungi di sini


Sumber : sini

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen