Monday, July 2, 2012

Pantai Murni Yan KEdah

Aira Dayana,,, inilah nama anak sedara cik ina. Dalam entry yang lepas.. Cik ina dah mention bila dia dilahirkan dan sekarang dah berusia 10 bulan. Kali ni sebab tiada pengasuh… maka cik ina dan mak berpeluang untuk menjaga Aira sekali lagi.. jangan tak tau,,, kali ni dah kali ketiga kami berdua jaga aira. 
Tapi itu bukan tajuk utama penceritaan entry cik ina kali ini…

Cerita utamanya adalah…. B4 mama n papa aira balik…. Petang tu kami berkesempatan ke Pantai Murni. 
Kepada sesiapa yang tak tau .. Pantai Murni ni adalah satu-satu pantai di Daerah Yan yang merupakan tempat untuk masyarakat setempat bersiar-siar, di samping membawa anak-anak untuk bermain di tempat permainan yang disediakan oleh Majlis Daerah Yan. 

Aira pun nak main jugak

Panorama kat sini agak menarik juga. Kalau dilihat dari pantai, anda akan lihat beberapa pulau seperti pulau songsong, pulau bidan dan pulau telur. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat disini  dan di sini.


Selepas parking,  kami bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Allah di sepanjang pantai murni yang tak berapa panjang tu…. 

Kalau anda terasa lapar atau dahaga, terdapat gerai kat ujung pantai murni adalah tempat penjaja menjaja makanan mereka. Kalau dulu, penjaja tu menjaja di sepanjang laluan pantai tapi mengkin akan menimbulkan kesesakkan, maka kawasan dihujung tu khas untuk mereka berniaga. Kami menuju ke hujung tu untuk melihat apa yang ada.. Standard pantai la kan.. mesti ada laksa, rojak , bihun sup dan air. Tak ketinggalan keropok lekor. 

Adik ada terpandang sengkuang yg besar tu, maka adik cik ina teringatkan sengkuang yg dipotong slice yang paling lebar. Macammana agaknya yer.. Cik ina faham apa yg adik cik ina maksudkan tu… jadi adik cik ina request tukang jual rojak  tu buat mcm tu. Terimbas nostalgi masa kami sekolah rendah. Kami akan beli ini masa rehat KAFA kat mak cik yg juai kat tp pagar sekolah.
Ni yang yang cik ina maksudkan… Sedap oo bila tabor dgn kacang. Try la buat tgk…. Yummy………..
macam ni la yang dimaksudkan tu


jom kita try
Pastu kami menuju ke ujung iaitu kat medan selera pantai murni. Oleh kerana mak kepada cik ina nak ABC, maka kami ke kedai yang rasa ABC menarik. Maka singgah la ke satu kedai terletak ditengah-tengah medan. Sementara menunggu ABC siap.. tetiba hidung kami terbau oleh bau satay yang enak…


oeder 20 tp lps makan br sedar lupa snap satu.. ni je baki yang sempat snap...
Dengan  tidak membuang masa adik terus order  20 cucuk… Tak rugi order sbb mmg sedap rasanya… Adik cik ina yang cerewet pasai satay pun kata sedap… Mgg semua rasa ada. MMg sedap la…. KAmi tak leh order byk kerana tuan kedai tu tengah bakar satay sebanyak 400 cucuk yang telah diorder….

Setelah petang nak magrib, maka kami pun beredar kerana malamnya adik cik ina dan isterinya akan pulang ke Kulim tapi Aira tetap bersama kami…  



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan la komen.. Terima kasih nooo sbb komen